Skip to main content
Poster Kilauan Emas Selebriti

Kilauan Emas Selebriti

Kilauan Emas kembali dengan nafas baharu menerusi edisi istimewa, Kilauan Emas Selebriti 2026! Kali ini, pentas legenda ini menghimpunkan barisan selebriti otai terkenal tanah air yang sedia mencabar diri dalam dunia nyanyian.


Mungkin mereka sudah cukup dikenali dalam pelbagai cabang seni dan hiburan, tetapi kali ini anda bakal menyaksikan sisi yang berbeza apabila 10 selebriti yang bukan penyanyi profesional tampil mempertaruhkan bakat nyanyian mereka di atas pentas.

 


Lebih daripada sekadar persaingan, setiap persembahan turut membawa misi yang lebih bermakna menerusi konsep “Talent That Gives Back”, di mana pemenang mingguan akan menyumbang kepada rakan-rakan artis yang memerlukan. Selain itu, penonton juga bakal dibawa mengimbau kenangan menerusi segmen istimewa “Telan Kaset”, yang menampilkan kemunculan artis-artis legenda tanah air.


Rancangan ini dihoskan oleh pasangan pengacara penuh bertenaga, Raja Azura dan Keanu Azman, serta menampilkan Datuk Yusry KRU dan Jihan Muse sebagai juri tetap. Turut memeriahkan pentas setiap minggu adalah barisan juri jemputan istimewa yang pastinya menambah warna dan keterujaan pertandingan.


Siapakah yang bakal mencuri tumpuan dan menjadi kegemaran ramai? Saksikan sendiri persembahan penuh nostalgia, kejutan dan momen menghiburkan dalam Kilauan Emas Selebriti 2026!


Jangan lupa, Kilauan Emas Selebriti 2026, bermula 22 Ogos 2026, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (saluran 105), serta strim dengan melanggani Astro X3.