Skip to main content

Maklumat mengenai pengumuman terkini Astro Fibre

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan penilaian perniagaan, Astro telah mengumumkan cadangan pemindahan yang melibatkan jualan perkhidmatan Astro Fibre kepada Maxis Broadband. Pemindahan yang dicadangkan ini melibatkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi Astro Fibre, yang dilanggan oleh pelanggan sama ada secara berasingan atau bersama-sama pek TV Astro.

Cadangan pemindahan ini masih tertakluk pada kelulusan yang diperlukan serta pemenuhan syarat-syarat berkaitan. Sementara itu, perkhidmatan Astro Fibre akan terus beroperasi seperti biasa dan pelanggan tidak perlu mengambil sebarang tindakan buat masa ini.

Sekiranya terdapat sebarang perkembangan atau tindakan yang perlu diambil, Astro akan menghubungi pelanggan Astro Fibre secara langsung dan memaklumkan perkembangan terkini sepanjang proses ini.

Astro kekal komited untuk menyokong pelanggan Astro Fibre serta memastikan mereka terus menikmati sambungan internet yang boleh dipercayai dan pengalaman perkhidmatan yang  memuaskan.

​

Soalan Lazim

  1. Adakah perkhidmatan Astro Fibre telah dipindahkan kepada Maxis Broadband?

    Astro telah mengumumkan cadangan pemindahan yang melibatkan jualan perkhidmatan Astro Fibre kepada Maxis Broadband. Walau bagaimanapun, pemindahan ini masih tertakluk pada kelulusan serta pemenuhan syarat-syarat berkaitan dan masih belum dimuktamadkan.

    Sementara itu, Astro akan terus menyediakan perkhidmatan Astro Fibre seperti biasa. Pelanggan tidak perlu mengambil sebarang tindakan buat masa ini.

     

  2. Apakah perkhidmatan yang terlibat dalam cadangan pemindahan ini?

    Cadangan pemindahan ini hanya melibatkan perkhidmatan jalur lebar Astro Fibre, iaitu perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah jenama Astro Fibre, sama ada dilanggan secara berasingan atau sebagai sebahagian daripada pakej yang digabungkan bersama Pek TV Astro.

     

  3. Adakah perkhidmatan Astro Fibre akan dihentikan?

    Tidak. Perkhidmatan Astro Fibre akan terus beroperasi seperti biasa buat masa ini. Cadangan pemindahan ini tidak menjejaskan langganan Astro Fibre sedia ada anda.

     

  4. Adakah saya perlu mengambil sebarang tindakan?

    Tidak. Anda tidak perlu mengambil sebarang tindakan buat masa ini. Sekiranya terdapat sebarang tindakan yang perlu diambil pada masa hadapan, Astro akan memaklumkan perkara tersebut kepada pelanggan Astro Fibre lebih awal.

     

  5. Bolehkah saya terus menggunakan perkhidmatan Astro Fibre seperti biasa?

    Ya. Anda boleh terus menggunakan perkhidmatan Astro Fibre seperti biasa. Buat masa ini, pengumuman ini tidak menjejaskan langganan Astro Fibre sedia ada anda.

    Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada perkhidmatan Astro Fibre pada masa hadapan, Astro akan memaklumkan perkara tersebut kepada pelanggan lebih awal.

     

  6. Adakah terdapat sebarang perubahan kepada yuran langganan bulanan atau urusan pembayaran bil saya?

    Tidak. Yuran langganan bulanan dan urusan pembayaran bil anda kekal seperti sedia ada. Anda perlu membuat pembayaran kepada Astro seperti biasa.

    Sekiranya cadangan pemindahan ini dimuktamadkan, urusan pembayaran bil bagi perkhidmatan Astro Fibre dijangka beralih kepada Maxis Broadband. Sebarang perubahan kepada langganan, yuran atau urusan pembayaran bil, jika berkenaan, akan dimaklumkan kepada pelanggan Astro Fibre lebih awal, berserta maklumat yang diperlukan bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar.

     

  7. Bilakah pemindahan ini akan dimuktamadkan?

    Cadangan pemindahan ini masih tertakluk pada kelulusan yang diperlukan serta pemenuhan syarat-syarat berkaitan. Buat masa ini, tarikh muktamad masih belum ditetapkan.

    Astro akan memaklumkan perkembangan terkini kepada pelanggan Astro Fibre sekiranya maklumat lanjut diperoleh.

     

  8. Siapakah yang boleh saya hubungi jika memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan lanjut mengenai perkara ini?

    Anda boleh terus menghubungi Astro melalui saluran khidmat pelanggan sedia ada untuk mendapatkan bantuan berkaitan perkhidmatan Astro Fibre atau mengemukakan pertanyaan mengenai cadangan pemindahan ini, melainkan dimaklumkan sebaliknya. 

    a) Telefon: 03 9543 1543; atau

    b) WhatsApp: Hantar mesej "Hi" ke +603 9543 3838; atau

    c) Laman web: astro.com.my/support/feedback-form