GEGAR-an Cinta Shah dan Anna | Press Release | Mediaroom | Astro

GEGAR-an Cinta Shah dan Anna

GEGAR-an Cinta Shah dan Anna

Buat julung kalinya, GEGAR mempersembahkan ‘Cinta Sumbak’, web drama 13 episod yang menampilkan bakat-bakat lakonan penyampai-penyampai radio Gegar seperti Rezz, Ewan, Suzana dan juga Nazz. Saksikan celoteh cinta bak kucing dan tikus diantara Shah dan Anna.

Nota Ringkas

  • ‘Cinta Sumbak’ merupakan sebuah drama yang mengajar erti sebenar nilai sesuatu hubungan percintaan dan juga persahabatan. Menceritakan tentang dua sahabat yang ditemukan di satu tempat kerja yang sama, hubungan mereka berawal dengan benci hingga bertukar menjadi cinta. Halangan dan konflik yang mereka lalui sepanjang perjalanan membina sebuah ikatan menyebabkan Shah dan Anna memilih keputusan untuk tidak meluahkan perasaan suka antara satu sama lain dan hanya teruskan hubungan sebagai kawan baik.
  • ‘Cinta Sumbak’ akan bersiaran bermula 15 Februari 2018, setiap hari Khamis jam 9 malam hanya di YouTube dan Facebook Gegar.my.
  • Bermula episod 5 hingga 13, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penampilan istimewa artis-artis terkenal yang turut dipersembahkan dalam drama ini sebagai cameo di setiap episod.