Skip to main content

Tetapkan TV untuk selaras dengan alat kawalan jauh Astro - Box Berdefinisi Tinggi (HD)

LANGKAH 1

Kenal pastikan alat kawalan jauh anda:

a) Alat kawalan jauh dengan logo Astro di bahagian bawah,teruskan ke LANGKAH 2.

b) Alat kawalan jauh dengan logo Astro di bahagian atas,teruskan ke LANGKAH 4

LANGKAH 2 (Alat kawalan jauh dengan logo Astro di bahagian bawah)

Pada alat kawalan jauh anda, tekan butang “set tv” dan arahan “set tv” akan dipaparkan di bahagian atas skrin anda.:

LANGKAH 3

Ikuti langkah-langkah yang tertera pada skrin untuk menyelaraskan alat kawalan jauh Astro anda.

LANGKAH 4 (Alat kawalan jauh dengan logo Astro di bahagian atas)

Tekan dan jangan melepaskan butang “tv input” di bahagian kiri bawah pada alatan kawalan jauh selama 3 saat, sehingga LED berkelip dua kali.

LANGKAH 5

Masukan2 digit Kod TV berdasarkan jenama TV anda, dan LED akan berkelip dua kali:

LANGKAH 6

Cuba tekan butang kawalan TV (Hidupkan/matikan TV atau naikkan kelantangan) untuk memastikan tetapan tersebut berfungsi.

LANGKAH 7

Tekan butang “ok” dan LED akan berkelip dua kali untuk menyimpankan tetapan tersebut.

Adakah ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda! Respon anda akan membantu memperbaiki halaman ini.

Cuba alternatif ini: