Strim SYOK Podcast baharu, ‘Terkejutawan’ eksklusif di aplikasi SYOK!

Strim SYOK Podcast baharu, ‘Terkejutawan’ eksklusif di aplikasi SYOK!

Dengar di aplikasi SYOK atau di sini

Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi (Pak Nil) tampil dalam siri podcast-nya yang pertama di SYOK, untuk menemu bual peniaga muda tempatan yang berjaya

Mengenai Siri Audio ‘Terkejutawan’

SYOK memperkenalkan siri SYOK Podcast baharu, ‘Terkejutawan’, yang menampilkan Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi atau mesra dipanggil Pak Nil, selaku hos yang akan menemu bual dan mengupas kisah-kisah kejayaan anak-anak muda dari pelbagai latar belakang dan bidang yang diceburi seperti perniagaan produk kesihatan, perniagaan industri kecantikan, perniagaan secara maya dan banyak lagi. ‘Terkejutawan’ boleh distrim secara eksklusif di aplikasi SYOK sekarang.

Peniaga-peniaga muda yang akan ditemu bual ini juga merupakan personaliti tempatan dan individu yang tular di media sosial seperti pasangan ideal, Asyraf Khalid dan Tya Arifin; Aeril Zafrel, pelakon tempatan dan pengasas produk kosmetik; Dato Azril, pengasas produk kecantikan; Dato Zhafran, pengasas produk minuman kesihatan; Dr Hannan Yusof, pengasas pusat spa kecantikan; Pn Kartika Eskayvie, pengasas produk kesihatan; dan Najib Assadok, usahawan maya. 

Siri ‘Terkejutawan’ akan memberi pendengar inspirasi dan pelbagai pelajaran mengenai selok belok dunia perniagaan serta pengurusan kewangan yang dikongsi oleh peniaga-peniaga muda ini. Setiap episod bakal menampilkan kelainan dari segi penceritaan, perkongsian dan kisah tauladan yang boleh dijadikan panduan oleh para peminat.

Episod pertama telah diterbitkan di aplikasi SYOK, dalam kategori ‘SYOKcast’ dan peminat boleh dengarkan episod-episod ‘Terkejutawan’ seterusnya setiap Jumaat, jam 10 pagi menerusi laman rasmi dan di aplikasi SYOK. 

Para peminat SYOK Podcast boleh memuat turun aplikasi SYOK dan dengar siri audio ‘Terkejutawan’ sekarang.