|
content top
Perkhidmatan NJOI

1.0 Pengenalan kepada NJOI dan Prabayar NJOI

  • 1.1 Apakah itu NJOI?

    Dilancarkan pada bulan Disember 2011 lalu, NJOI merupakan perkhidmatan TV satelit percuma yang pertama di Malaysia. Para pelanggan NJOI akan mempunyai akses kepada 42 saluran TV dan radio, yang terdiri daripada rancangan pembelajaran, maklumat dan hiburan untuk satu pembayaran, tanpa langganan bulanan.

    Kotak DMT

    Pakej NJOI boleh dibeli pada harga RM328 daripada pengedar-pengedar sah perkhidmatan NJOI. (Tidak termasuk caj pemasangan RM100)

    Pelanggan akan disediakan peralatan berikut:
    a) 1 DMT Dekoder NJOI
    b) 1 Unit Kawalan Jauh
    c) 1 Piring Satelit Luar
    d) 1 Kad Pintar
    e) Akses kepada kandungan prabayar yang bernilai RM 40 **
    **Dapatkan akses kepada saluran prabayar premium terpilih selama 30 hari yang bernilai RM40.
    **Akses kepada saluran prabayar premium akan diaktifkan dalam tempoh 48 jam selepas pengaktifan akaun NJOI

    Kotak DMT yang Diubahsuai

    Pakej NJOI juga boleh dibeli pada harga RM228 daripada pengedar-pengedar sah perkhidmatan NJOI. (Tidak termasuk caj pemasangan RM100)

    Pelanggan akan disediakan peralatan berikut:
    a) 1 RDMT Dekoder NJOI yang diubahsuai
    b) 1 Unit Kawalan Jauh
    c) 1 Piring Satelit Luar
    d) 1 Kad Pintar
    e) Akses kepada kandungan prabayar yang bernilai RM 40 **
    **Dapatkan akses kepada saluran prabayar premium terpilih selama 30 hari yang bernilai RM40.
    **Akses kepada saluran prabayar premium akan diaktifkan dalam tempoh 48 jam selepas pengaktifan akaun NJOI

  • 1.2 Apakah itu Prabayar NJOI?

    Prabayar NJOI merupakan perkhidmatan televisyen satelit prabayar pertama di Malaysia. Pelanggan Prabayar NJOI dapat membeli akses kepada rancangan-rancangan tambahan mengikut kehendak dan kemampuan mereka. Perkhidmatan bayar dan tonton ini boleh dinikmati oleh semua pelanggan NJOI.

  • 1.3 Berapa banyakkah saluran yang boleh didapati dengan NJOI (tidak termasuk saluran Prabayar NJOI)?

    Para pelanggan NJOI mempunyai akses kepada 22 saluran TV dan 20 saluran radio yang terdiri daripada rancangan pembelajaran, maklumat dan hiburan untuk satu pembayaran, tanpa langganan bulanan. Saluran-saluran adalah seperti berikut:

    1 Astro Tutor TV CH601 12 CCTV4 CH334
    2 Astro Tutor TV PMR CH602 13 Astro Vanaavil CH201
    3 Astro Tutor TV SPM CH603 14 Makkal TV CH203
    4 Astro Xiao Tai Yang CH325 15 TV1 CH101
    5 Astro Prima CH105 16 TV2 CH102
    6 Astro Oasis CH106 17 TV3 CH103
    7 Astro Awani CH501 18 TVi CH180
    8 Bernama TV CH502 19 TV9 119
    9 Astro AEC CH301 20 8TV CH708
    10 iView CH302 21 NTV7 CH107
    11 Jia Yu CH304 22 Tv AlHijrah CH114
  • 1.4 Mengapa NJOI tidak lagi berharga RM308 (untuk kotak DMT) dan RM180 (untuk kotak DMT yang dibaik pulih)?

    NJOI yang berharga RM308 untuk kotak DMT dan RM180 untuk kotak DMT yang dibaik pulih adalah harga pengenalan semasa pelancaran NJOI. Bermula 31 Januari 2014, NJOI akan dijual pada harga RM328 untuk kotak DMT dan RM228 untuk kotak DMT yang dibaik pulih. Rujuk soalan 1.1 untuk senarai harga yang lebih terperinci.

  • 1.5 Jika saya sudah melanggan NJOI dan kini saya ingin menambah satu lagi NJOI di rumah saya, bolehkah saya melanggan NJOI pada harga yang lama?

    Maaf, anda perlu melanggan NJOI pada harga yang baru berharga RM328 untuk kotak DMT dan RM228 untuk kotak DMT yang dibaik pulih

  • 1.6 Dengan harga yang baru, adakah saya masih boleh menerima RM40 prabayar saluran premium?

    Ya, anda masih lagi boleh menerima RM40 prabayar saluran premium untuk 30 hari selepas pemasangan dan pengaktifan akaun berjaya. Dalam usaha untuk meningkatkan mutu servis kami, kami akan mengaktifkan saluran prabayar terpilih bagi pihak pelanggan kami sebaik sahaja akaun mereka diaktifkan.

  • 1.7 Adakah pihak NJOI menambah program dan saluran baru untuk mewajarkan kenaikan harga ini?

    Buat masa ini kami tidak mempunyai saluran baru tetapi kami akan membawakan drama tempatan dan antarabangsa yang terbaik, filem, program pendidikan dan banyak lagi untuk anda.

  • 1.8 Adakah kenaikan harga ini disebabkan jenis kotak yang baru atau terdapat fungsi baru yang ditambah ke kotak NJOI?

    Jenis kotak dan fungsi adalah sama dengan sebelumnya. Harga NJOI terdahulu adalah harga promosi pengenalan untuk untuk tempoh masa yang terhad sahaja. Memandangkan harga promosi pengenalan telah berakhir, NJOI akan kini boleh didapati pada harga baru masing-masing.

  • 1.9 Bilakah tarikh terakhir untuk saya melanggan NJOI pada harga RM308 (untuk kotak DMT) dan RM180 (untuk kotak DMT yang dibaik pulih)?

    Tarikh terakhir untuk melanggan NJOI pada harga RM308 (untuk kotak DMT) dan RM180 (untuk kotak DMT yang dibaik pulih) adalah pada 30 Januari 2014. B ermula 31 Januari 2014, dekoder NJOI akan dijual pada harga RM328 (untuk kotak DMT) dan RM228 (untuk kotak DMT yang dibaik pulih).

  • 1.10 Jika saya membuat pesanan untuk pelanggan saya pada 30 Januari 2014, tetapi pemasangan dekoder pelanggan saya adalah selepas 30 Januari 2014, apakah harga yang patut saya kenakan kepada pelanggan saya?

    Anda akan mengenakan harga NJOI yang lama iaitu RM308 (untuk kotak DMT) dan RM180 (untuk kotak DMT yang dibaik pulih) kepada pelanggan anda untuk sebarang pesanan yang dihantar pada atau sebelum 30 Januari 2014 walaupun pelanggan anda hanya akan menerima pemasangan dekoder selepas 30 Januari 2014. Pesanan yang dihantar pada dan selepas 31 Januari 2014, pelanggan perlu menbayar pada harga yang baru iaitu RM328 (untuk kotak DMT) dan RM228 (untuk kotak DMT yang dibaik pulih).

2.0 Prabayar NJOI

  • 2.1 Apakah saluran yang ada sekarang di bawah Prabayar NJOI Fasa 2?

    Prabayar NJOI memperkenalkan pelbagai pilihan berdasarkan saluran individu, berbanding dengan saluran di dalam pek. Ini membolehkan pelanggan membeli hanya saluran yang mereka gemari. Kini, sebanyak 12 saluran boleh didapati.

    Saluran Harga(RM) Jangka Masa

    Astro Bella

    2

    2 hari

    20

    30 hari

    Astro Citra

    2

    2 hari

    20

    30 hari

    Astro Warna

    3

    2 hari

    20

    30 hari

    Astro Ria

    2

    2 hari

    20

    30 hari

    TVB Xing He

    2

    2 hari

    20

    30 hari

    Astro Shuang Xing

    2

    2 hari

    20

    30 hari

    Celestial Movies

    2

    2 hari

    20

    30 hari

    Astro Hua Hee Dai

    3

    2 hari

    20

    30 hari

    Pek Sukan

    (Astro Arena & Astro Supersport 4)

    3

    2 hari

    Astro Best

    10/movie

    2 hari

    Astro First

    15/movie

    2 hari

    Astro Box Office Movies Thangathirai  

    10

    30 hari

    Astro Ceria

     

    2

    2 hari

    15

    30 hari

  • 2.2 Bolehkah saya pilih untuk membeli saluran-saluran yang terdapat dalam pek Prabayar NJOI Fasa 1 secara individu?

    Beberapa saluran dari pek Prabayar NJOI Fasa 1 (tersedia sebelum Mei 2013) telah disediakan secara individu di bawah Fasa 2. Antara saluran terlibat ialah Astro Citra, Astro Warna, Astro Bella (asalnya Mustika Pek), Celestial Movies, TVB Xing He, Astro Shuang Xin (asalnya Chinese Movies dan Drama Pek), Astro Arena dan Astro SuperSport (asalnya Sports Pek).

  • 2.3 Adakah terdapat mana-mana saluran kandungan India yang kini boleh didapati untuk pelanggan NJOI Prabayar?

    Sukacitanya, NJOI mengumumkan Astro Box Office Movies Thangathirai yang boleh didapati dengan pembelian pada harga RM10 sahaja untuk tempoh sah 1 bulan. Kami akan membuat pengumuman sekiranya saluran prabayar India yang baru ditambah kepada saluran-saluran Prabayar NJOI.

  • 2.4 AAdakah terdapat mana-mana saluran atau pek saluran yang menawarkan liputan sukan kepada pelanggan NJOI Prabayar?

    Ya, kami kini mempunyai Pek Sukan yang terdiri daripada saluran Astro Arena dan saluran Astro SuperSport 4. Saluran-saluran tersebut menyiarkan acara sukan tempatan dan antarabangsa. Anda boleh nikmati Pek Sukan pada harga RM3 sahaja untuk tempoh sah 2 hari.

  • 2.5 Adakah Astro Ceria akan berada di Prabayar NJOI untuk masa yang terhad sahaja?

    Ya, Astro Ceria akan dilancarkan pada NJOI prabayar bertepatan dengan cuti sekolah akhir tahun. Ia akan tersedia untuk pembelian dari 6 Disember 2013. Oleh kerana sambutan untuk Astro Ceria amat menggalakkan, pihak pengurusan telah memutuskan untuk melanjutkan saluran Astro Ceria di Prabayar NJOI.

  • 2.6 Jika saya masih boleh menonton saluran Astro Ceria, bolehkah saya membuat pembelian samada untuk Astro Ceria atau saluran yang berbeza?

    Ya, anda boleh berbuat demikian. Sekiranya anda membeli Astro Ceria lagi, tempoh tontonan baru anda akan bermula hanya apabila tempoh tontonan yang sebelumnya tamat. Dalam erti kata lain, anda tidak akan kehilangan sebarang tempoh tontonan. Sekiranya anda membeli saluran yang berbeza, kedua-dua saluran akan diaktifkan dan dapat ditonton pada masa yang sama

  • 2.7 Bilakah tempoh sah baru bagi saluran Cina & Melayu Prabayar NJOI akan diperkenalkan?

    Sukacitanya dimaklumkan bahawa NJOI akan memperkenalkan tempoh sah 30 hari untuk saluran Cina & Melayu Prabayar NJOI bermula 27 Desember 2013 & 28th February 2014 masing-masing. Ini sejajar dengan hasrat kami untuk menyediakan perkhidmatan prabayar yang mudah dan fleksibel bagi pelanggan-pelanggan kami. NJOI akan mengenakan bayaran RM20 bagi setiap saluran Cina & Melayu Prabayar NJOI untuk tempoh sah 30 hari. Jadi, pelanggan saluran Cina & Melayu akan mempunyai fleksibiliti untuk memilih antara tawaran tempoh sah 2 hari atau tawaran tempoh sah 30 hari bermula tarikh tersebut.

  • 2.8 Adakah tempoh sah 2 hari untuk saluran Cina & Melayu Prabayar NJOI masih boleh di beli?

    Ya, tempoh sah 2 hari untuk saluran Cina & Melayu Prabayar NJOI masih boleh di beli pada harga yang sama pada RM2 atau RM3 (bergantung kepada saluran).(Sila rujuk jadual dari 2.1)

  • 2.9 Adakah mana-mana saluran Prabayar NJOI lain (seperti sukan) akan disediakan untuk tempoh sah 30 hari?

    Buat masa ini, hanya saluran Cina & Malayu Prabayar NJOI akan disediakan untuk kedua-dua tempoh sah 2 hari dan 30 hari. Jika terdapat sebarang perubahan, kami akan membuat pengumuman yang sewajarnya kepada pelanggan kami.

3.0 Kaedah – Kaedah Prabayar NJOI

  • 3.1 Kepada siapakah Prabayar NJOI disediakan?

    NJOI Prabayar adalah servis bayar dan tonton yang disediakan kepada semua pelanggan NJOI yang mempunyai memiliki dekoder (RDMT atau DMT), piring satelit luar, kad pintar dan alat kawalan jauh.

  • 3.2 Dimanakah saya boleh beli baucer Prabayar NJOI?

    Anda boleh membeli baucar prabayar NJOI daripada mana-mana pengedar sah perkhidmatan NJOI, atau daripada mana-mana outlet Astro (Pusat Perkhidmatan Pelanggan) di seluruh negara. Layari www.njoi.com.my untuk senarai lengkap.

  • 3.3 Bagaimana boleh saya mengaktifkan baucar NJOI Prabayar / token kewangan saya dan apakah langkah-langkah yang diperlukan?

    Tambah Nilai/ Keadah Pengkatifan

    Gores panel kelabu di hadapan kad untuk mendapatkan kod 16 digit anda.
    Taip: 111 <jarak> No Kad Pengenalan Pemegang Akaun NJOI <jarak> 16 Kod Digit dan SMS ke 33310.

    Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun NJOI, sila gunakan nombor Kad Pintar anda dan BUKAN No Kad Pengenalan Pemegang Akaun NJOI apabila anda SMS kod pengaktifan / kod tambah nilai anda

    Kaedah Pembelian Saluran

    Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun NJOI, sila gunakan nombor Kad Pintar anda dan BUKAN No Kad Pengenalan Pemegang Akaun NJOI apabila anda SMS kod pengaktifan / kod tambah nilai anda

    Layari saluran 200 untuk mendapatkan kod saluran.

    Langkah-langkah Menyemak Baki

    Taip: 000 <jarak> No Kad Pengenalan Pemegang Akaun NJOI dan SMS ke 33310.

    Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun NJOI, sila gunakan nombor Kad Pintar anda dan BUKAN No Kad Pengenalan Pemegang Akaun NJOI apabila anda SMS kod pengaktifan / kod tambah nilai anda

  • 3.4 Saya telah membeli saluran prabayar, berapa lamakah tempoh tontonan?

    Sebaik sahaja anda telah membeli saluran prabayar, anda akan mempunyai akses kepada saluran tersebut untuk tempoh yang telah ditetapkn. Sila rujuk jadual di bawah untuk tempoh saluran tontonan:

    Saluran Harga(RM) Jangka Masa

    Astro Bella

    2

    2 hari

    20

    30 hari

    Astro Citra

    2

    2 hari

    20

    30 hari

    Astro Warna

    3

    2 hari

    20

    30 hari

    Astro Ria

    2

    2 hari

    20

    30 hari

    TVB Xing He

    2

    2 hari

    20

    30 hari

    Astro Shuang Xing

    2

    2 hari

    20

    30 hari

    Celestial Movies

    2

    2 hari

    20

    30 hari

    Astro Hua Hee Dai

    3

    2 hari

    20

    30 hari

    Pek Sukan

    (Astro Arena & Astro Supersport 4)

    3

    2 hari

    Astro Best

    10/movie

    2 hari

    Astro First

    15/movie

    2 hari

    Astro Box Office Movies Thangathirai  

    10

    30 hari

    Astro Ceria

     

    2

    2 hari

    15

    30 hari

  • 3.5 Adakah baucar Prabayar NJOI mempunyai sebarang tarikh luput?

    Tarikh luput akan ditunjukkan pada setiap baucar Prabayar NJOI. Pelanggan dinasihatkan supaya memeriksa dan mengaktifkan kod PIN 16-digit mereka sebelum setiap baucar NJOI Prabayar luput.

  • 3.6 Adakah saya masih boleh menambah nilai akaun prabayar saya menggunakan baucar Prabayar NJOI yang telah luput?

    Anda tidak akan dapat menambah nilai akaun prabayar anda menggunakan baucar Prabayar NJOI yang telah luput. Oleh tersebut, kami sarankan pelanggan menambah nilai kepada akaun Prabayar NJOI mereka dengan mengaktifkan kod PIN 16-digit mereka sebelum setiap baucar NJOI Prabayar luput.

  • 3.7 Adakah kredit prabayar di dalam akaun Prabayar NJOI saya mempunyai tarikh luput?

    Tidak. Kredit prabayar di dalam akaun Prabayar NJOI anda tidak mempuyai tarikh luput. Sekali anda menambah nilai kepada akaun prabayar anda, kredit tersebut akan kekal di dalam akaun prabayar anda sehingga anda habis menggunakannya. Kami akan membuat pengumuman yang sewajarnya sekiranya tarikh luput diperkenalkan untuk kredit yang ada di dalam akaun prabayar anda.

  • 3.8 Jika saya masih mempunyai kredit dalam akaun Prabayar NJOI saya, bolehkah saya mengaktifkan satu lagi baucar Prabayar NJOI?

    Ya, anda boleh berbuat demikian. Kredit akan ditambah berserta baki yang sedia ada di dalam akaun prabayar anda.

  • 3.9 Jika saya masih boleh menonton saluran prabayar tertentu, bolehkah saya membuat pembelian samada untuk saluran yang sama atau saluran yang berbeza?

    Ya, anda boleh berbuat demikian. Sekiranya anda membeli saluran yang sama, tempoh tontonan baru anda akan bermula hanya apabila tempoh tontonan yang sebelumnya tamat. Dalam erti kata lain, anda tidak akan kehilangan sebarang tempoh tontonan. Sekiranya anda membeli saluran yang berbeza, kedua-dua saluran akan dapat dilihat pada masa yang sama.

  • 3.10 Mengapa ia mengambil masa yang lama bagi saya untuk mengaktifkan baucar Prabayar NJOI selepas lewat malam?

    Dimaklumkan bahawa terdapat penyelenggaraan sistem selama satu jam pada pukul 12:45 pagi - 1:45 pagi setiap hari. Permintaan anda akan diproses dengan serta-merta selepas penyelenggaraan sistem selesai. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.

  • 3.11 Adakah terdapat denominasi lain untuk baucar Prabayar NJOI selain RM20?

    Pada masa ini, para pelanggan NJOI boleh membeli kad Prabayar NJOI yang bernilai RM5, RM10 atau RM20. Kami akan membuat pengumuman yang sewajarnya sekiranya denominasi lain untuk baucar Prabayar NJOI diperkenalkan.

  • 3.12 Saya baru sahaja memasang NJOI – mengapakah saya tidak boleh melihat saluran prabayar premium yang bernilai RM40 seperti yang di sebut dalam pakej NJOI?

    Dalam usaha untuk mencapai kecepakan, kami telah memutuskan untuk mengaktifkan saluran prabayar terpilih bagi pihak anda. Anda akan menerima sama ada siaran Astro Bella, Astro Citra dan Astro Ria ATAU siaran TVB Xing He, Astro Shuang Xing dan Celestial Movies untuk tempoh sah 30 hari (bernilai RM40). Jika anda masih tidak dapat menonton saluran prabayar premium yang tersebut 48 jam selepas pemasangan NJOI, sila hubungi talian 03-9543 8100 (8:00 pagi – 12:00 tengah malam)

  • 3.13 Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program hangat Prabayar NJOI dan promosi yang akan datang?

    Kami ingin mengumumkan bahawa anda boleh pergi ke Portal Perkhidmatan NJOI di Saluran 200 untuk mendapatkan sorotan kandungan bulanan dan promosi terkini.

  • 3.14 Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program hangat Prabayar NJOI dan promosi yang akan datang?

    Ya, anda boleh membeli saluran anda dari Portal Perkhidmatan NJOI di Saluran 200 dengan kod dinamik 16 digit bermula dari 27 Disember 2013. Anda hanya perlu pergi ke menu dan memilih 'Cara Membuat Pesanan. Anda masih perlu SMS untuk mengesahkan pembelian anda seperti sekarang dan caj telco dikenakan untuk setiap SMS.

  • 3.15 Di mana lagi saya boleh mendapatkan maklumat lanjut untuk membeli baucer Prabayar NJOI?

    Anda boleh pergi ke Portal Perkhidmatan NJOI di Saluran 200 untuk menyemak senarai peniaga yang berdekatan dengan anda untuk membeli NJOI baucar prabayar. Sila layari laman web kami www.njoi.com.my untuk senarai lengkap & maklumat lanjut.

  • 3.16 Saya tidak tahu perbezaan saluran-saluran Prabayar NJOI yang di tawarkan. Bagaimana saya boleh mengetahui lebih lanjut tentang saluran-saluran yang disediakan menawarkan?

    Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai saluran Prabayar NJOI dari Portal Perkhidmatan NJOI di Saluran 200 dan juga laman web www.njoi.com.my

4.0 Isu-isu Teknikal Berkaitan Prabayar NJOI

  • 4.1 Apakah nombor untuk di hubungi nagi pelanggan NJOI?

    Untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan NJOI, sila hubungi kami di 03-9543 8100 (8:00 pagi – 12:00 tengah malam).

  • 4.2 Selepas mengaktifkan baucar prabayar saya / menokok tambah akaun Prabayar NJOI, saya mengalami masalah teknikal berhubung dekoder NJOI saya. Apakah yang perlu saya lakukan? Adakah pihak anda akan memanjangkan tempoh tontonan saya?

    Sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-9543 8100 (8:00 pagi – 12:00 tengah malam) dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tersebut.

  • 4.3 Apakah yang akan berlaku jika saya kehilangan baucar Prabayar NJOI atau sekiranya baucar saya dicuri? Adakah saya boleh mendapatkan ganti rugi?

    Dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak dapat memberikan apa-apa gantian untuk sebarang kehilangan atau kecurian baucar NJOI Prabayar. Pelanggan NJOI bertanggungjawab bagi penyimpanan semua baucar Prabayar NJOI yang dibeli. Anda boleh membeli baucar prabayar yang baru daripada mana-mana pengedar sah perkhidmatan NJOI atau daripada mana-mana cawangan pelanggan Astro di seluruh negara. Untuk senarai yang lengkap, sila layari www.njoi.com.my

  • 4.4 Saya tidak dapat mengaktifkan baucar Prabayar NJOI . Apakah yang perlu saya lakukan?

    Sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-9543 8100 (8:00 pagi - 12:00 tengah malam) dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang diutarakan. Sekiranaya baucar Prabayar NJOI anda didapati rosak, kami akan menggantikannya secara percuma.

5.0 Pembelian Perkhidmatan NJOI

  • 5.1 Saya berminat untuk membeli NJOI. Bagaimana untuk dapatkannya?

    Anda boleh melawat mana-mana pusat perkhidmatan langganan Astro atau NJOI di seluruh negara. Selain itu, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-9543 8100 (8:00 pagi – 12:00 tengah malam) atau layari www.njoi.com.my

  • 5.2 Berapakah kos untuk pembelian perkhidmatan NJOI ini?

    Sila rujuk soalan 1.1 berkenaan kos pembelian NJOI.

  • 5.3 Adakah saluran lain akan ditambah kepada perkhidmatan NJOI (contohnya NTV7, 8TV dan lain-lain) pada masa hadapan? Jika YA, bila?

    Kotak DMT

    Sukacita dimaklumkan bahawa NJOI kini mempunyai semua saluran Media Prima (TV3, TV9, 8TV dan NTV7). Kami akan terus berusaha untuk memberikan anda lebih banyak saluran percuma dan premium yang baru pada masa hadapan.

6.0 Kelayakan Pelanggan Astro

  • 6.1 Jika saya seorang pelanggan Astro, adakah saya boleh dapati servis Prabayar NJOI di dekoder Astro saya?

    Dukacita dimaklumkan bahawa Prabayar NJOI hanya boleh dimiliki oleh pelanggan NJOI sahaja.

  • 6.2 Mengapa NJOI Prabayar hanya disediakan kepada pelanggan NJOI dan tidak kepada pelanggan Astro juga?

    Kami memahami keperluan untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan-pelanggan kami. Dengan adanya NJOI dan Prabayar NJOI, pelanggan boleh menikmati perkhidmatan TV satelit percuma serta perkhidmatan bayar dan tonton tanpa sebarang yuran berulang atau obligasi kontrak. Sebaliknya, pelanggan Astro boleh menikmati perkhidmatan premium terkini termasulah PVR, HD, 3D, dan Astro On-the-Go.

7.0 Bisnes

  • 7.1 Apakah tahap pengambilan NJOI sejak pelancarannya?

    Sejak pelancarannya, kadar pengambilan bagi NJOI adalah sangat positif dan menggalakkan. Dengan pelancaran Prabayar NJOI, kami menjangkakan bahawa kadar pengambilan NJOI akan meningkat lagi pada masa akan datang.

  • 7.2 Apakah sasaran jualan sebenar Prabayar NJOI?

    Adalah terlalu awal untuk kami memberikan sebarang komen pada masa ini, kerana pihak kami baru sahaja melancarkan Prabayar NJOI. Berdasarkan kaji selidik yang telah dilaksanakan, kami menjangkakan bahawa kehendak untuk perkhidmatan saluran prabayar adalah sangat tinggi bukan sahaja di kalangan pelanggan NJOI malah pun di kalangan mereka yang belum lagi melanggan NJOI. Jadi, kami menjangkakan bahawa kadar pengambilan NJOI dan Prabayar NJOI akan meningkat lagi pada masa akan datang disebabkan pelancaran Prabayar NJOI ini.

  • 7.3 Adakah hak untuk saluran prabayar baru telah diluluskan untuk siaran perkhidmatan NJOI?

    Ya. Semua hak untuk saluran prabayar baru telah diluluskan untuk siaran perkhidmatan NJOI.

  • 7.4 Adakah NJOI atau Prabayar NJOI bertujuan untuk bersaing dengan ABN atau pesaing lain termasuklah FTA (free-to-air)?

    Tidak. NJOI dan Prabayar NJOI merupakan sebahagian daripada pelan strategik kami bagi mewujudkan nilai untuk pelanggan kami, dan pada masa yang sama mengekalkan pertumbuhan syarikat secara berterusan. Tujuan NJOI dicipta adalah untuk memenuhi aspirasi kami untuk memudahkan akses semua rakyat Malaysia kepada Pendidikan, Maklumat dan Pengetahuan, sejajar dengan agenda negara. Dengan adanya Prabayar NJOI, pelanggan NJOI kini dapat membeli akses kepada rancangan-rancangan tambahan mengikut kehendak dan kemampuan mereka.

  • 7.5 Siapakah penonton sasaran Prabayar NJOI?

    Prabayar NJOI boleh dinikmati oleh semua pelanggan NJOI yang sedia ada. Walaupun semua orang dialu-alukan untuk membeli NJOI dan perkhidmatan Prabayar NJOI, kami akan sasar secara strategik mereka yang beraspirasi untuk mengambil produk Astro tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh faktor kewangan.

  • 7.6 Apakah peranan NJOI & Prabayar NJOI dalam perniagaan Astro?

    NJOI melengkapkan perniagaan Astro kerana ia mensasarkan sejenis pelanggan yang tertentu, iaitu pelanggan yang bersedia untuk membuat pembayaran sekali untuk menikmati TV satelit percuma, tetapi tidak mahu terikat dengan langganan bulanan. Dengan adanya pelancaran Prabayar NJOI, pelanggan NJOI kini dapat membeli akses kepada rancangan-rancangan tambahan mengikut kehendak dan kemampuan mereka. Perkhidmatan NJOI termasuklah Prabayar NJOI merupakan sebahagian daripada pelan strategik Astro untuk mengembangkan perniagaan kami secara berterusan.

8.0 Astro First & Astro Best

  • 8.1 Apa itu Astro First?

    Astro First merupakan perkhidmatan yang pertama di Malaysia yang membawa pengalaman menonton di pawagam terus ke rumah anda. Dengan Astro First Movie Portal di NJOI saluran 480, pelanggan NJOI akan mempunyai akses kepada filem-filem tempatan yang terbaru, seawal 2 minggu selepas tayangan perdana di Malaysia. Astro First boleh didapatkan melalui SMS.

  • 8.2 Apakah kelebihan menggunakan Astro First?

    Tiga kelebihan utama kepada pelanggan yang menggunakan Astro First adalah:
    a. Akses kepada tajuk-tajuk filem Asia dan tempatan yang terbaru
      • Seawal 2 minggu selepas tayangan perdana di Malaysia

    b. Mudah
      • Servis pembelian SMS yang mudah guna
      • Menonton filem Astro First dalam keselesaan rumah anda bersama keluarga dan rakan-rakan
      • Terdapat 12 kali waktu menonton berbeza untuk setiap filem, yang membolehkan anda untuk menonton filem mengikut keselesaan anda, semua dalam tempoh 48 jam selepas pembelian

    c. Berbaloi untuk wang anda
    • Daripada membayar RM40 hingga RM60 bagi sebuah keluarga 4 orang di panggung wayang, Astro First menawarkan hanya RM15 bagi setiap filem yang boleh ditontoni seisi keluarga

  • 8.3 Apakah peralatan yang diperlukan untuk menikmati Astro First?

    Astro First tersedia untuk semua pelanggan NJOI yang mempunyai dekoder NJOI, termasuk dekoder yang diubah suai, DMT4 dan dekoder Zapper.

  • 8.4 Bagaimanakah untuk mengakses portal/perkhidmatan Astro First?

    Sila rujuk NJOI saluran 480 untuk mengakses portal Astro First.

  • 8.5 Adakah saya mempunyai waktu yang terhad untuk menonton filem yang dilanggan?

    Ya, setiap filem hanya boleh ditonton selama 48 jam dari waktu pembelian. Sepanjang tempoh itu, anda boleh menonton filem yang dibeli seberapa banyak kali yang anda suka. Tiada bayaran balik jika anda tidak menonton filem tersebut dalam tempoh 48 jam.

  • Soalan Lazim : Kandungan Astro First

  • 8.6 Berapa banyak tajuk-tajuk filem yang terdapat di Astro First?

    Bilangan filem akan bergantung kepada bilangan tayangan perdana tempatan di Malaysia.

  • 8.7 Adakah kandungan di Astro First sama setiap bulan?

    Kandungan baru akan ditambah ke Astro First Movie Portal apabila filem tersebut sudah boleh didapati dari pawagam.

  • 8.8 Berapa lamakah filem-filem boleh dibeli?

    Bagi setiap filem, pelanggan boleh memesan (atau membeli) sekurang-kurangnya selama 4 minggu di Astro First. Filem baru akan dikeluarkan di Astro First dari semasa ke semasa (biasanya pada hari Khamis)

  • 8.9 Berapa kerap filem-filem diperbaharui?

    Filem-filem diperbaharui setiap bulan.

  • 8.10 Adakah Astro First menawarkan filem-filem Hollywood? Mengapa tidak?

    Pada masa ini Astro First memberikan ruang untuk mempromosi kandungan tempatan kepada penonton di Malaysia, yang seterusnya akan merangsang pertumbuhan industri filem tempatan. Bagi saluran khusus untuk tawaran filem-filem Hollywood, sila lihat Astro Best (saluran 481).

  • 8.11 Apakah perbezaan antara filem-filem di Astro First berbanding saluran-saluran filem seperti HBO, Cinema, Fox Movies Premium?

    Astro First menawarkan tayangan perdana tempatan yang terbaru yang tidak terdapat pada saluran seperti HBO, Cinemax dan Fox Movies.

  • 8.12 Apakah perbezaan Astro First berbanding ABOM/Tayangan Hebat?

      a. Astro First merupakan perkhidmatan pertama yang menawarkan tayangan perdana tempatan yang terbaru seawal 2 minggu dari tayangan perdana di Malaysia.
      b. Astro First menawarkan pelanggan pilihan untuk membeli tajuk filem pilihan mereka secara individu manakala ABOM adalah perkhidmatan langganan bulanan melayakkan pelanggan untuk menonton semua filem yang ditawarkan di bulan yang diberikan.
      c. Astro First menawarkan pelanggan perkhidmatan yang hampir sama dengan video atas permintaan (Video on Demand) dengan adanya kandungan dalam masa 5 minit selepas pembelian dan kemudahan memilih waktu menonton pilihan mereka (dengan pelbagai waktu menonton yang telah dijadualkan).

  • 8.13 Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat terperinci/sinopsis filem?

    Setiap filem mempunyai maklumat terperinci dan sinopsis di Astro First Movie Portal.

  • 8.14 Bolehkah saya mencari filem Astro First di Movie Portal?

    Anda boleh skrol Movie Portal dengan menekan butang kiri dan kanan pada alat kawalan jauh.

  • 8.15 Bolehkah saya melihat tajuk filem-filem yang akan disiarkan di Astro First Movie Portal pada masa depan?

    Ya, terdapat poster filem-filem yang akan disiarkan di Movie Portal saluran 480.

  • Soalan Lazim : Cara Pembelian Astro First

  • 8.16 Bagaimana untuk melanggan Astro First?

    Astro First tersedia kepada semua pelanggan NJOI menerusi saluran Astro 480. Setiap filem boleh dibeli pada harga RM15. Tiada bayaran langganan bulanan diperlukan.

  • 8.17 Bagaimana untuk membeli filem di Astro First?

    Anda boleh memesan filem di Astro First Movie Portal dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
      • Layari penyeraian filem di Astro First Movie Portal dan tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro untuk menempah filem pilihan anda.
      • Tekan butang biru sekali lagi untuk mengesahkan pesanan anda.
      • Ikut langkah-langkah yang terpapar di skrin untuk membeli melalui SMS.

  • 8.18 Berapakah caj SMS untuk pembelian saya?

    Kadar biasa oleh pembekal telekomunikasi anda dikenakan untuk setiap SMS.

  • 8.19 Berapa lama selepas saya SMS kod untuk saya boleh mula menonton filem?

    Anda boleh mula menonton filem dalam masa 5 minit selepas menerima SMS pengesahan anda.

  • 8.20 Bolehkah saya membeli filem dengan menghubungi Customer Careline?

    Setiap filem hanya boleh dibeli melalui SMS sahaja.

  • 8.21 Adakah terdapat had kepada bilangan filem yang saya boleh beli?

    Tidak, anda boleh membeli sebanyak mana filem yang anda mahu. Setiap filem adalah sah selama 48 jam dari masa pembelian.

  • 8.22Saya tidak menyedari bahawa keluarga / rakan-rakan saya telah membeli filem sebelumnya. Adakah saya akan dikenakan bayaran sekali lagi jika saya beli semula filem yang sama?

    Jika anda membeli filem yang sama sekali lagi dalam masa 48 jam dari pembelian pertama, sistem SMS kami tidak akan membenarkan anda untuk membeli filem itu. Oleh itu, anda tidak akan dikenakan bayaran sekali lagi. Walau bagaimanapun, jika pembelian kedua filem yang sama dilakukan selepas 48 jam dari pembelian pertama, kami akan mengenakan caj kepada anda sekali lagi dan memberi anda 48 jam lagi waktu menonton untuk filem tersebut.

  • 8.23 Jika saya mempunyai lebih daripada satu dekoder di rumah saya, selepas pembelian saya, adakah saya boleh menonton di dekoder saya yang lain?

    Tidak, anda hanya boleh menonton di dekoder di mana filem itu dibeli.

  • 8.24 Jika saya mempunyai lebih daripada satu dekoder di rumah saya, bolehkah saya membeli filem-filem Astro First dari setiap kotak?

    Ya, RM15 akan dikenakan di dalam bil anda bagi setiap dekoder. Anda hanya boleh menonton di dekoder di mana filem itu dibeli. Tiada sekatan kepada bilangan filem untuk anda membeli.

  • 8.25 Bagaimana saya dicaj untuk pembelian saya? Adakah ia akan disenaraikan?

    Kos filem yang anda beli akan ditolak daripada baki Prabayar NJOI anda yang sedia ada. Anda akan menerima SMS pengesahan dengan baki baru akaun Prabayar NJOI anda.
    Sila ambil perhatian bahawa anda perlu membayar semua caj walaupun pembelian dilakukan oleh orang lain di rumah / premis anda. Ini terbuka kepada pemegang akaun pelanggan kediaman
    Harga adalah tertakluk kepada 6% cukai kerajaan.

  • Soalan Lazim : Isu-isu Teknikal Astro First

  • 8.26 Bagaimanakah ketika hujan? Adakah ia akan mengganggu siaran?

    Hujan lebat boleh mengganggu transmisi filem yang dibeli, yang seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada tontonan anda. Namun begitu, oleh kerana setiap filem adalah sah untuk 48 jam dari masa pembelian, kami menggalakkan anda untuk terus menonton filem apabila hujan berhenti

  • 8.27 Jika saya menukar kad pintar saya dengan kotak yang lain, adakah saya masih dapat menonton pembelian saya?

    Tidak, anda tidak boleh untuk berbuat demikian. Kad pintar adalah berpasangan dengan kotak anda.

  • 8.28 Satu kod 16-angka adalah sangat panjang. Apakah yang akan berlaku jika saya memasukkan kod yang salah?

    Anda akan menerima mesej yang tidak sah atau mesej kesilapan dan anda akan perlu menghantar SMS ke 32999 sekali lagi.

  • Soalan Lazim Astro Best

    Soalan Lazim : Mengenai Astro Best

  • 8.29 Apa itu Astro Best?

    Astro Best adalah perkhidmatan baru yang menawarkan filem-filem terbaru Hollywood dan Asia. Dengan Astro Best, anda dapat:
      • Menonton filem seawal 3 bulan selepas ditayangkan di pawagam Malaysia.
      • Berbaloi untuk wang anda, dengan hanya RM10 untuk setiap filem.
      • Menonton filem mengikut keselesaan anda dalam tempoh 48 jam dengan penjadualan unik Astro Best yang membolehkan anda menonton sehingga 12 kali untuk setiap filem.

  • 8.30 Dimanakah saya dapat memesan dan menonton filem-filem Astro Best?

    Anda boleh membeli filem Astro Best dengan mengikuti langkah-langkah ini.
      • Rujuk Astro Best Movie Portal di saluran 481 – lihat senarai filem dan tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro untuk memesan filem.
      • Tekan butang biru sekali lagi untuk mengesahkan pesanan anda.
      • Ikut langkah-langkah yang terpapar di skrin untuk membeli melalui SMS.

  • 8.31 Apakah peralatan yang diperlukan untuk menikmati filem-filem Astro Best di NJOI?

    Astro Best tersedia untuk semua pelanggan NJOI yang mempunyai dekoder NJOI, termasuk dekoder yang diubah suai, DMT4 dan dekoder Zapper.

  • 8.32 Bagaimana untuk mengakses portal/perkhidmatan Astro Best?

    Sila rujuk Astro Best Movie Portal di saluran 481 di NJOI.

  • 8.33 Berapa lama saya boleh menonton filem-filem Astro Best selepas membuat pesanan?

    Setiap filem adalah sah untuk 48 jam dari masa pembelian. Sila ambil perhatian bahawa tiada bayaran balik jika anda tidak menonton filem tersebut dalam tempoh 48 jam.

  • Soalan Lazim : Kandungan Astro Best

  • 8.34 Berapa lama filem-filem tersedia untuk pesanan di Astro Best?

    Setiap filem boleh didapati untuk pesanan sekurang-kurangnya 4 minggu. Filem baru akan dikeluarkan pada Astro Best dari semasa ke semasa.

  • 8.35 Bilakah filem-filem baru akan ditayangkan di Astro Best?

    Filem-filem baru akan dikeluarkan setiap bulan di Astro Best.

  • 8.36 Apakah perbezaan antara filem-filem di Astro Best berbanding saluran-saluran filem seperti HBO, Cinemax dan Fox Movies Premium?

    Astro Best menawarkan filem-filem Hollywood seawal 3 bulan selepas tayangan di pawagan di Malaysia. Buat masa ini, filem-filem Astro Best tersedia sebelum disiarkan di HBO, Cinemax dan Fox Movies Premium.

  • 8.37 Apakah perbezaan Astro Best berbanding Astro Box Office Movies / Tayangan Hebat?

      a. Astro Best merupakan perkhidmatan pertama yang menawarkan tayangan perdana tempatan yang terbaru seawal 3 bulan dari tayangan perdana di Malaysia.
      b. Astro Best menawarkan pelanggan pilihan untuk membeli tajuk filem pilihan mereka secara individu manakala ABOM adalah perkhidmatan langganan bulanan melayakkan pelanggan untuk menonton semua filem yang ditawarkan di bulan yang diberikan.
      c. Astro Best menawarkan pelanggan perkhidmatan yang hampir sama dengan video atas permintaan (Video on Demand) dengan adanya kandungan dalam masa 5 minit selepas pembelian dan kemudahan memilih waktu menonton pilihan mereka (dengan pelbagai waktu menonton yang telah dijadualkan).

  • 8.38 Apakah perbezaan Astro Best berbanding Astro First?

    Filem-filem di Astro Best terdiri daripada filem-filem antarabangsa dan serantau seawal 3 bulan dari keluaran pawagam manakala filem-filem Astro First terdiri daripada filem-filem tempatan seawal 2 minggu dari keluaran pawagam.

  • 8.39 . Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat terperinci/sinopsis filem?

    Setiap filem mempunyai maklumat terperinci dan sinopsis di Astro Best Movie Portal di saluran 481.

  • 8.40 Bagaimana untuk saya mencari filem Astro Best di saluran 481?

    Anda boleh skrol Movie Portal dengan menekan butang kiri dan kanan pada alat kawalan jauh.

  • 8.41 Bolehkah saya melihat tajuk filem-filem yang akan disiarkan di Astro Best Movie Portal pada masa depan?

    Ya, terdapat poster filem-filem yang akan disiarkan di Movie Portal saluran 481.

  • Soalan Lazim : Langganan dan Pembayaran Astro Best

  • 8.42 Bagaimanakah untuk melanggan Astro Best?

    Astro Best bukan pakej langganan maka tiada langganan bulanan diperlukan. Anda boleh memesan filem Astro Best secara individu dari Astro Best Movie Portal di saluran 481. Setiap filem boleh didapati pada harga RM10 dengan kelayakan waktu menonton selama 48 jam selepas pembelian.

  • 8.43 Berapakah harga untuk setiap filem di Astro Best?

    Harga semasa ialah RM10 setiap filem, namun Astro berhak untuk menentukan harga filem yang akan datang.

  • 8.44 Berapakah caj untuk menghantar SMS ke 32999?

    Kadar biasa oleh pembekal telekomunikasi anda dikenakan untuk setiap SMS.

  • 8.45 Berapa lama saya perlu menunggu sebelum saya boleh menonton filem ini selepas saya menghantar kod SMS ke 32999?

    Anda boleh mula menonton filem dalam masa 5 minit selepas menerima SMS pengesahan kami. Anda mempunyai pilihan untuk menonton mengikut keselesaan anda sehingga 12 waktu menonton yang berbeza.

  • 8.46 Bagaimana saya dicaj untuk pembelian saya?

    Kos filem yang anda beli akan ditolak daripada baki Prabayar NJOI anda yang sedia ada. Anda akan menerima SMS pengesahan dengan baki baru akaun Prabayar NJOI anda.
    Sila ambil perhatian bahawa anda perlu membayar semua caj walaupun pembelian dilakukan oleh orang lain di rumah / premis anda. Ini terbuka kepada pemegang akaun pelanggan kediaman
    Harga adalah tertakluk kepada 6% cukai kerajaan.

  • 8.47 Bolehkah saya membeli filem dengan menghubungi Customer Careline?

    Tidak, pembelian hanya boleh dibuat melalui Astro Best Movie Portal di saluran 481.

  • 8.48 Adakah terdapat had kepada bilangan filem yang saya boleh beli?

    Tidak, anda boleh membeli sebanyak mana filem yang anda mahu. Setiap filem adalah sah selama 48 jam dari masa pembelian

  • 8.49 Saya tidak menyedari bahawa keluarga / rakan-rakan saya telah membeli filem sebelumnya. Adakah saya akan dikenakan bayaran sekali lagi jika saya beli semula filem yang sama?

    Jika anda membeli filem yang sama sekali lagi dalam masa 48 jam dari pembelian pertama, sistem SMS kami tidak akan membenarkan anda untuk membeli filem itu. Oleh itu, anda tidak akan dikenakan bayaran sekali lagi. Walau bagaimanapun, jika pembelian kedua filem yang sama dilakukan selepas 48 jam dari pembelian pertama, kami akan mengenakan caj kepada anda sekali lagi dan memberi anda 48 jam lagi waktu menonton untuk filem tersebut.

  • 8.50 Jika saya mempunyai lebih daripada satu dekoder di rumah saya, selepas pembelian saya, adakah saya boleh menonton di dekoder saya yang lain?

    Tidak, anda hanya boleh menonton di dekoder di mana filem itu dibeli.

  • 8.51 Jika saya mempunyai lebih daripada satu dekoder di rumah saya, bolehkah saya membeli filem-filem Astro Best dari setiap kotak?

    Ya, RM10 akan dikenakan didalam bil anda bagi setiap dekoder. Anda hanya boleh menonton di dekoder di mana filem itu dibeli. Tiada sekatan kepada bilangan filem untuk anda membeli.

  • Soalan Lazim : Isu-isu Teknikal Astro Best

  • 8.52 Bagaimanakah ketika hujan? Adakah ia akan mengganggu siaran?

    Hujan lebat boleh mengganggu transmisi filem yang dibeli, yang seterusnya menyebabkan gangguan kepada tontonan anda. Setiap filem adalah sah untuk 48 jam dari masa pembelian.

  • 8.53 Jika saya menukar kad pintar saya dengan kotak yang lain, adakah saya masih dapat menonton pembelian saya?

    Tidak, anda tidak boleh untuk berbuat demikian. Kad pintar adalah berpasangan dengan kotak anda.

  • 8.54 Satu kod 16-angka adalah sangat panjang. Apakah yang akan berlaku jika saya memasukkan kod yang salah?

    Anda akan menerima mesej yang tidak sah atau mesej kesilapan dan anda akan perlu menghantar SMS ke 32999 sekali lagi.

9.0 Dekoder Baru NJOI

content bot