ZAYAN merealisasikan impian akad nikah peminat

ZAYAN merealisasikan impian akad nikah peminat

Tiga pasangan ZAYAN Akad dipilih untuk berakad nikah beramai-ramai pada 25 Januari, di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Senarai pasangan ZAYAN Akad adalah seperti berikut: 

    • Muhammad Zahir Aman bin Abu Bakar & Nur Asiah binti Anuar
    • Nurul Fitri Danial bin Norol Helmi & Fatin Nuralia binti Mohamad Nizam
    • Mohamad Syafiq bin Mohamat Salleh & Nur Athirah binti Shafie

ZAYAN bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membiayai urusan akad nikah, busana perkahwinan dan katering di majlis akad nikah ini.

ZAYAN Akad disempurnakan oleh jurunikah dari pihak JAWI yang terdiri daripada YBrs Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI; YBrs Tuan Haji Munir bin Md Salleh, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI; dan, Sahibul Fadhilah Tuan Haji Ehsan bin Mohd [email protected] Khusni, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan

Ketiga-tiga pasangan ini dipilih dari penyertaan yang diterima menerusi laman rasmi zayan.my pada Disember 2019, berdasarkan penyertaan dan kisah menarik disebalik majlis yang ingin diraikan. Mereka juga dipastikan memenuhi syarat-syarat sah untuk bernikah dan telah dipersiapkan dengan kursus perkahwinan yang dikendalikan oleh pihak JAWI baru-baru ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan ZAYAN dan kempen-kempen yang dianjurkan, sila layari zayan.my atau ikuti ZAYAN di media sosial Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.