Serlah bakat nyanyian rap bersama #RapStarERA

Serlah bakat nyanyian rap bersama #RapStarERA

Muat naik video rap dengan lirik nukilan anda di Instagram dengan meletakkan tanda pagar #RapStarERA dan tag @era.je dari sekarang hingga 20 Februari 2020!

Semua peminat-peminat rap berumur 18 tahun ke atas dijemput untuk sertai #RapStarERA, pencarian rapper terbaik anjuran jenama radio ERA, Def Jam Recordings dan Universal Music Malaysia.

Para peserta boleh memuat naik video rap berdurasi 1 minit yang menampilkan nyanyian rap dengan lirik nukilan sendiri di laman Instagram. Letakkan tanda pagar #RapStarERA dan tag @era.je serta pastikan akaun Instagram dalam tetapan “Umum”.

Nyanyian rap dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diterima.

Penjurian adalah berdasarkan kreativiti dan kebolehan para peserta dalam menghasilkan lirik yang menarik  dengan

Persembahan nyanyian yang mengikut rentak dan irama.

Pemenang #RapStarERA bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000 dan berpeluang menghasilkan sebuah single bersama Def Jam Recordings and Universal Music Malaysia. Penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://era.je/special/rapstar

Untuk maklumat lanjut, layari era.je atau ikuti ERA di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter.