ZAYAN hidupkan budaya Marhaban bersama peminat

ZAYAN hidupkan budaya Marhaban bersama peminat

ZAYAN, destinasi gaya hidup Muslim moden, meneruskan budaya Marhaban di bulan Syawal ini bersama personaliti-personaliti radio ZAYAN, selebriti dan kumpulan Nasyid tempatan. Peminat ZAYAN yang bertuah, menerima kunjungan Marhaban yang berlangsung pada 23 dan 29 Jun 2019 di sekitar daerah Lembah Klang.

ZAYAN MARHABAN

  • ZAYAN Marhaban 2019 dimeriahkan bersama barisan personaliti ZAYAN, Mawi dan Anas, Lin Ariffin, Falyq Hikyle dan Azhar Hilmi yang telah mengunjungi kediaman peminat.
  • Aktiviti Marhaban di empat buah rumah dimulakan dengan perarakan dan selawat di perkarangan kediaman sebelum sesi menziarahi dan beramah mesra bersama peminat.
  • ZAYAN Marbahan turut disertai oleh Ikhwan Fatana, Johan As’ari dan Simfoni, kumpulan Nasyid tempatan yang mengharapkan budaya Marhaban sebegini dapat diteruskan di kalangan masyarakat di Malaysia.
  • Peminat ZAYAN di sekitar Lembah Klang telah diberi peluang untuk menghantar penyertaan dan slogan yang menarik telah disenarai pendek untuk menerima kunjungan ZAYAN Marhaban.

ULASAN WAN SYAHRUL AMRY WAN MANSOR, PENGURUS KANDUNGAN ZAYAN

“Bagi menguatkan lagi budaya Marhaban di Malaysia, ZAYAN mengambil pendekatan di bulan Syawal ini dengan menghayati alunan selawat sambil menziarahi dan beramah mesra bersama peminat-peminat. Pada tahun ke-2 ZAYAN Marbahan ini, kami gembira kerana terus mendapat sokongan yang sangat menggalakkan daripada peminat ZAYAN menerusi pernyertaan yang dihantar. Justeru, ZAYAN berbesar hati untuk meneruskan aktiviti sebegini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ZAYAN dan peminat.”