ZAYAN anjur #ZAYANSkip4Frontliners sempena Hari Kebangsaan Malaysia

ZAYAN anjur #ZAYANSkip4Frontliners sempena Hari Kebangsaan Malaysia

Aktiviti lompat tali selama 63 minit dijalankan demi menghargai jasa barisan hadapan negara

ZAYAN menganjurkan #ZAYANSkip4Frontliners, aktiviti lompat tali (skipping) pertama ZAYAN bersama rakan-rakan artis sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2020, di perkarangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Kuala Lumpur.

#ZAYANSkip4Frontliners adalah satu aktiviti penghargaan yang dizahirkan oleh ZAYAN buat barisan hadapan negara dalam berjuang menentang COVID-19 serta memupuk semangat bersukan dan kekal sihat serta selamat dikalangan peminat ZAYAN.

Barisan rakan-rakan artis dan personaliti yang terlibat dalam menjayakan aktiviti lompat tali selama 63 minit ini termasuklah Ikhwan Fatana, penyanyi dan penulis lirik lagu; Johan As’ari, pelakon dan selebriti tanah air; Alice Harun, personaliti Astro Arena; Dr. Fitri Haris, Juara Gema Gegar Vaganza musim kedua; serta personaliti ZAYAN seperti Mawi, Anas, Lin Ariffin dan Azhar Hilmi. Pembukaan #ZAYANSkip4Frontliners pula disempurnakan oleh Ahmad Idham, Ketua Pegawai Eksekutif, FINAS.

Aktiviti #ZAYANSkip4Frontliners mendapat sokongan yang menggalakan dari FINAS, Angkatan Pertahanan Awam (APM, Putrajaya), CDERT Ohhsem, CDERT Yayasan Felda, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH), dan Black Orange Ambulance. 

Maklumat lanjut berkaitan ‘#ZAYANSkip4Frontliners’ boleh didapati menerusi www.zayan.my atau ikuti ZAYAN di platform media sosial Facebook dan Instagram.