Skip to main content
Main KV Mualim Muda Musim 2

Mualim Muda Musim 2

Mualim Muda kembali untuk musim kedua dengan misi lebih besar dalam mencari dan membentuk generasi pendakwah muda yang bukan sahaja berilmu, malah mampu mengaplikasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian serta memberi inspirasi kepada masyarakat.

Membawakan tema “Pemuda Berjiwa Dakwah, Kini Dengan Misi Lebih Besar”, musim terbaharu ini tampil dengan format yang lebih segar dan mencabar menerusi pelbagai tugasan berteraskan situasi kehidupan sebenar, aktiviti kemasyarakatan, perbincangan isu semasa serta penghasilan kandungan dakwah digital yang relevan dengan generasi masa kini.

 

Sepuluh peserta daripada pelbagai latar belakang bakal mengharungi cabaran yang menguji bukan sahaja pengetahuan agama, tetapi juga kebolehan berkomunikasi, kepimpinan, kreativiti serta keupayaan menyampaikan ilmu dan membimbing masyarakat. Setiap peserta membawa kisah perjuangan dan pengalaman tersendiri, namun berkongsi satu matlamat yang sama, iaitu menyebarkan kebaikan dan menghidupkan ilmu melalui amalan.

Musim ini menyaksikan kepulangan Dato’ Ustaz Kazim Elias dan Dr. Kamilin Jamilin sebagai juri, bersama wajah baharu, Ustazah Asni Masnor. Ustaz Shahrizan Daud pula kembali menggalas tanggungjawab sebagai Mursyid (Pengetua), manakala Atu Zero dan Fakhrul UNIC bergandingan sebagai hos.

Dalam era teknologi dan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan maklumat diakses di hujung jari, Mualim Muda Musim 2 mengajak penonton untuk terus menambah ilmu, mendalami kefahaman agama serta menghayati kepentingan bimbingan dalam menterjemahkan ilmu kepada amalan.

Jangan lepaskan Mualim Muda Musim 2, mulai 31 Oktober 2026, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta strim menerusi On Demand di Astro.