Updates
Klinik STL
KLINIK STL 2026 | ASTRO
**SATU GELANGGANG. SATU LANGKAH. **
SATU PERJALANAN MENUJU PENTAS IMPIAN.
Musim ini tampil lebih istimewa dengan peluang yang lebih luas untuk generasi muda meneroka bakat, membina pengalaman dan mengembangkan potensi dalam sukan sepak takraw.
Klinik STL kembali lagi untuk musim 2026 sebagai platform pembangunan akar umbi Astro Arena yang memberi peluang kepada generasi muda berumur 13 hingga 17 tahun untuk mengenali, mempelajari dan mengembangkan bakat dalam sukan sepak takraw. Terbuka kepada peserta lelaki dan wanita, program ini memberi ruang kepada mereka untuk mendapatkan pendedahan secara langsung bersama pemain STL, pemain kebangsaan dan jurulatih berpengalaman.
BUAT PERTAMA KALI, BAKAT WANITA TURUT DIPILIH
Sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan pembangunan wanita dalam sukan, Klinik STL 2026 membuka ruang yang lebih besar kepada peserta wanita untuk berkembang dalam sepak takraw. Buat pertama kali, peserta wanita yang menunjukkan potensi dan prestasi terbaik turut berpeluang dipilih untuk menyertai Kem Final Klinik STL di Akademi Sepak Takraw Malaysia, bersama peserta lelaki yang terpilih.
Peluang ini memberi ruang kepada lebih ramai bakat wanita untuk membina keyakinan, meningkatkan kemahiran dan mendapatkan pengalaman dalam sukan yang mempunyai sejarah serta kekuatan tersendiri di Malaysia.
KEM FINAL DI AKADEMI SEPAK TAKRAW MALAYSIA
Peserta yang menunjukkan potensi, prestasi dan komitmen terbaik sepanjang Klinik STL akan dipilih untuk meneruskan perjalanan ke Kem Final di Akademi Sepak Takraw Malaysia.
Lebih menarik, Akademi Sepak Takraw Malaysia yang baru dirasmikan pada awal tahun ini kini hadir dengan kemudahan dan infrastruktur yang lebih lengkap, menyediakan persekitaran latihan yang lebih mantap untuk peserta terpilih.
Di Kem Final, peserta berpeluang berlatih, meningkatkan kemahiran dan mengasah bakat seperti pemain profesional, selain mendapat pendedahan di peringkat kebangsaan bersama pemain dan jurulatih berpengalaman.
MEMBUKA LEBIH BANYAK PELUANG MELALUI SUKAN
Klinik STL bukan sekadar mengenai pencarian bakat. Program ini turut memberi penekanan kepada penyertaan pelbagai kaum, pembangunan wanita dan penglibatan komuniti luar bandar, dengan matlamat untuk memperluaskan akses kepada sukan dan memberi peluang yang lebih inklusif kepada generasi muda daripada pelbagai latar belakang.
Sebagai antara negara yang mempunyai tradisi kuat dalam sepak takraw, pembangunan di peringkat akar umbi amat penting bagi memastikan kesinambungan sukan ini. Klinik STL menjadi salah satu platform untuk mengenal pasti bakat sejak awal serta memberi mereka ruang untuk belajar, berkembang dan membina keyakinan.
Inisiatif ini turut menjadi sebahagian daripada komitmen Astro Arena dan Astro Kasih dalam menggunakan sukan sebagai medium untuk membangunkan generasi muda, memperluaskan akses kepada sukan serta mengukuhkan komuniti melalui peluang dan pengalaman yang bermakna.
Kerana setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Dan mungkin, langkah itu bermula di Klinik STL 2026.
SERTAI KLINIK STL 2026
Asah bakat. Serlahkan potensi. Mulakan perjalanan anda.
Terbuka kepada peserta lelaki dan wanita berumur 13–17 tahun.
Tempat adalah terhad.
Cara untuk SERTAI.
**1. Butiran: **
- Klinik STL Perak 24 October 2026 / Stadium Indera Mulia Ipoh Registration: 8am
- Klinik STL Melaka 14 November 2026 / MBMB Bukit Serindit Registration: 8am
- Klinik STL Negeri Sembilan 12 December 2026 / Karisma Arena Registration: 8am
- Klinik STL Johor 19 December 2026 / MRSM Pontian Registration: 8am
- Klinik STL Selangor 9 January 2026 / Stadium MBSJ Serdang Registration: 8am
**2. Daftar Secara PERCUMA **
Disini: www.astro.com.my/klinikSTL
atau Imbas QR untuk pendaftaran.
Klinik STL 2026
Nikmati pengalaman yang menyeronokkan bertemu idola anda serta dapat belajar, bermain dan menyaksikan aksi terulung STL secara langsung dengan lebih dekat! Untuk maklumat lanjut Klinik STL layari media sosial rasmi STL di Instagram, STL.MY atau Facebook, SepakTakraw League. #INIMILIKKITA