ERA DIGITAL MUZIK AWARDS 2019 IKTIRAF ARTIS TEMPATAN DAN HARGAI PEMINAT ERA

ERA DIGITAL MUZIK AWARDS 2019  IKTIRAF ARTIS TEMPATAN DAN HARGAI PEMINAT ERA

EDMA 2019 disaksikan oleh lebih 55,000 peminat menerusi tiga platform digital ERA 

ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2019) yang dianjurkan oleh jenama radio No. 1 di Malaysia, ERA, dan dibawakan oleh SYOK, mengumumkan pemenang-pemenang lima kategori EDMA 2019, pada 17 Januari 2020.

Lima kategori yang dipertandingkan merangkumi Artis Baru Baek, Lagu Featuring Hit, Rappers Paling ONZ, Lagu Viral ONZ, dan kategori baharu EDMA 2019 yang menerima lebih setengah juta undian, Fan Club Paling Ngam. Kategori baharu ini memberi penghargaan jasa dan usaha peminat yang terus memberi sokongan kepada artis-artis kesayangan dan jenama radio ERA. 

Pentas EDMA 2019 turut dihangatkan dengan persembahan-persembahan mantap dan bertenaga daripada K-Clique, Naim Daniel & Tuju, Floor 88, MeerFly, Kidd Santhe & MK, Zizi Kirana, Bunga, Ucop, Sarah Suhairi, Luqman Faiz, Andi Bernade, Ariff Bahran dan personaliti-personaliti ERA

EDMA 2019 telah disaksikan secara langsung oleh lebih 55,000 peminat menerusi tiga platform digital ERA iaitu Facebook, YouTube dan Instagram.  

Pemenang-pemenang EDMA 2019: 

1. Artis Baru Baek

Luqman Faiz

2. Lagu Featuring Hit

K-Clique ft Aliff

3. Rappers Paling ONZ

 K-Clique

4. Fan Club Paling Ngam 

Haqiem Rusli - Qiemillio Official FC

5. Lagu Viral ONZ

Donde - Andi Bernade