ZAYAN Semat Ilmu Penyembelihan Ikut Tuntutan Syariah

ZAYAN Semat Ilmu Penyembelihan Ikut Tuntutan Syariah

ZAYAN dengan kerjasama INSAF Malaysia mengajurkan ZAYAN Qurban 2.0 pada 3 Ogos 2019, bertempat di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati.  

MENGENAI ZAYAN QURBAN 2.0

ZAYAN Qurban 2.0 dianjurkan oleh ZAYAN dan INSAF Malaysia khas buat peminat-peminat yang ingin mendalami ilmu penyembelihan haiwan ternakan mengikut tuntutan syariah dan untuk memberi pendedahan tentang Ibadah Qurban yang dijalankan di Malaysia agar dapat dijadikan panduan semasa Hari Raya Aidiladha kelak.

Penganjuran kali kedua ini terdiri daripada Mawi dan Anas (ZAYAN Salam Bros) dan juga 170 peserta berumur 8 hingga 45 tahun, yang disenarai pendek oleh ZAYAN dan INSAF Malaysia. Kesemua peserta ini menjalani kursus asas penyembelihan secara teori dan praktikal.

Pelbagai ilmu turut dikongsi bersama peserta yang merangkumi adab-adab dan cara-cara penyembelihan yang sempurna mengikut tuntutan syariah. Peserta juga menerima sijil penyertaan dan merasai sendiri pengalaman melakukan penyembelihan bersama tenaga pengajar yang berpengalaman.

Untuk maklumat lanjut mengenai ZAYAN dan kempen-kempen yang akan dianjurkannya, sila layari www.zayan.my dan ikuti media sosial.