Menang hadiah wang tunai dan bayaran bil bersama ERA, SINAR & GEGAR

Menang hadiah wang tunai dan bayaran bil bersama ERA, SINAR & GEGAR
ERA: The Masked Rapper ERA

Dari sekarang hingga 9 April, para peminat ERA boleh sertai ‘The Masked Rapper ERA’ yang dibawakan oleh Nior di udara dan berpeluang menang hadiah wang tunai bernilai RM150 dalam setiap pusingan.

    • Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
    • Teka tajuk lagu yang dirap oleh Luca Sickta dan Kmy Kmo, dua penyanyi rap tempatan, apabila mendengar klip lagu dimainkan di udara. 
    • Peserta juga boleh mendapatkan pembayang menerusi ‘IG Stories’ ERA.
    • Jawapan yang betul akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM150 dan wang tunai akan digandakan ke pusingan seterusnya untuk setiap jawapan yang salah.
    • Sertai ‘The Masked Rapper ERA’ dengan membuat tekaan lagu rap dengan betul.

SINAR: Betulkan Lirik SINAR

Para peminat SINAR boleh menang sebahagian wang tunai bernilai RM8000 dengan peraduan ‘Betulkan Lirik SINAR’ dari sekarang hingga 26 Mac di udara.

    • Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
    • Segmen Pagi Di SINAR bersama Jep, Angah dan Rahim akan menyanyikan baris lagu dan peserta perlu meneka perkataan yang tidak dinyanyikan.
    • Jika jawapan betul, peserta akan membawa pulang wang tunai sekurang-kurangnya RM200 atau jumlah wang yang terkumpul seperti yang diberitahu oleh personaliti SINAR. 
    • Jika tiada jawapan yang betul bagi pusingan itu, hadiah wang tunai akan ditambah ke pusingan seterusnya.
    • Riuhkan Pagi Di SINAR dengan menyertai ‘Betulkan Lirik SINAR’ sekarang.

GEGAR: GEGAR Bayar Bil 2.0

Para peminat GEGAR boleh ambil bahagian dalam ‘GEGAR Bayar Bil 2.0’, yang dibawakan oleh Susu Maeez dari sekarang hingga 8 April menerusi laman rasmi GEGAR di gegar.my untuk peluang menerima bantuan pembayaran bil berjumlah RM200.

    • Peserta perlu melayari laman rasmi GEGAR di pautan gegar.my untuk mengambil bahagian.
    • Lengkapkan maklumat peribadi beserta maklumat bil yang ingin dibayar oleh pihak GEGAR.
    • Perserta juga perlu memuat naik gambar bil yang ingin dibayar dan kongsikan jawapan untuk soalan: Kenapa GEGAR perlu membayar bil anda?  
    • Jumlah pada satu bil yang dilampirkan itu perlu bernilai RM200 atau lebih rendah. 
    • Pemenang akan diumumkan menerusi siaran udara dan di laman media sosial GEGAR.
    • Ambil peluang dalam ‘GEGAR Bayar Bil 2.0’ dan GEGAR akan bantu selesaikan bil peminat.