Notis Mengenai Sub-Kod Keperluan Persetujuan (Opt-In) di bawah Kod Pengguna Am
Kami ingin memaklumkan kepada pelanggan bahawa Kod Pengguna Am: Sub-Kod Keperluan Persetujuan (Opt-In) ("Sub-Kod") telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 25 Mei 2026 dan berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Sub-Kod ini menetapkan keperluan bagi mendapatkan persetujuan pengguna yang jelas, dimaklumkan dan diberikan secara sukarela sebelum penyediaan perkhidmatan tertentu, selaras dengan usaha untuk meningkatkan ketelusan serta perlindungan pengguna.
Astro mematuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Sub-Kod ini dan kekal komited dalam memastikan persetujuan pelanggan diperoleh dengan cara yang jelas, telus dan sewajarnya, selaras dengan keperluan peraturan yang berkuat kuasa.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MCMC.