Kemaskini Astro Fibre bermula 1 Februari 2026​

Astro sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan dan sokongan yang terbaik kepada semua pelanggan Astro Fibre. Kami mahu anda terus menikmati sambungan internet yang pantas, stabil dan pengalaman yang lancar.

Sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan kami, Astro akan menghentikan jualan dan pendaftaran pelanggan baharu untuk Astro Fibre bermula 1 Februari 2026, sehingga kami berkongsi kemaskini seterusnya.

Perubahan ini tidak akan memberi kesan kepada pelanggan sedia ada, termasuk mereka yang mendaftar sebelum 1 Februari 2026. Perkhidmatan anda akan kekal seperti biasa, dan kami akan terus menyediakan sokongan penuh, termasuk pemulihan, pemindahan (relokasi) dan sokongan pelanggan.

Kami amat menghargai kepercayaan anda dan akan terus fokus untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua pelanggan kami.