Didi & Friends tampilkan tiga langkah mudah cegah jangkitan virus COVID-19 dengan lagu baharu ‘Jom Lawan Coronavirus’!

 Didi & Friends tampilkan tiga langkah mudah cegah jangkitan virus COVID-19 dengan lagu baharu ‘Jom Lawan Coronavirus’!

Demi menyahutsaranan kerajaan yang menyeru rakyat untuk sentiasa menjaga kesihatan dankebersihan, siri animasi popular kanak-kanak, Didi & Friends, tampil denganlagu dan muzik video ‘Jom Lawan Coronavirus’ yang mengajar orang ramailangkah-langkah mudah bagi mencegah jangkitan virus COVID-19!

 

Lagu berdurasi2 minit itu menyaksikan Didi, Nana dan Jojo serta rakan-rakan lain menarisambil menyanyi tentang pentingnya menjaga kebersihan dalam memerangi virus danbakteria merbahaya. Lirik lagu yang catchy itu menyatakan tiga langkahmudah mengelak pandemik COVID-19: 1) cuci tangan, 2) memakai topeng muka ketikasakit, dan 3) tidak menyentuh muka.

 

Lagu istimewaini ditulis dan diterbitkan oleh Digital Durian bersama komposer terkenal, Omar K. Muzik videonya pula boleh disaksikanmelalui pautanini. Lagu ini juga boleh dinikmati dalam versi BahasaInggeris bertajuk ‘Fight Coronavirus’ di pautan ini!

 

Siri edutainmentDidi & Friends merupakan hasil produksi bersama Astro dan Digital Durian.Didi & Friends bersiaran secara esklusif di Astro Ceria dan Ceria HD, danmempunyai 3.52 juta pengikut dan lebih 2.5 bilion jumlah tontonan di saluranYouTube mereka.