Cubaan Berani Nabil Ahmad Angkat Kisah Penipuan Duit Haram Dan Isu ‘Scammer’ Dalam Karya Terbaharu, “Dato” S!

Cubaan Berani Nabil Ahmad Angkat Kisah Penipuan Duit Haram Dan Isu ‘Scammer’ Dalam Karya Terbaharu, “Dato” S!

Setelahberjaya dengan percubaan pertama beliau menghasilkan senaskhah Filem Televisyen(FTV), “The Hantus” pada tahun lalu, pengacara popular tanah air, pengarah, pelakondan penyanyi, Nabil Ahmad sekalilagi menzahirkan buah tangan terbaharu, “Dato”S yang bakal disiarkan di AstroFirst Eksklusif (saluran 480), mulai 24 Oktober 2019. Untuk pilihanalternatif, ia turut boleh ditonton di platform digital ‘on demand’.

Filemarahan pengarah berbakat besar, ShahrolEsham ini merupakan idea asal Nabil sendiri dan diterbitkan oleh KMN Production Sdn Bhd dengan kerjasamaCinemalaya Sdn Bhd. Nabil turut bertindak sebagai Penerbit dan merupakan salahseorang yang terlibat secara langsung dalam penulisan skrip naskhah ini.

“Dato”S menampilkan pendekatan yang berbeza dan cukup berani apabila mengangkatisu-isu semasa yang membimbangkan dan kian berleluasa di kalangan masyarakathari ini, terutamanya berkaitan dengan penipuanduit haram, isu “scammer”, penyamaran dan sebagainya. Berkonsepkan aksi-komedi dan plot penceritaan yangmendebarkan, “Dato” S diperhebatkan dengan kehadiran nama-nama besar industrisebagai tonggak utama seperti KamalAdli, Puteri Aisyah, Fikry Ibrahim danZulin Aziz. Saksikan juga penampilan istimewa pelakon popular, Dato’ Jalaluddin Hassan bersama aktivisNGO, saudara Yusuf Azmi dan PenerbitEksekutif “Dato” S, Dato’ KhairilMuzamil.

Memegangwatak utama sebagai Sazali (lakonan Kamal Adli), beliau merupakanseorang jurujual yang mempunyai perwatakan menarik serta berkeyakinan tinggi.Menerusi kelebihan ini, Sazali kerap menipu orang ramai dengan pelbagaiaktiviti ‘scammer’ seperti skim cepatkaya, menawarkan pakej-pakej istimewa untuk menunaikan umrah dan haji ataupunmenjalankan ibadah korban, pertandingan gores dan menang, penjualan tanah, penipuanatas talian, skim pelaburan mata wang ‘bitcoin’ dan banyak lagi. Sazali berjayamemperdayakan ramai ahli perniagaan di mana mereka telah membuat pelaburan yangtinggi dan pada usia pertengahan 30-an, Sazali menjadi jutawan dan hidup denganpenuh kesenangan. Namun begitu, setiap penipuan dan aktiviti jenayah yangdilakukan Sazali ini mendapat tentangan isteri beliau, lakonan Zulin Aziz. Sazali alpa dalam duniabaru beliau sehinggakan isteri dan anak meninggalkannya.

Akibatpenipuannya, Sazali diekori dua anggota polisiaitu Arman dan Bunga (lakonan Fikry Ibrahim dan Puteri Aishah) yangmenyamar sebagai rakan kongsi “Dato” S untuk membongkarkan skim penipuannya. Taktikpenyamaran yang dilakukan oleh Arman dan Bunga berjaya membuahkan hasil apabilasatu demi persatu aktiviti “Dato” S dapatdirungkai. Apakah langkah seterusnya yang harus dilakukan si ‘con-man’ Sazali ini? Bagaimanakah pula pengakhirancerita beliau? Nantikan kesudahannya dalam “Dato”S yang bakal menemui penonton mulai 24 Oktober ini.