Selepas memuat turun aplikasi Astro Smart TV, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
Jika anda pelanggan Astro:
Langkah 1: Buka aplikasi Astro Smart TV app pada Smart TV anda.
Langkah 2: Pilih “Log In”.
Langkah 3: Imbas kod QR ATAU layari astro.com.my/tvapp, kemudian masukkan kod yang dipaparkan pada skrin.
Langkah 4: Masukkan Astro ID anda (alamat emel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar) serta kata laluan anda. Jika anda belum mempunyai Astro ID, klik "Create Now".
Langkah 5: Setelah anda berjaya log masuk, aplikasi Astro Smart TV akan dimuat semula secara automatik dan anda boleh mula mengaksesnya.
Jika anda BUKAN pelanggan Astro
Langkah 1: Buka aplikasi Astro Smart TV app pada Smart TV anda.
Langkah 2: Pilih “Subscribe Now”.
Langkah 3: Imbas kod QR untuk melayari https://www.astro.com.my dan terokai pakej Astro atau Multiroom (Smart TV).
Langkah 4: Setelah anda berjaya melanggan, sila ikuti Langkah 1 hingga 5 di bawah bahagian "Jika anda pelanggan Astro" untuk log masuk.