Astro Warna Terbit Program Pencarian Bakat Komedi Dalam Kalangan ‘Generasi Z’ Pertama Di Malaysia

Astro Warna Terbit Program Pencarian Bakat Komedi Dalam Kalangan ‘Generasi Z’ Pertama Di Malaysia

Selebriti versatil tanah air, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Adibah Noor dilantik sebagai Juri Tetap untuk program realiti ‘Raja Lawak Junior’

FORMAT PROGRAM & PEMARKAHAN

Bertitik titik tolak daripada kejayaan program realiti ‘Raja Lawak’ atau ‘RL’ terbitan Astro yang telah melahirkan ramai penggiat seni versatil tanah air, kini inisiatif pencarian bakat dalam bidang komedi diluaskan pula kepada pelapis dalam kalangan ‘Generasi Z’ menerusi ‘Raja Lawak Junior’ atau ‘RLJ’.

Selama 8 minggu, pertandingan bakat yang berkonsepkan komedi secara santai, bakal menampilkan 10 peserta untuk bersaing di pentas ‘RLJ’ musim pertama yang terdiri daripada 6 pelawak solo dan 4 pelawak berkumpulan dalam lingkungan umur 7 hingga 15 tahun.

Format pemarkahan adalah 100% berdasarkan juri profesional yang akan menilai daripada sudut ‘punchline’ (40%), penceritaan (40%) dan persembahan (20%). Manakala pemberian markah secara ‘Love’ pula adalah menurut pecahan seperti berikut:

1. Love: 1-20%, 2. Love: 21-40%, 3. Love: 41-60%, 4. Love: 61-80%, dan 5. Love: 81-100%.


Peserta yang mendapat markah tercorot pada setiap minggu akan disingkirkan.

PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO

Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Warna, Astro Prima & InTrend berkata:

“Astro sentiasa menyediakan program-program yang terbaik khusus buat para pelanggannya yang setia. Menerusi inisiatif terbaharu, program realiti komedi ‘Raja Lawak Junior’ atau ‘RLJ’ bakal membawa kelainan kepada arena gelanggang lawak tanah air kerana buat pertama kalinya kami menganjurkan pertandingan bakat seumpama ini khusus mencari pelapis versatil kanak-kanak dalam kalangan ‘Generasi Z’ pula. Berdasarkan analisa kami, pola kecenderungan video-video yang sering ‘tular’ di media sosial kini kebanyakkannya berunsurkan jenaka dan komedi. Kami menyambut baik perkembangan positif ini dengan menyediakan platform untuk menyerlahkan sisi kreatif dan potensi anak-anak muda dengan bimbingan yang menyeluruh menerusi penganjuran ‘RLJ’ untuk ditengahkan bagi menjadi pelapis pelawak profesional sedia ada. Kehadiran alumni program ‘Raja Lawak’ dalam ‘RLJ’ seperti Nabil Ahmad, Jihan Muse, dan Ajak (Shiro) juga mampu memberi inspirasi kepada anak-anak muda ini untuk mencapai impian mereka menjadi penggiat industri yang berkaliber dan berkualiti tinggi suatu hari kelak.”

BUTIRAN SIARAN RANGKAIAN PROGRAM ‘RLJ’

Program ‘Raja Lawak Junior’ bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu bermula 10 Ogos 2019, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ia juga boleh dinikmati menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand. Manakala 10 episod kapsul istimewa ‘Saya Raja Lawak Junior’ yang berdurasi selama 10 minit untuk setiap episod pula akan disiarkan mulai hari Rabu, 31 Julai hingga hari Ahad, 4 Ogos 2019, jam 6.00 petang dan 8.50 malam. Pengisian kapsul ini lebih memfokuskan kepada sekitar sesi ujibakat ‘RLJ’ dan episod pengenalan peserta yang terpilih. Kapsul ‘Ceritera Raja Lawak Junior’ pula akan disiarkan setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 8.50 malam mulai 7 Ogos 2019 yang akan menghiburkan penonton dengan gelagat mencuit hati persediaan para peserta sebelum persembahan mingguan mereka. Kedua-dua kapsul ini bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Warna (132), Warna HD (124) dan Astro Ceria (611).

TRIVIA ‘RAJA LAWAK JUNIOR’

1. Penerbitan ‘RLJ’ turut disokong oleh Carrie Junior tampil sebagai Penaja Utama.
2.Rakaman mingguan program ‘RLJ’ diadakan di Lensa Studio, Damansara selama lapan minggu.
3.Dua selebriti versatil yang juga merupakan juara ‘RL’ musim kedua; Nabil Ahmad dan naib juara ‘RL’ musim ketiga; Jihan Muse serta selebriti popular Adibah Noor diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab sebagai Juri Tetap ‘RLJ’ untuk musim yang pertama.
4.Manakala pelawak terkenal yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan juara ‘RL’ musim keenam; Ajak (Shiro) serta pelakon dan hos popular yang semakin dikenali ramai; Ain Edruce pula telah digandingkan buat pertama kalinya di pentas ‘RLJ’ sebagai pasangan hos program.
5.Bagi merancakkan lagi persembahan mingguan para peserta, ‘RLJ’ turut membawa masuk barisan artis jemputan yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pelawak dan personaliti tanah air yang akan membuat penampilan istimewa pada minggu separuh akhir (minggu ketujuh) ‘RLJ’ kelak.
6.Ahli kumpulan ‘Three-A’ merupakan adik-beradik kandung kepada Wafiy Aan (‘Ceria Megastar’, ‘Gostan’, ‘Suatukala’).7.Salah seorang peserta, Danish, pula merupakan anak saudara kepada Rahim Sepahtu.
8.Peserta solo Aqil, pernah tular di laman media sosial setelah memuatnaik sebuah video berkisarkan tentang kerenah kakaknya.

HADIAH KEMENANGAN

1. Juara – Wang tunai berjumlah RM 15,000.00
Naib Juara – Wang tunai berjumlah RM 10,000.00
Tempat Ketiga – Wang tunai berjumlah RM 8,000.00
Tempat Keempat – Wang tunai berjumlah RM 5,000.00

IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI ‘RAJA LAWAK JUNIOR’

Radio Rasmi – GEGAR
Media Rasmi – Zon Lawak (di bawah Astro Gempak)
Media Sosial – Instagram: Zon Lawak | Facebook: Portal Zon Lawak.Tanda Pagar – #RajaLawakJr2019