contentheader
Mustika - Soalan Lazim

Mustika - Soalan Lazim

1. Bilakah pakej baru Mustika boleh dilanggani?

Pakej Mustika akan mula disiarkan pada 1 Jun dan ke atas, namun anda mula boleh membuat langganan bermula daripada 20 Mei 2009. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini, sila saksikan pratonton saluran Mustika; Citra, Warna dan Bella di Saluran 130.

2. Kenapa Astro memperkenalkan pakej baru Mustika?


Pengenalan pakej ini bertujuan untuk menyalurkan lebih banyak pilihan kandungan premium kepada rakyat Malaysia, terutamanya kumpulan masyarakat berbangsa Melayu. Pakej ini menyediakan pelbagai hiburan umum menerusi 3 saluran baru:

a. Astro Citra

Mengetengahkan kombinasi tajuk-tajuk filem blockbuster premium tempatan & antarabangsa, drama epik dan siri mini asli. Ia merupakan saluran destinasi filem kegemaran buat rakyat Malaysia.

b. Astro Warna

Saluran bebas tekanan 24 jam pertama di Malaysia yang menggabungkan komedi, sitkom, drama-drama ringan, hiburan/rancangan variasi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Ia merupakan tempat tumpuan untuk aksi pelawak tersohor tempatan.

c. Bella

Saluran Telenovela terbaik dari seluruh dunia.

PakejSaluran No. Saluran Harga

Mustika
Astro Citra 131
RM 12.95
Astro Warna 132
Bella 133


3. Mengapa Astro mengenakan caj lebih untuk pek baru ini?

Anda memiliki pilihan untuk melanggan pakej baru ini hanya jika anda berhajat untuk menonton program-program yang terdapat di dalam saluran pakej baru ini.

Astro telah mempakejkan saluran-saluran baru ini dan mengenakan caj ke atasnya kerana saluran-saluran ini memiliki kandungan yang bernilai premium. Mustika ditawarkan pada harga RM12.95 kerana melihatkan kepada pelaburan yang telah digunakan demi mendapatkan bermacam-macam program premium dan blockbuster dari dalam dan luar Negara. Kepelbagaian genre yang bermula daripada filem hinggalah komedi yang ditawarkan melalui kesemua tiga saluran (Citra, Warna dan Bella) dalam satu pakej juga perlu diambil kira.

Sedang kami terus berkembang dan menambah baik perkhidmatan, kami berhasrat agar pelanggan kami dapat menikmati dan mengalami kepelbagaian serta keluasan perkhidmatan yang kami tawarkan, selain memastikan keputusan yang berasas dalam menentukan pakej yang bersesuaian dengan selera dan kemampuan mereka.

4. Bagaimana untuk melanggan?

Anda boleh melanggan pakej baru ini melalui pelbagai struktur pakej sedia ada. Had kemasukan minimum pakej adalah:

a. Pakej Keluarga

Pakej Keluarga (RM37.95) + Mustika (RM12.95) = RM50.90

5. Adakah dikenakan yuran terhadap pertukaran pakej sedia ada saya?

a. Ya, yuran pertukaran sebanyak RM10 akan dikenakan (sekali selepas anda membuat pertukaran pakej) jika caj langganan selepas pertukaran adalah sama atau lebih rendah daripada langganan anda sebelum pertukaran pakej.
b. Tidak, tiada yuran dikenakan sekiranya anda hanya membuat penambahan mana-mana pakej termasuk Pakej Plus terhadap langganan sedia ada anda. (Nota: Caj langganan selepas pertukaran pakej adalah lebih tinggi daripada langganan sebelum pertukaran pakej).

6. Adakah sebarang kajian dilakukan sebelum pakej dan saluran- saluran baru ini dilancarkan?

Ya, ia telah menjadi amalan kami untuk melakukan kajian dan pemahaman mendalam terhadap pasaran sebelum melaksanakan sebarang inisiatif berskala besar. Kami telah secara berhati-hati mengambil kira dan merumuskan hasil kajian dalam rancangan kami. Kami juga sentiasa berhubungan dengan pelanggan kami; mendengar dan menilai maklum balas mereka.

Kajian yang telah dijalankan turut menunjukkan bahawa pelanggan kami, terutamanya segmen Melayu, lebih gemar menonton filem, drama dan komedi. Hasilnya, pakej Mustika diwujudkan demi untuk menawarkan kepada pelanggan kami kandungan yang lebih relevan dan memenuhi minat mereka.

7. Apakah di antara program-program dalam pakej Mustika yang akan dapat saya saksikan sepanjang beberapa bulan ini?

Setiap pelanggan tentunya senang hati apabila diberitahu bahawa pakej Mustika akan menawarkan barisan program-program terbaru seperti Ugly Betty versi Malaysia di saluran komedinya, Astro Warna, dan juga siri mini "epik" Melayu terbaru setiap bulan yang mengujakan iaitu "Suatu Ketika" menerusi saluran filemnya, Astro Citra.

Untuk maklumat lebih terperinci tentang barisan program-program yang menanti, anda boleh merujuk sama ada majalah AstroView keluaran bulan Jun atau tonton saluran 130 untuk program pilihan menarik.

8. Saya menggunakan perkhidmatan 'Standing Instruction' (SI) bank untuk membayar caj langganan saya setiap bulan kepada Astro. Dengan harga pakej baru, adakah saya perlu memaklumkan pihak bank berkenaan 'Standing Instruction' (SI) saya?

Ya, sila hubungi bank anda dan maklumkan 'Standing Instruction' (SI) baru agar jumlah betul dikreditkan daripada akaun anda berdasarkan harga langganan baru secepat mungkin.

9. Semasa saya melanggan Astro terdapat kontrak yang mengatakan saya boleh menurunkan harga pakej saya kurang daripada RM79.95. Adakah kadar harga ini masih kekal? Bagaimana pula dengan tempoh aktif minimum?

Segala terma dan syarat perjanjian langganan sedia ada anda adalah kekal sama termasuk yuran minimum. Anda dibenarkan untuk menukar pakej asalkan langganan minimum bulanan adalah pada harga RM79.95. Tempoh aktif minimum tidak berubah sama seperti di dalam perjanjian.

10. Bagaimana pula sekiranya perkhidmatan saya telah diputuskan dan saya ingin menyambung semula perkhidmatan tersebut?

Anda mempunyai pilihan untuk sama ada kekal dengan pakej sedia ada, tukar ke pakej baru atau tambah pakej-pakej lain.

11. Kenapa Astro memperkenalkan pakej baru ini?

Sedang kami terus berkembang dan menambah baik perkhidmatan, kami berhasrat agar pelanggan kami dapat menikmati dan mengalami kepelbagaian serta keluasan perkhidmatan yang kami tawarkan, selain memastikan keputusan yang berasas dalam menentukan pakej yang bersesuaian dengan selera dan kemampuan.

Mustika menawarkan pengalaman menonton buat seisi keluarga dalam satu pakej 3 saluran baru, menampilkan hanya yang terbaik dalam hiburan vernakular terutamanya buat masyarakat yang berbangsa Melayu.

12. Banyak di antara kandungan Citra kini kelihatan sama dengan Kirana yang sebelumnya. Adakah Kirana telah dipindahkan ke Citra?

Tidak, kedua-dua saluran memiliki kenyataan dan saranan yang berbeza.

Kirana mengandungi lebih program art house yang tidak menarik perhatian penonton Malaysia dan Asia. Akibat pemeringkatan dan kadar tontonan yang rendah, Kirana dikeluarkan daripada platform sejak 18 Mei.

Diletakkan sebagai versi HBO Malaysia, Citra adalah saluran baru yang menawarkan blockbuster Melayu dan siri mini serta filem antarabangsa. Kajian kami menunjukkan bahawa genre ini kelihatan lebih menarik dikalangan pasaran masyarakat Melayu, dan untuk menjustifikasikan pelaburan ke atas kandungan Citra, kami telah menyertakan Citra ke dalam pakej Mustika.

13. Mustika adalah mahal jika dibandingkan dengan Maharaja. Bagaimana Astro menjustifikasi kos ini?


Mustika ditawarkan pada harga RM12.95 melihatkan pada kepelbagaian pilihan dan variasi program premium dan blockbuster yang bermula daripada genre filem hinggalah komedi yang akan ditawarkan menerusi tiga saluran baru; Citra, Warna dan Bella dalam satu pakej.

Kedua-dua Mustika dan Maharaja adalah pakej berbeza yang memiliki kandungan berlainan untuk segmen pasaran yang berbeza. Oleh itu, pakej-pakej ini tidak boleh disamakan.

14. Kenapa kami perlu membayar untuk sitkom Inggeris lama di saluran Warna hanya kerana kini terdapat sari kata?

Untuk menjadikan Astro Warna sebagai saluran komedi premium, Astro telah memilih barisan sitkom premium dan popular yang masih memiliki nilai hak cipta. Program komedi yang dipilih untuk Astro Warna juga masih popular dan mendapat permintaan pelanggan kami.

15. Bukankah paparan kandungan Bella adalah terlalu terdedah/tarian menjolok mata adalah tidak sejajar dengan nilai-nilai Islam?

Saluran Bella menawarkan pelanggan hanya yang terbaik dan terbaru dalam filem-filem Box Office Bollywood yang sesuai untuk rakyat Malaysia.

Penonton pastinya yakin bahawa kandungan yang disiarkan menerusi platform Astro telah melalui garis panduan penapisan yang ketat seperti yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

16. Kenapa Astro memperkenalkan pakej baru dan mengenakan caj tambahan kepada pelanggan ketika keadaan ekonomi yang tidak stabil?

Pengenalan pakej Mustika adalah untuk menawarkan lebih banyak pilihan program berkualiti yang lebih bersesuaian dengan selera rakyat Malaysia agar mereka mendapat pengalaman menonton yang lebih memuaskan bersama Astro.

Sama seperti model perniagaan TV berbayar yang lain, pelanggan Astro diberi pilihan untuk membeli pakej yang sesuai mengikut gaya hidup masing-masing.

17. Kenapa Bella dimasukkan ke dalam pakej Mustika dan bukan pakej yang lebih ditawarkan untuk masyarakat India?

Pakej Mustika diwujudkan dengan hasrat untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan lebih banyak pilihan berkualiti dan kepelbagaian dalam hiburan umum. Kami ingin menawarkan kandungan dan genre program yang lebih relevan dan menarik minat setiap ahli keluarga.

Seperti yang ditunjukkan oleh kajian yang dijalankan, filem Bollywood mendapat permintaan popular di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia yang sering menginginkan filem-filem blockbuster terkini Bollywood. Hasil daripada kajian tersebut, kami menawarkan saluran ini di dalam pakej Mustika demi kepuasan menonton rakyat Malaysia keseluruhannya.

18. Di mana boleh saya dapatkan lebih maklumat tetang pakej baru Mustika?

Anda boleh menonton saluran 130 untuk pratonton program ketiga-tiga saluran (Warna, Citra dan Bella) dalam pakej Mustika.

Selain itu, anda juga boleh lawati www.astro.com.my atau rujuk kepada majalah AstroView keluaran Jun untuk maklumat lanjut tentang pakej baru ini dan saluran-salurannya.

19. Saya gagal menghubungi pusat panggilan Astro untuk membuat langganan pakej Mustika. Apakah cara lain untuk mendapatkannya?

Anda boleh lawati laman web kami www.astro.com.my, dan isi borang langganan dalam talian atau emel permintaan anda/pertanyaan/maklum balas ke wecare@astro.com.my bersama-sama dengan Nama dan No. Akaun.

Satu pesanan ringkas (SMS) berkenaan langganan pakej Mustika akan dihantar kepada anda. Anda boleh membalas SMS tersebut untuk membuat langganan pakej Mustika pada kadar biasa telco dengan menaip Mustika Nombor IC dan SMS ke 32888. Caj premium untuk transaksi ini akan ditanggung oleh Astro.


Mustika Bottom Banner

88.gif
Untuk melanggan:
1) Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
2) SMS Mustika< ruang >< ICNo > ke 32888* ATAU
3) Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE
* Tertakluk kepada kadar telco biasa. Terma & syarat di