|

THR Gegar

Dengarkan melalui Astro Ch - 863

THR Gegar merupakan sebahagian daripada radio THR yang telah diambil alih oleh AMP Radio Networks pada tahun 2005.  Oleh kerana THR Gegar bersiaran melalui frekuensi radio di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja, Permata Pantai Timur telah menjadi tema stesen radio ini.  Sehingga kini THR Gegar telah menjadi stesen radio nombor satu di Pantai Timur dengan purata 1.73 juta pendengar setiap minggu.

Sasaran pendengar kami ialah mereka yang berusia 18-39 tahun di seluruh Pantai Timur. Namun dengan perkembangan teknologi, THR Gegar juga boleh didengari di seluruh Malaysia melalui Astro DTU 863, dan diseluruh dunia melalui internet di laman web www.thr.fm/gegar   atau http://www.facebook.com/THRGEGAR

THR Gegar menjadi pilihan ramai kerana menampilkan kepelbagaian jenis musik, seperti rock, pop, dangdut, tradisional, hip hop dan irama global.  Menambahkan keunikannya, THR Gegar juga menjadi satu-satunya stesen radio yang memainkan lagu daripada pelbagai bahasa seperti English, Hindi dan dialek Pantai Timur.  Bukan itu sahaja THR Gegar juga menyajikan lagu-lagu malar segar yang popular dari tahun 70an, 80an, 90an hinggalah lagu-lagu terkini.

Dibarisi oleh penyampai baru dan lama, kombinasi personaliti penyampai-penyampai ini memenuhi citarasa semua pendengar.  Mereka adalah teman setia, menemani anda 24 jam sehari di THR Gegar, Permata Pantai Timur.

Untuk maklumat lanjut lawati :  www.thr.fm/gegar atau berhubung dengan kami melalui http://www.facebook.com/THRGEGAR

Frekuensi radio

Kuantan                                88.8fm

Kuala Terengganu                106.8fm

Kota Bahru                            88.1fm

TV Guide

WhenProgrammeWhats on
12:00 amLagu-lagu Pilihan Tanpa HentiLayan Jiwang@THR Gegar, lawati www.thr.fm/gegar; ada blog penyampai, peluang menangi hadiah dan banyak lagi.Universal
6:00 amCeria PagiBersama Nasa dan Suzana, lagu-lagu terbaik, Tipah Tertipu, Teka Bunyi, Jate vs Tino dan Topik Ceria Pagi; hubungi 03-95439969 atau SMS taip cp(ruang)pendapat anda dan hantar ke 36189.Universal
10:00 amGegar 10 - 3Bersama Rezzlyn, berhibur sambil berborak, Tiru Macam Saya dan Seleksi Rock Gegar; hubungi 03-95439969 atau SMS rezz(ruang) dan hantar ke 36189.Universal
3:00 pmGegar PetangBersama Zura, berborak dalam Sembang Petang dengan topik-topik menarik dan menangi hadiah melalui Teka Lagu. Hubungi 03-95439969 atau SMS zura(ruang)pendapat dan hantar ke 36189.Universal
7:00 pmGegar 7 - 8Santapan Jiwa bersama lagu-lagu Nasyid tanpa henti disamping Motivasi Datuk Dr Fadhilah Kamsah dan Ustaz Nik Abdul Karim.Universal
8:00 pmGegar MalamBersama Nazz, Dengarkan Pilihan Malam dan Cinta Gegar. Luahkan perasaan cinta anda di THR Gegar; hubungi 03-95439969 atau SMS cinta(ruang) dan hantar ke 36189.Universal