PENCARIAN DEWI REMAJA KEMBALI UNTUK EDISI TERBAHARU

PENCARIAN DEWI REMAJA KEMBALI UNTUK EDISI TERBAHARU

Juri tetap, pengacara serta senaraipenuh 12 finalis

‘Pencarian Dewi Remaja 2018/2019’diperkenalkan secara rasmi

 

Kuala Lumpur, 31 Oktober 2018 - Lebih tiga tahun telahberlalu sejak gelaran Dewi Remaja disandang oleh pelakon dan selebrititempatan, Farza Naquraisha Rizrose, 22 atau lebih dikenali sebagai RayshaRizrose. Kini, ‘Pencarian Dewi Remaja’yang konsisten mencungkil nama-nama besar dalam industri seni kembali mencaripersonaliti terbaik dari seluruh Malaysia.

Hadir dengan tema ‘PesonakanBintangmu’, Dewi Remaja bukan saja mencari sekumpulan gadis remaja yangmemiliki pakej rupa paras dan fizikal yang positif. Ia juga menjadi platformuntuk mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik; sekaligusmeneruskan legasi yang dijayakan oleh peserta Dewi Remaja terdahulu.

Mengulas lanjut mengenai kolaborasi di antara pihak Astro dan Karangkrafmenerusi Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. untuk penganjuran Dewi Remaja edisi terbaharu, Emarina Mohd Kamal selaku pengurus saluranAstro Ria amat berbesar hati untuk meneruskan kerjasama strategik yang sudahpunmemasuki edisi ketiga sejak Pencarian Dewi Remaja 2009/2010.

“Menyingkap sejarah penganjuran Dewi Remaja edisi pertama lebih tiga dekadyang lalu, jenama dan legasi Dewi Remaja terbukti telah membawa impak dansumbangan yang besar kepada industri hiburan kerana berjaya melahirkan ramainama-nama besar menerusi pertandingan ini. Sehingga kini, pengaruhnya teruskukuh sebagai platform berprestij untuk mengenal pasti bakat-bakat besar denganpakej komersial yang lengkap. Selaku penganjur bersama, usaha sebegini perludiberi kredit dan sokongan yang sewajarnya kerana ia memainkan peranan pentinguntuk melahirkan lebih ramai pelapis kepada selebriti serba boleh yang sediaada. Semoga pencarian edisi ini mampu meneruskan legasi penganjuran tahun-tahunterdahulu.”

Tema ‘Pesonakan Bintangmu’ juga bertepatan dengan ulang tahun edisi ke-10pencarian ini sejak ia bermula pada tahun 1985. Menurut Farah Hussamuddin selaku Penerbit Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., merekamelihat kehadiran para peserta kali ini sebagai antara yang terbaik dan palinginklusif yang pernah dipilih oleh panel juri sepanjang penganjurannya.

 

"Jika dahulu, Pencarian Dewi Remaja hanyalah terhad sebagai programyang dijayakan di kalangan pengkarya di Kumpulan Media Karangkraf sahaja.Tetapi dengan adanya kolaborasi strategik bersama Astro melalui Nu Ideaktiv,kami sebagai penganjur bersama mampu membawa potensinya ke aras yang lebihtinggi dan bervariasi. Dewi Remaja kini dapat menembusi platform media di pihakAstro. Sekaligus, ia memberikan langkauan jauh kepada penjenamaan Dewi Remajaserta kepada para pesertanya yang baru ingin menapak di dalam industri seni."

Anggaran jumlah hampir 500 calon peserta telah hadir kesesiuji bakat terbuka yang bertempat di Kuala Lumpur untuk mencuba nasib sepanjangtempoh empat hari ia dijalankan baru-baru ini. Seramai 20 orang calon peserta Dewi Remaja telah terpilih untuksaringan akhir seperti yang telah diumumkan. Walau bagaimanapun, hanya 12 orang sahaja yang akan memenuhislot selaku finalis. Pakej komersial lengkap yang merangkumi latar belakangmenarik, persona dan potensi yang mereka miliki bakal menjadikan penganjurankali ini sebagai antara edisi paling menarik untuk diikuti.

12 finalis ‘Pencarian Dewi Remaja2018/2019’ yang berjaya diserap masuk adalahHANEESYA HANEE (18, Kuala Lumpur),  TIA SHAH (18, Selangor), ANNA JOBLING (18, Kuala Lumpur), ARY (19, Selangor), RANIA (19, KUALA LUMPUR), LYDIA (20, Sabah), AWEEN (20, Kelantan) RASYA (22,Selangor), ZEERA (22, Selangor), SHERIN (23, Selangor), ERNISHA (23, Selangor) dan FAZ (20, Johor).

Melalui paparan 8 episod, program Dewi Remaja 2018/2019 akan menampilkanDewi Remaja 2005/2006, Scha Al-Yahyasebagai pengacara. Sementara itu, pelakon-produser Datuk Hans Isaac dilantik selaku juri tetap pada setiap minggu. Iniadalah kerjasama kali kedua berturut-turut di antara pihak produksi dan SchaAl-Yahya selepas selebriti tersebut muncul sebagai pengacara program Pencarian HeroRemaja 2017; sekaligus meneruskan legasi di kalangan famili Hero Remaja danDewi Remaja.

Selain daripada paparan di layar kaca, program pencarian ini turut mendapatliputan menyeluruh dan terkini melalui laman digital serta sosial media MajalahRemaja. Melalui paparan video yang menampilkan pengacara digital Safwan Nazri, penonton dan pengikutsetiap peserta dapat menonton perjalanan para peserta, juri dan aktiviti yangberlangsung secara pantas.

Program ‘Dewi Remaja 2018/2019’akan menemui penonton pada setiap hariAhad, jam 10.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 25 November 2018.

Manakala perkembangan terkini termasuklah paparan video dan temu ramaheksklusif mengenai penganjuran Dewi Remaja 2018/2019 juga turut boleh diikutidi ERA selaku radio rasmi.

Dalam pada itu, penganjuran edisi terbaharu juga turut meraikan kehadiranpara penaja yang akan mewarnai lagi intipati dan cabaran sepanjangberlangsungnya Dewi Remaja 2018/2019. Kami membuka pintu seluasnya kepadajenama telekomunikasi redONE yangakan mengaktifkan para finalis bersama para pengikut mereka. Selain itu,program ini turut diserikan oleh ObsessCosmetics selaku penaja kategorisolekan.

Bagi mengikuti info terbaru mengenai program Pencarian Dewi Remaja2018/2019 pula, kunjungi laman webwww.remaja.my/dewi, Facebook[dewiremaja] dan Instagram[majalahremaja].

Hashtag :

#DewiRemaja

#Dewi1819

#majalahremaja