Skip to main content

Memperkenalkan pengalaman tontonan terunggul untuk anda

Nikmati pelbagai pilihan kandungan dari filem, siri TV, rancangan realiti, sukan dan banyak lagi! Terma dan syarat dikenakan

icon

Hiburan gempak. Pasang & tonton sahaja!

Hiburan terbaik kini di hujung jari anda, sepanjang masa di rumah. Klik sini untuk melihat video pemasangan realiti tambahan (anda perlu menghalakan kamera telefon anda kepada kad yang disertakan dengan Ultra Plug & Play Box anda)

Tonton dalam bahasa pilihan anda

BM

Bahasa Malaysia

Chinea

Chinese

Tamil

Tamil

Pasang box anda dalam beberapa langkah mudah

Sila ambil maklum bahawa Ultra Box dan kad SIM Astro anda akan dihantar secara berasingan. Padankan kad SIM dengan Ultra Box yang betul dengan menyemak nombor siri pada surat kad SIM.

1

Langkah 1

Masukkan SIM Astro secara perlahan dengan bahagian cip menghala ke bawah. Sambungkan kabel (power, HDMI, LAN) dan hidupkan box anda

2

Langkah 2

Tetapkan bahasa dan peleraian paparan pilihan anda (pilih 'Auto') kemudian pilih 'IPTV Plug & Play' (self-install)

3

Langkah 3

Sambungkan ke internet kediaman anda melalu kabel LAN atau Wi-Fi dan sahkan penyambungan. Untuk pelanggan IPTV, klik sini

4

Langkah 4

Tekan ‘Update Now’ untuk memuat turun pengemaskinian perisian

5

Langkah 5

Tunggu sehingga proses pengaktifan box selesai dan kemudian tekan ‘Finish’

6

Langkah 6

Tekan butang ‘Home’ dan selamat menonton!

Ciri-ciri utama

Kenali pelbagai fungsi hebat untuk anda. Klik untuk melihat Panduan Pengguna dan Panduan Pemasangan yang lengkap.

box

Tak macam dulu, kecil tapi padu!

Rekaan lebih kecil dan praktikal berbanding box terdahulu untuk memudahkan penyimpanan di rumah.

2

Pengalaman dan aksesabiliti lebih baik

Cari, rakam, main dari mula & hentikan rancangan, atau tonton sukan secara langsung dengan kualiti 4K!

3

Tiada lagi ketinggalan

Nikmati masa TV di rumah dengan internet tanpa gangguan hujan atau cuaca tak menentu.

4

Tonton apa sahaja ikut suka hati

Langgan dan tonton apa sahaja hanya di hujung jari melalui aplikasi yang tersedia dan pilihan On Demand.

Selesai dengan pemasangan box?

Kini anda boleh menikmati hiburan yang anda suka tak kira masa, di mana jua dengan Astro GO anda!

Astro GO adalah komplimentari untuk semua pelanggan Astro. Cipta Astro ID dan log masuk untuk mulakan penstriman.

Astro Go

Soalan lazim

Plug & Play Box Astro ialah kotak terkini kami yang membolehkan pengguna menikmati kotak Astro hanya dengan menyambungkannya ke TV dan Internet. Tiada lagi keperluan untuk menjadualkan atau membayar pemasangan. Dengan menyambungkan Plug & Play Box anda ke jalur lebar rumah, anda akan dapat melakukan perkara berikut:

  • Tonton saluran anda di Internet. Tiada lagi ganguan siaran semasa hujan!
  • Tidak akan terlepas lagi rancangan kegemaran anda kerana anda boleh menstrim acara LANGSUNG dari mula, atau hanya 'pause' dan menyambung semula program yang anda inginkan.
  • Akses perpustakaan yang mengandungi lebih 65,000 buah video atas permintaan. Ikuti atau tonton episod penuh bila-bila masa yang anda suka.
  • Capai rakaman anda pada bila-bila masa di TV atau aplikasi Astro GO melalui Rakaman Cloud.

Ciri-ciri lain merangkumi 'pause' pada TV dan teruskan tonton pada aplikasi Astro GO, keupayaan carian yang dipertingkat dan banyak lagi.

Anda boleh melaporkan insiden melalui WhatsApp di 03-9543 3838 dengan menaip PNP dan akses panduan pengguna atau meminta bantuan lanjut daripada ejen berdedikasi kami. Sila sediakan nombor pengesanan Airway Bill anda untuk pengesahan. Jika kotak penggantian/kad SIM Astro dianggap perlu, kotak baharu dan kad SIM Astro yang baharu akan dihantar melalui kurier ke alamat perkhidmatan anda.

Untuk sebarang isu teknikal, anda boleh melayari halaman Bantuan & Sokongan Astro, kemudian skrol ke bahagian 2. Technical Troubleshooting - Ultra Box / Ulti Box

ATAU

Hantar Hi ke WhatsApp kami di 03-9543 3838, kemudian pilih Help & Support untuk bantuan.

Ultra Plug & Play Box hadir dengan waranti perkakasan kotak selama satu tahun.

Untuk pemasangan kendiri, terdapat meterai jaminan di bahagian bawah Ultra Plug & Play Box, yang tidak boleh ditanggalkan atau diubah kerana ini akan membatalkan jaminan perkakasan Ultra Box selama satu tahun.

Jika anda mempunyai Astro box selain daripada Ultibox atau Ultrabox, sila kitar semula di pusat pengumpulan berdaftar kerana mereka akan menguruskan perlupusan kotak tersebut dengan cara mesra alam. Klik di sini untuk mencari pusat pengumpulan berdaftar berhampiran anda.

Untuk Ultibox atau Ultrabox lama anda, selepas Plug & Play Box anda telah diaktifkan, perkhidmatan kurier akan menghubungi anda dalam masa DUA (2) minggu untuk aturkan masa bagi mereka ambil Astro Box dan kad SIM/Kad Pintar lama.

  1. Pastikan semua kabel telah dicabut dari Astro Box lama. Untuk membatalkan kabel satelit putih dari Astro Box lama anda, pegang saja kabel, pusingkan dan tarik dengan perlahan-lahan.
  2. Simpan barang-barang ini supaya rakan penghantaran kami boleh mengambilnya daripada anda:

- Astro Box lama
- Kad Pintar Astro lama (tinggalkannya di dalam Astro Box anda)

  1. Apabila perkhidmatan kurier sampai di kediaman anda, sila sahkan yang mereka datang untuk mengambil barang bagi pihak Astro.
  2. Benarkan pihak kurier memeriksa nombor bersiri Astro Box.
  3. Serahkan semua barang kepada mereka untuk dipulangkan dan selesai!