Sambutlah Aidilfitiri bersama ERA, SINAR, ZAYAN dan SYOK

Sambutlah Aidilfitiri bersama ERA, SINAR, ZAYAN dan SYOK

Sempena bulan Syawal yang bakal menjelma, peminat-peminat ERA, SINAR dan ZAYAN boleh mengambil bahagian dalam Pepsi Beraya Sakan dari 31 Mei hingga 4 Jun untuk peluang memenangi duit Raya menerusi ERA, SINAR dan SYOK; dan juga Rumah Terbuka ERA & ZAYAN Bersama IJM Land pada 22 dan 30 Jun. 

PEPSI BERAYA SAKAN

Dari 31 Mei hingga 4 Jun, peminat-peminat jenama-jenama radio ERA dan SINAR, serta SYOK, platform digital Astro Radio, akan menawarkan duit Raya untuk dibawa pulang. Peminat-peminat boleh merebut peluang untuk memenangi sebahagian daripada jumlah wang tunai sebanyak RM50,000.

Sertai Pepsi Beraya Sakan melalui peraduan di udara ERA dan SINAR atau di laman web SYOK.

  • Di udara, peminat-peminat perlu menantikan isyarat memangil ke udara di ERA atau SINAR, dan pemanggil terpantas yang berjaya menjawab soalan dengan betul akan memenangi wang tunai bernilai RM100. Jika pemanggil tidak berjaya menjawab soalan dengan betul, hadiah RM100 akan digandakan ke segmen seterusnya.
  • Di laman web Syok.my pula, peminat yang menjawab soalan sebanyak mungkin dengan betul dalam masa 15 minit, berpeluang membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000.

RUMAH TERBUKA ERA & ZAYAN BERSAMA IJM LAND

Semua warga Malaysia dijemput menghadiri Rumah Terbuka ERA & ZAYAN bersama IJM Land, pada 22 dan 30 Jun 2019. Peminat-peminat juga berpeluang bertemu dengan selebriti tempatan dan personaliti radio seperti Hael Husaini, Misha Omar, Ayda Jebat, Dina Nadzir (ERA), Haniff Hamzah (ERA), Danial (ERA), Mawi (ZAYAN) dan Anas (ZAYAN).

Rumah Terbuka ERA & ZAYAN bersama IJM Land akan diadakan seperti berikut:

  • 22 Jun 2019 (Sabtu), 11 pagi - 3 petang di Galeri Jualan IJM Land, Bandar Puncak Alam
  • 30 Jun 2019 (Ahad), 2 - 6 petang di Pejabat Jualan IJM Land, Seremban 2, Negeri Sembilan.