ERA, SINAR dan ZAYAN perkenal segmen dan personaliti baharu

ERA, SINAR dan ZAYAN perkenal segmen dan personaliti baharu

Jenama radio ERA memperkukuhkan kedudukan dengan kewujudan segmen baharu, ERA D’BOYZ manakala, jenama radio SINAR dan ZAYAN tampil memperkenalkan personaliti-personaliti baharu untuk segmen DUO SINAR dan ZAYAN Valet.


SEGMEN BAHARU ERA: ERA D’BOYZ      

  • Pada Julai 2019, Radin dan Danial mula bergandingan mengendalikan ERA D’Boyz pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4 petang hingga 8 malam.
  • Gandingan ERA D’Boyz merupakan perkembangan terbaharu jenama radio ERA untuk memastikan peminat-peminat di waktu petang dihibur dengan lawak jenaka dan cerita-cerita santai yang bermanfaat.

PERSONALITI BAHARU SINAR

  • Bermula 15 Julai 2019, SINAR tampil memperkenalkan dua personaliti baharu untuk segmen DUO SINAR, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 3 petang hingga 7 malam iaitu: Hefny Sahad & Siti Elizad (Ejad)
  • Gandingan pengacara lelaki dan pelakon wanita ini akan menceriakan lagi hari-hari anda dengan telatah mereka bersama tetamu jemputan di studio.

PERSONALITI BAHARU ZAYAN

  • ZAYAN memperkenalkan Azhar Hilmi selaku personaliti baharu yang mengendalikan ZAYAN Valet pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 3 petang hingga 7 malam.
  • Azhar membawa kelainan apabila menerapkan elemen nyanyian dalam penceritaan untuk berinteraksi bersama peminat di radio.
  • Waktu petang ditemani Azhar dalam membincangkan topik #NakTanyaIkhlasNi, peminat diberi kesempatan untuk bertanyakan soalan dan memberi pandangan kepada Azhar berkaitan topik yang dikupas olehnya; dan #KajiNgaji, di mana Azhar akan memperdengarkan bacaan Al-Quran dan berkongsi terjemahan bersama peminat-peminat ZAYAN di radio.