SYOK memperkenalkan “SYOK Remang”, Drama Audio Seram Bahasa Melayu Yang Pertama di Malaysia

SYOK memperkenalkan “SYOK Remang”,  Drama Audio Seram Bahasa Melayu Yang Pertama di Malaysia

Dengar di aplikasi SYOK atau di sini

MENGENAI “SYOK Remang”

• Peminat-peminat genre seram  kini boleh menerokai pengalaman seram yang baharu, dengan siri “SYOK Remang”, drama audio seram yang pertama dalam Bahasa Melayu, di Malaysia, eksklusif di aplikasi SYOK.

• “SYOK Remang” memanfaatkan minat serta kecenderungan golongan masa kini yang masih mencari-cari kisah seram tradisional, serta meneruskan aspirasi Astro Radio untuk membawakan satu lagi pengalaman baharu radio digital melalui SYOKcast (podcast). 

• Drama audio ini bukan sahaja bertujuan menghiburkan, malah juga unik, asli dan provokatif dengan jalan penceritaannya yang mengadun dan mengolah kembali kisah-kisah yang terisi dengan representasi makhluk-makhluk mistik, untuk membawa para pendengar ke dimensi lain yang mendebarkan. Di samping itu, kisah-kisah yang dipaparkan dalam “SYOK Remang” menyentuh isu-isu sosial yang sedang melanda masyarakat kita dengan mesej di penghujung ceritanya, sebagai renungan dan teladan.

• Siri “SYOK Remang” terdiri daripada lima episod yang bertajuk:

      • Hantu Buluh Hutan Kuala Boh (Episod 1)
      • Bahana Memakai Susuk (Episod 2)
      • Misteri Janin Menangis Di Rumah Sewa No. 43 (Episod 3)
      • Bertemu Dengan Saka Harimau (Episod 4)
      • Diganggu Penunggu Hotel (Episod 5)

• Episod 1 sudah disediakan di aplikasi SYOK, dalam kategori “SYOKCasts” dan peminat-peminat boleh dengarkan episod-episod “SYOK Remang” seterusnya setiap hari Khamis.

• Siri “SYOK Remang” ditulis oleh Rosie Haslinda Nasir, penulis buku dan Hakimi As`ari, pakar industri komunikasi dan video, dan disuarakan oleh Rosie Haslinda Nasir.

SINOPSIS EPISOD-EPISOD “SYOK Remang”

TAJUK EPISOD

SINOPSIS & MAKLUMAT LANJUT

Episod 1: Hantu Buluh Hutan Kuala Boh

 

 

Sekumpulan pelajar mengganggu makhluk-makhluk yang berumah dan bersuaka di Kem Hutan Kuala Boh, melepaskan sesuatu yang telah lama senyap…

 

Dengar di aplikasi SYOK sekarang!

Episod 2: Bahana Memakai Susuk

Mak Cik Salmah yang ersam lagi lentik mempunyai satu rahsia gelap yang lama simpan di dada. Adakah rahsia Mak Cik Salmah akhirnya terbongkar dengan penduduk Kampung Tualang?

 

Dengar di aplikasi SYOK bermula jam 8 malam, 27 Februari!

Episod 3: Misteri Janin Menangis Di Rumah Sewa No. 43

Tiap kali senja menjelang Maghrib, pasti perkara-perkara pelik berlaku di rumah sewa no. 43. Adakah ia tinggalan penghuni sebelumnya?

 

Dengar di aplikasi SYOK bermula jam 8 malam, 5 Mac!

Episod 4: Bertemu Dengan Saka Harimau

Seperti anak muda biasa, Harry & Ojah tak percaya cerita-cerita lapuk datuk mereka, tapi satu pertembungan tengah malam menukar fikiran kedua-duanya…

 

Dengar di aplikasi SYOK bermula jam 8 malam, 12 Mac!

Episod 5: Diganggu Penunggu Hotel

Epul, Shiena, & Mel tiga sepupu ingin rileks dan habiskan cuti semester mereka ersama keluarga di Port Dickson, tetapi lain yang dihajat, lain yang dapat…

 

Dengar di aplikasi SYOK bermula jam 8 malam, 19 Mac!