Skip to main content
Main KV Gegar Vaganza

Pertembungan Juara Akademi Fantasia di Gegar Vaganza Fantasia!

Juara Kembali Menggegar Puncak!

Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro, program realiti nyanyian paling dinanti-nantikan, Gegar Vaganza, kembali dengan musim ke-13 yang lebih istimewa menerusi Gegar Vaganza Fantasia (GVF)!


Buat pertama kalinya, pentas Gegar Vaganza menghimpunkan juara-juara program realiti ikonik Akademi Fantasia untuk berentap dalam pertandingan penuh nostalgia, kejutan dan persembahan luar biasa.
 

Dahulu mereka mencipta fenomena sebagai juara Akademi Fantasia. Kini, mereka kembali dengan pengalaman, kematangan vokal dan karisma tersendiri untuk membuktikan siapa yang layak bergelar Juara Antara Juara!


Menggabungkan dua jenama hiburan ikonik Astro, Gegar Vaganza Fantasia meraikan perjalanan, legasi dan kehebatan bintang-bintang yang pernah menjadi fenomena rakyat Malaysia.


Musim ini menampilkan barisan juara Akademi Fantasia termasuk Vince Chong, Zahid Baharuddin, Mawi, Faizal Ramly, Mila Jirin, Stacy, Shahir Zawawi, Faizul Sany dan Firman Bansir, yang bersedia memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan.


Gegar Vaganza Fantasia turut dimeriahkan oleh tiga pengacara popular, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, bersama barisan juri profesional Dato' Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

 


Siapakah yang mampu mempertahankan kehebatan mereka dan mencipta sejarah baharu di pentas Gegar Vaganza?


Saksikan pertembungan legenda, rasai kembali nostalgia dan alami kehangatan persaingan dalam Gegar Vaganza Fantasia!


Barisan Peserta
•    Vince Chong (Juara AF1)
•    Zahid Baharuddin (Juara AF2)
•    Mawi (Juara AF3)
•    Faizal Ramly (Juara AF4)
•    Mila Jirin (Juara AF5)
•    Stacy (Juara AF6)
•    Shahir Zawawi (Juara AF8)
•    Faizul Sany (Juara AF2013)
•    Firman Bansir (Juara AF2014)

Strim di Mana?
Gegar Vaganza Fantasia bersiaran secara LANGSUNG setiap hari Ahad, bermula 8 November 2026, jam 9.00 malam, menerusi Astro Ria (saluran 104).


Penonton juga boleh menikmati Gegar Vaganza Fantasia menerusi Astro GO, serta menonton semula episod menerusi On Demand.


Jangan lepaskan peluang menyaksikan pertembungan juara paling epik tahun ini, hanya di Astro!


Langgan Astro sekarang di www.astro.com.my