Di mana saya boleh mencari nombor akaun saya?
Anda boleh mendapatkan nombor akaun Astro anda dengan merujuk ke sudut kanan atas bil Astro anda, yang mempunyai kombinasi 10 digit (cth. 08XXXXXXXX atau 09XXXXXXXX).
Cara lain untuk mendapatkan nombor akaun anda adalah melalui My Astro:
Aplikasi My Astro pada Ulti/Ultra Box yang bersambung Internet anda
- Tekan "Home"
- Buka aplikasi My Astro pada Ultra/Ulti Box (ikon pintasan di sebelah ikon Tetapan pada skrin Utama, atau lancarkan aplikasi melalui barisan aplikasi)
- Setelah aplikasi dibuka, tekan butang Kuning pada alat kawalan jauh Astro anda untuk memaparkan Butiran Akaun.
Aplikasi My Astro atau web
- Muat turun Aplikasi My Astro atau layari laman web My Astro
- Log masuk dengan Astro ID anda
- Anda boleh lihat nombor akaun anda di bahagian atas laman utama.
Astro GO
- Pergi ke "Tetapan"
- Pilih "Peranti Saya"
- "Household ID" 8 digit anda juga boleh dianggap sebagai nombor akaun Astro.
🔄 Ingin menguruskan langganan Astro anda dengan mudah?
📱Muat turun aplikasi My Astro untuk:
- Urus langganan pek anda
- Dapatkan ‘add-on’ dalam beberapa minit sahaja
- Lihat maklumat kontrak anda