super spontan
SuperSpontan

Barisan Selebriti Terkenal Rebut Gelaran Super Spontan!

Meneruskan lagi kegemilangan program-program bercorak permainan di Astro pada tahun 2012, kami dengan bangganya membawakan sebuah program terbaru yang menampilkan para selebriti bermain komedi secara improvisasi dan bersaing untuk merebut gelaran Super Spontan yang akan bersiaran secara langsung menerusi Astro WARNA di saluran 132 dalam pakej Mustika setiap Jumaat bermula 30 Mac 2012, jam 10.00 malam.

Selama 10 minggu, Super Spontan yang berkonsepkan pertandingan bermain komedi secara improvisasi secara spontan berdasarkan situasi yang diberi akan diserikan dengan kehadiran Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Amir Raja Lawak sebagai Pengulas. Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry 2.0G ini akan dikemudikan oleh penyanyi, pengacara dan pelakon terkenal, Adibah Noor.

Super Spontan menemukan dua pasukan yang akan bertarung pada setiap minggu. Pasukan Angsa Ganas yang diselia oleh Pengurus Pasukan, Rashid Salleh menampilkan ahli pasukan yang terdiri daripada Zizan, Daphne Iking, Suhaimi Yusof, Riezman Khuzaimi, Zahid, Tauke dan Rahim R2. Mereka akan bersaing dengan sebuah lagi pasukan bergelar Beruang Comel yang terdiri daripada Johan, Bell Ngasri, Yasmin Hani, Sathiya, Cat Farish, Ropie dan Shahrul RL6 (Shiro) dan diuruskan oleh Reza Zainal.

Berdasarkan persembahan mingguan, nasib setiap kumpulan akan ditentukan sepenuhnya oleh undian SMS daripada penonton. Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disalurkan kepada badan kebajikan. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Warna.

Jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan Super Spontan yang akan bersiaran secara langsung menerusi Astro WARNA di saluran 132 dalam pakej Mustika pada setiap Jumaat bermula 30 Mac 2012, jam 10.00 malam. Program ini juga akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran 34), SingTel mio TV di Singapura manakala penonton Astro Prima (Saluran 105) turut berpeluang untuk menonton Super Spontan di minggu pertama.

Sidebar - All

Super Spontan_adv
Apa Kata M
adv_Apa Kata M

Footer