Malam Kemuncak ERA Digital Muzik Awards 2018 Mengiktiraf Artis-Artis Tempatan

Malam Kemuncak ERA Digital Muzik Awards 2018 Mengiktiraf Artis-Artis Tempatan

ERA dan Deeja Cosmetic menyiarkan secara langsung persembahan-persembahan EDMA 2018

Malam kemuncak ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2018) yang dianjurkan oleh jenama radio ERA dan penaja, Deeja Cosmetic semalam mengumumkan pemenang-pemenang setiap 7 kategori yang dipertandingkan. Berlangsung di Galaxy Banquet Hall, Sentul, KL, EDMA 2018 dihadiri oleh Nazri Noran, Pengurus Rangkaian Kandungan Jenama Radio Melayu, Astro Radio; Dhan Andreas, Pengurus Kandungan ERA, Astro Radio; dan Hanez Suraya, Duta dan Jurucakap Deeja Cosmetic, serta dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis tempatan yang terkenal.

Pentas malam kemuncak EDMA 2018 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dihangatkan dengan persembahan penyanyi-penyanyi tempatan yang termasyur seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Aliff Satar, Akim & The Majistret, Ara Johari serta penyanyi-penyanyi berkembang seperti Haqiem Rusli, Ismail Izzani, One Avenue Band dan Ben Ladin. Satu lagi keistimewaan EDMA 2018 ialah pemberian penghargaan dari jenama ERA kepada tokoh industri muzik Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atas sumbangannya yang mewarnai industri hiburan tanah air untuk lebih dua dekad. EDMA 2018 turut disiarkan secara langsung di laman Facebook ERA: www.facebook.com/era.je/ dan Deeja Cosmetic: www.facebook.com/deejacosmeticofficial/ untuk semua peminat setia ERA.

Senarai pemenang EDMA 2018 yang diumumkan semalam dinilai sepenuhnya dari pengundian peminat-peminat ERA dari 31 Disember 2018 sehingga 23 Januari 2019 melalui laman web ERA. EDMA 2018 menyaksikan saingan sengit antara penyanyi berpengalaman dan penyanyi-penyanyi baru yang sedang mencipta nama termasuk yang terkenal di media sosial. Setiap pemenang bertuah EDMA 2018 menerima sebuah trofi sebagai tanda kejayaan mereka, yang disumbangkan oleh jenama ERA dan penaja, Deeja Cosmetic.

Untuk maklumat lanjut mengenai EDMA 2018, sila ikuti laman sosial ERA (Facebook, Instagram, Twitter) dan layari www.era.je.

SENARAI TOP 5 ‘ERA DIGITAL MUSIC AWARDS 2018’ (EDMA 2018)
(Nota: Hanya 6 kategori dibuka untuk undian)

  1. Lagu Paling Viral
    • Haqiem Rusli - Selamat Tinggal Sayang
    • Dato’ Sri Siti Nurhaliza - Anta Permana
    • Sufian Suhaimi - Dimatamu
    • Hael Husaini - Hajat
    • Faizal Tahir - Ragaman

  2. Muzik Video Paling Lit
    • Andi Bernadee - Satu Peluang
    • Zizan Razak - Kau Takkan Tahu
    • Floor 88 - Roadblock Hatiku
    • Ismail Izzani - Bidadari
    • Sarah Suhairi - Nyawa Raga

  3. Penyanyi Kolaborasi Terbaik
    • Haqiem Rusli dan Aman RA - Jatuh Bangun
    • Syamel dan Ernie Zakri - Aku Cinta
    • Tajul dan Wany Hasrita - Rindu Dalam Benci
    • Ryan Deedat dan Sandra - Salimah
    • Floor 88 dan Baby Shima - Roadblock Hatiku

  4. Penyanyi Paling Lit di Media Sosial
    • Khai Bahar
    • Kucaimars
    • As`ad Motawh
    • Hael Husaini
    • Sarah Suhairi

  5. Temubual Terbaik Carta ERA
    • Haqiem Rusli
    • Wany Hasrita
    • Ara Johari
    • Sarah Suhairi
    • Sufian Suhaimi

  6. Penyanyi Pilihan DEEJA
    • Ariff Bahran
    • Ayda Jebat
    • Ismail Izzani
    • Faizal Tahir
    • Syamel

  7. Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40 (Nota: Kategori ini tidak dibuka untuk undian)
    • Alif Satar - Sesungguhnya Aku