RAILIVE – program siaran langsung terbaharu Go Shop dengan tawaran eksklusif yang menampilkan pengacara TV, Raianna

RAILIVE – program siaran langsung terbaharu Go Shop dengan tawaran eksklusif yang menampilkan pengacara TV, Raianna

Go Shop, destinasi beli-belah gaya hidup 24 jam di Malaysia akan memperkenalkan program terbaharu bual bicara secara langsung, RAILIVE yang merupakan program perbualan dinamik dengan tawaran eksklusik, khas untuk para penonton Go Shop. Pengacara terkenal Go Shop, Raianna A Rahman (Rai) akan mengendalikan program mingguan pada setiap Rabu, 11 pagi menerusi Go Shop (saluran 118), Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) and di Facebook Live Go Shop.

Tujuan program baharu ini adalah untuk mewujudkan pengalaman yang lebih mendalam di mana Rai akan berinteraksi bersama penonton menerusi media sosial ketika siaran langsung dijalankan. Bagi setiap episod, Rai akan memilih satu produk khas untuk para penonton dengan tawaran eksklusif dan terhad melalui program RAILIVE sahaja.

Program ini akan menceriakan pagi Rabu anda dengan sifat personaliti Rai yang menarik tips kehidupan seharian yang berguna. Penonton juga boleh beinteraksi secara langsung bersama Rai di media sosial untuk perkongsian dan soalan mengenai produk yang ditawarkan.

Turut bersama Rai sebagai tetamu ketika program RAILIVE adalah pakar-pakar seperti penggaya fesyen, guru solekan, pakar pemakanan dan kecantikan yang akan turut berkongsi kepakaran, memberikan inspirasi, gelak tawa selain daripada memperkenalkan produk-produk baharu.

Rai merupakan antara pengacara terawal ketika Go Shop mula diperkenalkan pada 2014 dan beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri sebagai pengacara TV, pengacara majlis dan artis rakaman suara.

Ikuti RAILIVE di Go Shop, setiap Rabu, 11 pagi menerusi Go Shop (saluran 118), Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) dan Facebook Live Go Shop! Layari www.goshop.com.my untuk maklumat lanjut.