Skip to main content
autodebit

Campaign Period

25 July 2025 - 31 December 2026

Kenapa Bayar di Stesen Minyak? Ini 5 Cara Mudah untuk Bayar Bil Astro Anda

Masih beratur di stesen minyak untuk bayar bil Astro? Ada cara yang lebih mudah! Malah, terdapat 5 kaedah pembayaran mudah yang lebih cepat, lebih senang dan paling penting, tiada caj tambahan. 

Jom explore cara elak beratur dan bayar dengan lebih bijak: 

 

1. Auto-Debit 
 

Tak perlu risau terlepas tarikh bayaran lagi. Hanya pautkan akaun kad debit atau credit anda melalui My Astro App/Web dan bil anda dibayar secara automatik setiap bulan. 

My Astro App 
 



Sebagai alternatif, anda boleh aktifkan Auto-Debit melalui laman web My Astro.
 

2. My Astro  
 

Selain pembayaran bil, anda boleh menyemak status bil, penyata bil, dan sejarah pembayaran di My Astro! Anda juga boleh muat turun penyata bil anda untuk 12 bulan yang lalu.

 

3. WhatsApp 
 

Bayar bil kini semudah menghantar mesej. Save nombor telefon Astro, 03 9543 3838. Lepas itu, buka je WhatsApp dan taip “Hi”. Jangan lupa tekan butang send! Chatbot kami sedia membantu anda 24/7 untuk buat pembayaran dengan cepat dan selamat pada bila-bila masa, di mana sahaja, tanpa perlu muat turun sebarang aplikasi atau log masuk.  

Jika anda ingin semak sejarah pembayaran atau muat turun penyata bil, My Astro tetap akan menjadi pilihan utama.

 

4. Astro Quick Pay 
 

Layari pay.astro.com.my dengan menggunakan browser di telefon mudah alih atau komputer anda. Kemudian anda akan melihat imej di bawah: