ERA Digital Muzik Awards Kini Kembali! Saksikan #ERADMA2017 Secara Langsung Melalui Facebook ERA pada 25 Januari 2018 (Khamis), Jam 9 Malam! | Press Release | Mediaroom | Astro

ERA Digital Muzik Awards Kini Kembali! Saksikan #ERADMA2017 Secara Langsung Melalui Facebook ERA pada 25 Januari 2018 (Khamis), Jam 9 Malam!

ERA Digital Muzik Awards Kini Kembali! Saksikan #ERADMA2017 Secara Langsung Melalui Facebook ERA pada 25 Januari 2018 (Khamis), Jam 9 Malam!

NOTA RINGKAS

  • Tahun ini, merupakan tahun kedua ERADMA dianjurkan. Acara ini adalah memperkenalkan sebuah anugerah yang menggunakan sepenuhnya medium digital dan sosial media sebagai landasan utama dari sudut promosi, pengundian, dan boleh ditonton secara eksklusif di Facebook LIVE ERA.

  • Motif ERADMA adalah untuk memberi penghargaan dan kepuasan kepada pengguna sosial media yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanahair untuk memilih siapakah kegemaran mereka. Segala pengundian 100% dilakukan secara digital melalui website era.je.

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Menurut Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas, “ Kemeriahan ERADMA 2017 dianjurkan pada tahun lalu membuahkan hasil yang sangat menggalakkan. Kami menerima permintaan yang tinggi dari pengikut ERA untuk menganjurkan sekali lagi anugerah digital sebegini. Tahun ini, ERADMA memperkenalkan beberapa  kategori baharu yang lebih menarik berdasarkan jenama ERA. Memandangkan anugerah ini sepenuhnya fokus terhadap ruangan digital, segala kategori yang dipersembahkan juga turut mengikut trend terkini yang lebih terjerumus ke arah sosial media, perkara-perkara tular, dan kandungan video ERA yang menjadi kegemaran ramai. Harapan pihak ERA sendiri adalah agar acara ini dapat memberikan kepuasan kepada pengikut ERA dan anak-anak seni zaman kini. 

SENARAI PENCALONAN ERADMA 2017

Lagu Viral ERA

Pematah Hati (Nabila Razali)

Jampi (Hael Husaini)

Sabar (Ismail Izzani)

Senyum - As’ad Motawh

Pertama Kali (Shaa)

Temubual Terbaik Carta ERA 40

Neeofa, Fatin Afeefa, Syafiq Kyle ( Red Velvet )

Hazama, Kamal Adli & Syariff Zero

Siti Nordiana

Caliph Buskers

Artis ERA Jaa TV Terbaik

Elfira Loy

As’ad Motawh

Tajul

Upiak

Wany Hasrita

Lagu Cover Terbaik ERA

Aishah – Projector Band

Warkah Untukku  - Ara Johari

Luluh – Khai Bahar

Sayang Maafkan Aku – Syafiq Farhain

Ku Hanya Sayang Padamu – Aiman Tino

Personaliti Lari Bidang Terbaik ERA

Achey

Abam Bocey

Hisyam Hamid

Wawa Zainal

Mia Ahmad

Penyanyi Kolaborasi ERA

Wany Hasrita & Tajul - Disana Rindu Disana Cinta

Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Salleh, Muaz - Kullul Hubbi

Faizal Tahir & Azmi Caliph Buskers – Buta

Zizan & Sonaone – Chentaku

Malique & Dayang Nurfaizah  - Pejamkan Mata

Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40

 


BUTIRAN SIARAN

Masa Siaran                            :           Karpet Digital , 8.30 malam

                                                             ERA Digital Muzik Awards  (ERADMA), 9 malam

Siaran Langsung                      :           Menerusi Facebook LIVE ERA

Undian                                     :           Sebelum 21 Januari 2018

Cara Undian                            :            Menerusi EDMA.era.je