Berhibur dengan personaliti dan program baharu di radio SINAR

Berhibur dengan personaliti dan program baharu di radio SINAR

Strim ‘SINAR Solo’ dan ‘Rock Jiwang SINAR’, segmen baharu SINAR menerusi aplikasi SYOK

SINAR Solo Bersama Dina Nadzir

• Para peminat SINAR boleh terus menikmati pilihan muzik terbaik dengan segmen baharu dalam SINAR Solo bersama Dina, setiap Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 3 petang dan Rock Jiwang SINAR bersama Dina, setiap Sabtu, bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, menerusi siaran udara dan di aplikasi SYOK.  

• Segmen baharu SINAR Solo bersama Dina termasuk: 

      • Nak Kata Apa, dimana Dina akan mengupas topik menarik setiap hari dan peminat boleh berkongsi kisah dan pendapat bersama Dina menerusi talian 03 9543200;
      • Sharing is Caring, untuk perkongsian tips menarik tentang kesihatan dan kecantikan; 
      • Free & Easy, dimana peminat boleh terus menikmati muzik menarik di SINAR;
      • Lagu Anda, yang akan memainkan pilihan lagu dan dedikasi daripada peminat;
      • BTS (Boleh Tolong Sampaikan), dimana Dina akan menghubungi seseorang bagi pihak pendengar untuk sampaikan ucapan dan hajat para peminat menerusi segmen BTS.

• Selain itu, peminat juga boleh strim Rock Jiwang SINAR bersama Dina, sebuah lagi segmen baharu dimana Dina akan menemani peminat dengan pilihan lagu-lagu bergenre rock jiwang terbaik. 

• Para Peminat SINAR boleh mendengarkan SINAR Solo dan Rock Jiwang SINAR bersama Dina Nadzir menerusi aplikasi SYOK. Muat turun aplikasi SYOK sekarang.

Profil Dina Nadzir, SINAR Solo & Rock Jiwang SINAR

Memecah masuk ke industri hiburan sebagai penyanyi, bahkan telah menerima anugerah untuk ‘Artis Baru Terbaik’ dan ‘Persembahan Vokal Terbaik’ di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 2006. Terdahulu, Dina merupakan personaliti ERA dan kini Dina bersama SINAR dengan program baharu ‘Solo SINAR’ dan ‘Rock Jiwang SINAR’. Walaupun bergelar personaliti SINAR, Dina tetap bergiat aktif menyumbang kepada kebajikan dan merupakan salah seorang daripada beberapa selebriti yang terlibat dalam Pertubuhan Bantuan Wanita (Women Aid’s Organisation). Ikuti keperibadiannya dalam ‘SINAR Solo’ dan `Rock Jiwang SINAR`!