Lebih daripada 1,400 pelajar dihubungkan dengan aktiviti pembelajaran digital menerusi JomStudi

Lebih daripada 1,400 pelajar dihubungkan dengan aktiviti pembelajaran digital menerusi JomStudi

Kolaborasi yang dijalin bermatlamat untuk merapatkan jurang digital dengan menambahbaikkan pengalaman pembelajaran pelajar

 

NEGERI SEMBILAN, 8 Mac 2019 – Lebih daripada 1,400 pelajar dari seluruh negara menjadi antara kumpulan pelajar yang pertama untuk mendapatkan akses dan menikmati JomStudi,  sebuah habpembelajaran digital.  Menggabungkan kandungan berasaskan sukatan pelajaran sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, JomStudi  menjadikan pembelajaran digital lebih mudah untuk diperoleh bagi komuniti-komuniti yang kurang mendapat perhatian di mana akses ke atas pusat tuisyen dan sumber pembelajaran mungkin terhad bagi mereka.

 

Kandungan pembelajaran yang berkualiti untuk semua

Dihos dan dikendalikan oleh Digi, JomStudi menyediakan kandungan yang ditawarkan oleh Tutor TV Astro, sumber pembelajaran yang berasaskan video interaktif serta Full A Mark oleh Media Prima, sebuah portal pembelajaran dalam talian yang membolehkan pelajar mengakses latihan ulang kaji bagi subjek-subjek Tahun 5, UPSR, dan SPM.

 

Di samping itu, para pelajarakan mendapat akses ke atas kandungan digital daripada gerakan #mydigitalmaker seperti modul-modul bagi pengekodan, pemprograman dan keupayaan pemikiran komputasi yang lain. Sebuah modul  keselamatan dan kebingkasan internet yang dinamakan ‘Digi World’ juga akan ditawarkan menerusi JomStudi untuk memastikan para pelajar sedar tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan semasa berada di dalam talian.

 

Sumber pembelajaran lain yang berkaitan  dengan teknologi, literasi digital serta pembelajaran kemahiran informal juga akan disediakan di JomStudi menerusi usaha sama dengan pembekal kandungan pendidikan yang lain pada masa yang akan datang.

 

Dilancarkan pada hari ini di pusat internet yang terletak di Kampung Kering, Labu oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tuan Gobind Singh Deo, JomStudi dikonsepkan secara bersama oleh Astro Malaysia Holdings Berhad (“Astro”),Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”), dan Media Prima Berhad (“MediaPrima”) dengan sokongan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Turut hadir bersama di majlispelancaran ini adalah Al-Ishsal Ishak, Pengerusi SKMM, Hj Ismail Bin Ahmad, Adun Labu; Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro; Albern Murty, Ketua Pegawai Eksekutif Digi; Datuk Kamal Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima; dan Sumitra Nair, Naib Presiden Bakat & Keusahawanan Digital MDEC.

 

YB Tuan Gobind memuji kolaborasi yang diadakan ini dan menyatakan bahawa kerjasama erat yang dijalin antara sektor awam dan swasta adalah mustahak bagi merapatkan jurang digital yang wujud serta mengubah pengalaman pembelajaran pelajar. Beliau menekankan akan kepentingan bagi generasi muda untuk mula membina kemahiran digital dan memastikan mereka melengkapkan diri dengan ilmu agar mampu untuk bersaing dalam landskap pekerjaan di masa hadapan.

  

Penekanan untuk meningkatkan keupayaan pembelajaran sendiri

JomStudi menggalakkan inisiatif “pembelajaran sendiri” serta menerapkan kemahiran berasaskan teknologi serta digital di kalangan pelajar. Untuk memotivasikan pelajar, JomStudi menggunakan elemen gamifikasi untuk menjadikan proses pembelajaran mereka agar lebih menyeronokkan. Ia meliputi lencana ganjaran bagi setiap tugasan yang berjaya disiapkan serta papan pemuka (dashboard) yang diperibadikan untuk membolehkan para pelajar memantau perkembangan masing-masing.

 

Lanjutan daripada pelancaran ini, Digi akan menawarkan akses percuma eksklusif untuk para pelanggannya melalui zon  JomBelajar dari pukul 2:00 petang hingga 8:00 malam setiap hari.

 

JomStudi telah menerimamaklum balas yang positif daripada para pelajar dan pengurus pusat internet sewaktu fasa percubaannya yang telah diadakan selama sebulan, bertujuan untuk memastikan JomStudi mampu memberikan  pengalaman pembelajaran interaktif yang menarikserta mesra pengguna. Berikut adalah antara maklum balas yang diberikan olehmereka tentang JomStudi:

 

Nurul Awathif Nordin, 11 (Pusat Internet Bukit Payong)

“Saya mendapati JomStudi merupakan sebuahplatform yang menyeronokkan dan mudah untuk digunakan kerana saya dapat belajarmenggunakan latihan peperiksaan dan nota-nota berinformasi yang disediakandalam platform tersebut. Ia juga membantu saya untuk memantau perkembangan pembelajaran saya. Saya hanya menggunakan JomStudi apabila saya mengunjungi pusat internet kerana saya tidak memiliki komputer riba atau akses internet di rumah.”

 

Siti Nur Syahirah binti Mohamad, 17 (Pusat Internet Tendong)

“Sudah tentu saya akan menyarankan JomStudi kepada rakan-rakan saya kerana ia membolehkan saya belajar di mana-mana sahaja dengan menggunakan telefon atau tablet saya. Video-video yang tersedia juga menjadikan kandungan pembelajaran lebih mudah untuk difahami dan saya suka bagaimana platform tersebut membantu saya mendapatkan ilmu  tambahan selain daripada yang saya dapati  dari sekolah. Saya juga menyukai platform tersebut kerana saya boleh menonton pelbagai kandungan pembelajaran bersama rakan-rakansaya dan kami boleh berbincang serta bertukar nota dan pandangan selepas itu.”

 

Muhammad Asyraf Amanaullah bin Safar, 17 (Pusat Internet Taman Sentosa)

“Saya suka menggunakan JomStudi kerana pembelajaran digital membolehkan saya mengikuti perkembangan trend digital dan teknologi yang terkini. Saya boleh memberi tumpuan dan memahami dengan lebih baik sambil menonton kandungan berasaskan video, dan saya suka kandungan tambahan yang lain seperti video-video yang berkenaan dengan robotik. Subjek-subjek yang diterapkan dalam JomStudi melengkapi apa yang saya telah belajar di sekolah dan saya dapat membuat ulang kaji pada bila-bila masa.”

 

Azuan Shaari (Pengurus, Pusat Internet Tendong)

“Selepas saya membantu para pelajar cara untuk menggunakan JomStudi, saya boleh melihat bagaimana mereka menikmati platform tersebut untuk tujuan pembelajaran. Ada di antara mereka yang memberitahu saya bahawa kandungan yang berkenaan telah membantu mereka memahami subjek pembelajaran mereka dengan lebih baik. Secara peribadi, saya percaya bahawa pembelajaran digital merupakan kaedah yang baik untuk pelajar-pelajar ini mengulang kaji kerana platform tersebut membolehkan mereka menuntut ilmu dengan cara yang lebih menyeronokkan dan interaktif. Ia juga membolehkan ibu bapa pelajar memantau aktiviti pembelajaran anak-anak mereka, lantas membolehkan mereka membimbing anak-anak dengan kandungan pembelajaran yang berkenaan memandangkan pelbagai sumber pembelajaran yang dikehendaki boleh diakses dengan mudah di mana-mana jua mereka berada.”

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai platform tersebut, sila layari www.jomstudi.com.my.