Strim ‘ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020’ pada 27 Januari

Strim ‘ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020’ pada 27 Januari

Nikmati juga persembahan artis tempatan menerusi Facebook Live, YouTube dan Instagram ERA

MENGENAI ‘EDMA 2020’

Para peminat ERA boleh strim siaran langsung malam kemuncak ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 secara digital dengan selamat di rumah masing-masing, menerusi peranti mudah alih, pada 27 Januari 2021, jam 9 malam, menerusi Facebook Live, YouTube dan Instagram ERA.

EDMA 2020 bakal memberi pengiktirafan kepada penyanyi dan selebriti tempatan yang telah menghiburkan peminat-peminat ERA sepanjang tahun 2020, menerusi 6 buah kategori termasuk Artis Baru Baek, Lagu Featuring Hit, Lagu Viral Onz, Fan Club Paling Ngam, dan dua kategori baharu, Artis Norma Baharu dan Influencer PKP ERA.

*Nota: Sila rujuk senarai untuk maklumat penuh kategori dan calon #EDMA2020

Selain itu, peminat ERA juga boleh terus berhibur dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi terhebat tanah air seperti Shiha Zikir, Neeta Manishaa, Harith Zazman, Loca B, Tuju, Yonny Boi, Asyraf Nasir dan Azzam Sham

Undian EDMA 2020 telah dibuka kepada para peminat bermula 28 Disember hingga 18 Januari lalu dan peminat diberi seratus peratus kuasa untuk memilih pemenang pada setiap kategori yang dipertandingkan. 

Dapatkan maklumat terkini berkaitan #EDMA2020 di Facebook, Instagram dan laman rasmi ERA. 

SENARAI KATEGORI DAN CALON-CALON ‘EDMA 2020’

Artis Baru Baek

    • Asyraf Nasir
    • Azzam Sham
    • Harith Zazman
    • Dolla
    • Yonnyboii

Lagu Viral Onz

    • Peluang Kedua: Nabila Razali feat MK K-Clique
    • Cute: Harith Zazman feat Loca B, MFMF
    • Teman: Iman Troye
    • Pulang: Gnello, MK K-Clique feat AJ
    • Empat Dara 2020: Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana

Lagu Featuring Hit

    • Cute: Harith Zazman feat Loca B, MFMF
    • Jaga Jaga: Azarra Band feat Beby Acha
    • Pulang: Gnello, MK K-Clique feat AJ
    • Sembah: Naim Daniel feat Man Keedal
    • Zuhud: Kmy Kmo & Luca Sickta Feat Datuk M.Nasir

Influencer PKP ERA

    • Soloz
    • Azfar Heri
    • Sir Fathi
    • Sofyank
    • Durian Kimchi

Artis Norma Baharu

    • Naim Daniel
    • Syamel
    • Alif Satar
    • Asyraf Nasir
    • MK K-Clique

Fan Club Paling Ngam

    • Azzam Sham Troopers (Azzam Sham)
    • Usop Mania (Usop)
    • Fl88wers (Floor 88)
    • Naimians (Naim Daniel)
    • Idolla (Dolla)