Spacer

NOTIS PRIVASI

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta ini, yang merangkumi semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memaklumkan anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta maksud-maksud bagi pemprosesan data tersebut. Akta ini juga mewajibkan kami mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda.

Justeru itu, anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan, “Data Peribadi”) yang diberikan di dalam permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan laman web Astro dan, jika relevan, untuk melanggan perkhidmatan Astro, termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian, bakal digunakan dan diproses oleh MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (“MBNS”) bagi maksud-maksud berikut:-

  • mempertimbangkan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan laman web Astro;
  • mempertimbangkan permohonan langganan anda;
  • untuk berhubung dengan anda;
  • untuk memberi khidmat kepada anda;
  • untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran;
  • menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
  • mentadbir penyertaan anda di dalam pertandingan-pertandingan
  • melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
  • tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan
  • untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan MBNS dan perbadanan-perbadanan berkaitan (“related corporations”)
  • unruk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan rakan-rakan perniagaan kami;
  • kegiatan-kegiatan perniagaan MBNS selainnya yang sah;
  • maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma Penggunaan Laman Web Astro; dan/atau
  • jika relevan, maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am dan, jika terpakai, Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen.

(secara keseluruhan, “Maksud-Maksud”)

Seterusnya, sila maklum bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia atau dizahirkan kepada perbadanan berkaitan, pemegang lesen, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat, yang mungkin berada di dalam atau luar Malaysia. Selain dari yang dinyatakan di sini, Data Peribadi anda tidak akan, dengan sedarinya, dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau dizahirkan ke mana-mana pihak ketiga.

Bagi membolehkan kami memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda diperlukan. Sekiranya anda tidak memberi persetujuan berkenaan kecuali sehubungan dengan pengiklanan atau pemasaran produk atau perkhidmatan MBNS atau rakan-rakan perniagaan kami, kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas dan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan laman web Astro tidak dapat kami luluskan.

Sehubungan dengan pemasaran langsung, anda boleh meminta MBNS secara notis bertulis (seperti yang diperuntukkan di dalam perenggan seterusnya) agar tidak memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud berikut: (i) pengiklanan atau pemasaran menerusi telefon produk atau perkhidmatan MBNS atau rakan-rakan perniagaan kami, (ii) mengirim kepada anda menerusi telefon bahan pengiklanan atau pemasaran MBNS atau rakan-rakan perniagaan kami, (iii) menghantar menerusi emel atau sistem pesanan ringkas (SMS) bahan pengiklanan atau pemasaran MBNS atau rakan-rakan perniagaan kami; atau (iv) berkomunikasi dengan anda menerusi apa cara sekali pun apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran MBNS atau rakan-rakan perniagaan kami.

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi MBNS menerusi pos berdaftar atau emel seperti yang dinyatakan di bawah:

Alamat pos: Pegawai Perlindungan Data Peribadi
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
Peti Surat 10335
50710 Kuala Lumpur
Alamat emel: [email protected]




PRIVACY NOTICE

The Personal Data Protection Act 2010 was introduced by the Government to regulate the processing of personal data in commercial transactions. The Act, which applies to all companies and firms that are established in Malaysia, requires us to inform you of your rights in respect of your personal data that is being processed or that is to be collected and further processed by us and the purposes for the data processing. The Act also requires us to obtain your consent to the processing of your personal data.

Consequently, please be informed that the personal data and other information (collectively, “Personal Data”) provided in your application to register for the use of the Astro Website and, if relevant, for subscription to Astro services, including any additional information you may subsequently provide, may be used and processed by MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (“MBNS”) for the following purposes:-

  • assessing your application to register for the use of the Astro Website
  • assessing your application for subscription
  • to communicate with you;
  • to provide services to you;
  • to process your payment transactions;
  • respond to your inquiries;
  • administer your participation in contests;
  • conduct internal activities;
  • market surveys and trend analysis;
  • to provide you with information on products and services of MBNS and our related corporations;
  • to provide you with information on products and services of our business partners;
  • other legitimate business activities of MBNS;
  • such other purposes as set out in the Astro Website Terms of Use; and/or
  • if relevant, such other purposes as set out in the General Terms and Conditions and, if applicable, Campaign Terms and Conditions.

(collectively “Purposes”)

Further, please be informed that if required for any of the foregoing Purposes, your Personal Data may be transferred to locations outside Malaysia or disclosed to our related corporations, licensees, business partners and/or service providers, who may be located within or outside Malaysia. Save for the foregoing, your Personal Data will not be knowingly transferred to any place outside Malaysia or be knowingly disclosed to any third party.

In order to process your Personal Data, your consent is required. If you do not consent to the processing of your Personal Data other than in relation to the advertising or marketing of any product or service of MBNS or our business partners, we cannot process your Personal Data for any of the above Purposes and we will not be able to approve your application for registration for use of the Astro website.

In relation to direct marketing, you may request MBNS by written notice (in accordance with the following paragraph) not to process your Personal Data for any of the following Purposes: (i) advertising or marketing via phone any product or service of MBNS or our business partners, (ii) sending to you via post any advertising or marketing material relating to any product or service of MBNS or our business partners; (iii) sending to you via email or SMS any advertising or marketing material relating to any product or service of MBNS or our business partners, or (iv) communicating to you by whatever means any advertising or marketing material of MBNS or our business partners.

You may at any time hereafter make inquiries, complaints and request for access to, or correction of, your Personal Data or limit the processing of your Personal Data by submitting such request to the Personal Data Protection Officer of MBNS via registered post or email as set out below.

Postal address Personal Data Protection Officer
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
Peti Surat 10335
50710 Kuala Lumpur
Email address: [email protected]
Get Astro b.yond today!