Apakah saluran 4K UHD yang boleh ditonton oleh pelanggan aplikasi Astro Smart TV?
Mulai 12 Disember 2023, pelanggan aplikasi Astro Smart TV boleh menikmati dua saluran 4K Ultra HD (4K UHD), iaitu CH549 Love Nature 4K dan CH805 Astro Sports UHD.
Love Nature 4K tersedia kepada semua pelanggan tanpa mengira pakej TV yang dilanggan. Saluran ini memaparkan keindahan dan kepelbagaian kehidupan alam semula jadi dengan perincian serta warna yang menakjubkan.
Selain itu, Astro Sports UHD hanya tersedia kepada pelanggan yang mempunyai kelayakan Sukan dalam pakej TV yang dilanggan. Saluran ini menampilkan pelbagai acara sukan yang dipilih khas untuk memenuhi minat penonton di Malaysia.