Skip to main content
Main KV Walimatulurus BASS

Bella Astillah & Syed Saddiq: Perjalanan Cinta #BellaSyedYes

Ikuti perjalanan istimewa Bella Astillah dan Syed Saddiq dalam siri eksklusif 8 episod yang membawa penonton menyaksikan detik-detik bermakna sebelum, semasa dan selepas hari perkahwinan mereka.


Bermula dengan persiapan menuju hari bahagia, siri ini merakamkan momen-momen manis bersama keluarga dan insan tersayang, diikuti dengan siaran langsung akad nikah dan resepsi yang menyatukan dua hati dalam satu ikatan. Selepas perkahwinan, penonton turut dapat mengikuti kehidupan baharu mereka sebagai pasangan suami isteri, berkongsi pengalaman, kenangan dan langkah pertama dalam melayari alam rumah tangga bersama.

 

Episod 1 & 2: Menanti Hari Bahagia
6 & 7 Oktober 2026, 11 malam di Astro Ria (Saluran 104)
Dua episod pertama membuka tirai kisah cinta mereka dengan membawa penonton menyingkap perjalanan menuju hari nikah. Dari detik pertunangan, majlis berinai dan khatam al-Quran, hinggalah persiapan busana serta momen-momen istimewa bersama keluarga dan insan tersayang, penonton akan dapat melihat pelbagai kisah di sebalik tabir sebelum pasangan ini disatukan.

Episod 3: Penyatuan Dua Hati di Menara 118
Siaran Langsung | 10 Oktober 2026, 9 pagi di Astro Ria (Saluran 104)
Disiarkan secara langsung dari Menara 118, episod ini merakamkan detik paling bermakna apabila Bella Astillah dan Syed Saddiq disatukan sebagai suami isteri. Selain lafaz akad nikah, penonton turut dapat merasai kemeriahan suasana majlis bersama keluarga, sahabat dan tetamu yang hadir meraikan hari bersejarah mereka.

Episod 4: Cinta Yang Diraikan
Siaran Langsung | 18 Oktober 2026, 11 malam di Astro Ria (Saluran 104)
Kisah diteruskan dengan siaran langsung majlis resepsi yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur. Episod ini menampilkan suasana penuh meriah ketika pasangan pengantin diraikan bersama keluarga, rakan-rakan dan insan tersayang dalam sebuah malam yang penuh kenangan.

Episod 5 - 8: Lembaran Baharu 
27 Oktober - 17 November 2026, 11 malam di Astro Ria (Saluran 104)

Empat episod terakhir membawa penonton menyaksikan kehidupan baharu Bella Astillah dan Syed Saddiq selepas perkahwinan. Daripada menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri, meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak, hinggalah membuat persiapan untuk bulan madu, penonton akan dapat melihat sisi peribadi mereka dengan lebih dekat.

Lebih daripada sekadar kisah cinta, siri ini turut menampilkan momen-momen eksklusif yang tidak pernah dikongsikan kepada umum, termasuk rakaman di sebalik hari bahagia mereka. 

Saksikan perjalanan penuh bermakna ini, daripada persiapan hingga ke lembaran baharu perkahwinan, eksklusif di Astro dan Sooka.