Adakah Multiroom (Smart TV) menggunakan satu (1) daripada peruntukan tontonan serentak Astro GO saya?
Ya, Multiroom (Smart TV) akan menggunakan satu (1) daripada peruntukan tontonan serentak Astro GO anda.
Pelanggan Multiroom (Smart TV) boleh menikmati akses sehingga 4 peranti serentak (menonton sehingga 4 skrin pada masa yang sama), yang terdiri daripada 1 Smart TV dan 3 peranti mudah alih, komputer riba atau tablet. Ini kerana Astro GO+ disertakan secara percuma bersama langganan Multiroom (Smart TV).