Program Astro Family Internship

Sempena Astro meraikan 30 tahun bersama rakyat Malaysia, kami berbesar hati memperkenalkan Astro Family Internship Programme, iaitu peluang latihan industri eksklusif untuk pelanggan Astro dan ahli keluarga mereka yang layak.
Program ini menawarkan peluang kepada golongan muda-mudi untuk didedahkan dengan pengalaman kerja sebenar di syarikat media dan hiburan terkemuka di Malaysia. Para pelatih berpeluang bekerja bersama-sama para profesional berpengalaman merentas fungsi -- kreatif, teknologi & data serta fungsi korporat.
Daripada kandungan, pemasaran hingga komunikasi, teknologi, kejuruteraan penyiaran dan fungsi perniagaan, para pelatih akan berpeluang menerokai pelbagai kerjaya yang memainkan peranan penting di Astro.
Bagi membantu pemohon meneroka peluang yang paling sesuai dengan minat masing-masing, terdapat tiga kategori untuk dipilih:
- Kreatif
- Teknologi & Data
- Fungsi Korporat
Setiap kategori menawarkan pendedahan kepada bidang perniagaan Astro yang berbeza.
Sepanjang tempoh latihan industri, anda berpeluang untuk:
- Bekerjasama dengan profesional berpengalaman merentasi pelbagai fungsi perniagaan.
- Penglibatan dalam projek dan aktiviti harian perniagaan.
- Menerima bimbingan dan tunjuk ajar daripada profesional berpengalaman.
- Membina kemahiran praktikal , komunikasi dan kerjasama di tempat kerja.
- Mendapat pendedahan secara langsung tentang bagaimana kandungan, teknologi, penyiaran dan operasi perniagaan berhubung kait dalam membawa produk dan Perkhidmatan Astro kepada pelanggan.
Lebih daripada sekadar pengalaman bekerja, program ini merupakan peluang untuk belajar, menyumbang dan meneroka pelbagai aspek perniagaan dalam persekitaran kerja sebenar.
Terokai kategori di bawah untuk maklumat lanjut mengenai peluang yang ditawarkan dan kenalpasti bidang yang paling menarik minat anda.
Program ini akan berlangsung antara Februari hingga Julai 2027, dengan tempoh minimum latihan industri selama tiga (3) bulan.
Terma & Syarat serta Soalan Lazim (FAQ) boleh didapati di sini.
Sedia untuk memohon?
Terokai kategori di bawah dan hantar permohonan anda melalui kategori pilihan:
Permohonan ditutup pada 31 Disember 2026.
Sehari dalam kehidupan Pelatih Kreatif

Apa yang ditawarkan
Melangkah di sebalik tabir syarikat media dan hiburan terkemuka Malaysia dan teroka kehebatan kandungannya. Daripada kandungan dan produksi kepada pemasaran dan penglibatan khalayak ramai, anda akan memperoleh pengalaman praktikal, membangunkan kemahiran profesional serta mempelajari bagaimana Astro mencipta pengalaman bermakna yang dekat dengan rakyat Malaysia setiap hari.
Siapa yang kami cari?
Anda kreatif, ada rasa ingin tahu dan semangat untuk belajar. Sama ada anda minat bercerita, mencipta kandungan, hiburan atau media, suka menerokai idea baharu dan membawa perspektif baru. Paling penting, anda minat untuk belajar, menyumbang dan berkembang dalam persekitaran kolaboratif.
Di mana anda boleh bekerja?
- Kandungan
- Pemasaran
- Produks
- Komunikasi Korporat
- Perkhidmatan Kreatif
- Media Sosial & Digital
dan banyak lagi.
Sehari dalam kehidupan Pelatih Teknologi & Data
Apa yang ditawarkan
Terokai bagaimana teknologi dan kuasa data dapat dinikmati dan memberikan pengalaman kepada jutaan rakyat Malaysia setiap hari. Melalui pendedahan langsung kepada produk digital, platform, kejuruteraan dan inisiatif dipacu data, anda akan memperoleh pengalaman praktikal bekerja bersama profesional industri dan mempelajari bagaimana inovasi membantu membentuk masa depan media dan hiburan.
Anda akan berpeluang untuk menyumbang kepada projek sebenar, membangunkan kemahiran teknikal dan analitikal serta mempelajari bagaimana Astro memanfaatkan teknologi dan data untuk menambah baik produk, perkhidmatan dan pengalaman pelanggan.
Siapa yang kami cari?
Kami mencari individu yang ada rasa ingin tahu, analitikal dan bermotivasi, minat tentang teknologi, data dan inovasi.
Berminat kepada pembangunan perisian, kejuruteraan, analitik, platform digital atau teknologi terbaharu, minat yang tinggi untuk belajar, meneroka idea baharu dan menggunakan pengetahuan anda kepada cabaran dunia sebenar. Jika anda gemar menyelesaikan masalah, bekerja dengan data, membina penyelesaian dan ingin terus belajar, kami ingin dengar daripada anda.
Di mana anda boleh bekerja?
- Reka Bentuk & Produk
- Seni Bina Teknologi
- Keselamatan IT / Sekuriti IT
- Kejuruteraan Perisian
- Pembangunan Teknikal Perniagaan Teras
- Data Kumpulan
dan banyak lagi.
Sehari dalam kehidupan Pelatih Fungsi Korporat

Apa yang ditawarkan
Dapatkan pendedahan kepada fungsi korporat yang menyokong dan membawa kepada kejayaan Astro. Daripada Pengalaman Pelanggan, Sumber Manusia, Kewangan, Undang-undang, Perolehan, Kesetiausahaan Korporat dan Kemampanan (ESG) kepada fungsi sokongan korporat dan perniagaan yang lain, anda akan berpeluang untuk menyumbang kepada projek yang bermakna, belajar daripada profesional berpengalaman dan memperoleh pengalaman langsung tentang cara pasukan yang berbeza bekerjasama untuk menyokong perniagaan. Melalui pengalaman langsung dan kerjasama merentas fungsi, anda akan membina kemahiran praktikal di tempat kerja sambil memperoleh pandangan berharga tentang sisi korporat salah satu syarikat media dan hiburan terkemuka di Malaysia.
Siapa yang kami cari?
Kami mencari individu yang bermotivasi dan ada rasa ingin tahu tentang fungsi korporat dan operasi perniagaan. Individu yang suka menyelesaikan masalah, bekerja dengan orang ramai dan sukakan cabaran baharu. Kemahiran komunikasi yang kukuh, kesediaan untuk belajar, dan keupayaan untuk bekerjasama secara berkesan dengan pihak berkepentingan yang berbeza akan membantu anda berkembang maju dalam persekitaran ini.
Sama ada minat anda terletak pada khalayak, pengalaman pelanggan, tadbir urus, kewangan, strategi, kemampanan atau operasi perniagaan, anda akan membawa sikap positif, perspektif baharu dan keinginan untuk belajar melalui pengalaman di tempat kerja dunia sebenar.
Di mana anda boleh bekerja?
- Khidmat Pelanggan
- Sumber Manusia
- Kewangan
- Undang-undang
- Perolehan
- Kemampanan
- Strategi
- Jaminan Korporat
dan banyak lagi.