Soalan-soalan Lazim
1)1) Saya terlupa kata laluan untuk permainan Stand Alone ini. Apa yang patut saya buat
Sila e-mel id pengguna anda, no telefon yang telah anda daftarkan dan juga alamat emel anda ke endemol.malaysia@gmail.com. Kami akan menghantar arahan tentang cara-cara untuk re-set kembali kata laluan anda.
2) Bilakah saya boleh bermain permainan ini secara online?
Anda boleh bermain permainan ‘Play Along Live’ ini secara online ketika rancangan RM 1,000,000 sedang di udara pada setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 10.00pm di Astro Ria.
Anda juga boleh bermain permainan ‘Stand Alone’ ini di www.moneydrop.com.my pada bila-bila masa sahaja.
3) Sambungan internet saya telah terputus, apa yang patut saya buat?
Jika sambungan internet anda tidak stabil, kemungkinan anda akan terputus daripada sambungan internet dan ini juga akan membuatkan anda terkeluar daripada permainan. Jika ini berlaku mesej ralat akan dipaparkan di skrin anda. Jangan keluar daripada browser anda kerana permainan ini akan disambungkan semula secara automatik setelah sambungan internet anda telah pulih kembali.
4) Saya berada di kedudukan teratas di dalam permainan Stand Alone ini, bagaimanakah caranya untuk saya mengambil hadiah ini?
Jika anda berada di tempat teratas sekali di dalam papan mata pada hari Jumaat pukul 12.00am, dan anda juga telah memenuhi syarat-syaratnya, wakil Astro akan menghubungi anda dan juga akan menerangkan kepada anda cara-cara untuk anda mengambil hadiah anda.
5) Saya bukan warganegara Malaysia, adakah saya boleh bermain permainan ini dan juga memenangi hadiah yang ditawarkan?
Harap maaf, hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan.
6) Saya bukan pelanggan Maxis, adakah saya boleh bermain permainan ini dan memenangi hadiah-hadiah ini?
Jika anda bukan pelanggan Maxis, anda masih boleh bermain permainan ‘Play Along’ ini pada hari Sabtu dan juga Ahad ketika rancangan ini sedang di udara. Tetapi, permainan Stand Alone ini hanya disediakan untuk pelanggan-pelanggan Maxis sahaja.
7) Apakah jenis sambungan internet yang saya perlukan untuk bermain permainan ini?
Untuk bermain permainan ini dengan lancar, sila tutup aplikasi-aplikasi yang lain sebelum anda memulakan permainan.
• Pelayar Internet (Browser): IE 7, 8 or 9, Firefox 3.0.x, 3.5.x, 3.6.x, Safari 3.x, 4.x, 5.x, Chrome 5.x, Flash Player 10.x. Klik disini untuk Flash Player yang terbaru. Klik disini untuk Flash Player yang terbaru.
• Pemproses (Processor): Intel® Pentium® II 600MHz, AMD Athlon®.
• 256MB of RAM dan 128MB graphic memory (1.5 GB diperlukan untuk pengguna Windows Vista®/Windows® 7 )..
• Sambungan Internet Jalur lebar.
• Peleraian skrin (Screen resolution): 1024 X 720 minima.
• Keperluan Minima untuk Mac anda: Intel Core™ Duo 1.33GHz atau perisian yang lebih laju / PowerPC G3 500MHz atau perisian yang lebih laju
8) Apa yang patut saya buat jika saya tidak tahu jawapan untuk soalan itu?
Anda boleh membahagikan wang pelaburan anda kepada semua jawapan yang sedia ada, tetapi anda haruslah meninggalkan satu pintu perangkap itu kosong.
9) Apa yang akan terjadi jika saya kehilangan kesemua wang pelaburan saya?
Permainan Play Along
Jika anda kehilangan kesemua wang pelaburan anda, anda akan terkeluar daripada permainan itu: anda akan diberi RM 1,000,000 secara automatic dan harus memulakan permainan yang baru.
Permainan Stand Alone
Jika anda kehilangan kesemua wang pelaburan anda, sesi permainan anda akan tamat. Jika anda masih mempunyai kredit di dalam akaun anda, anda boleh bersambung bermain permainan yang baru dan anda juga akan diberi RM 1,000,000 secara maya kembali. Jika tiada kredit permainan yang tinggal, anda haruslah menambah kembali di dalam akaun untuk terus bermain.
10) Bagaimanakah caranya untuk saya menggunakan Facebook Connect ini?
Di dalam browser yang berlainan, sila log in di dalam akaun Facebook anda. Kemudian kembali kepada permainan itu kembali dan click pada ‘Sambungan ke Facebook’. Anda juga boleh bermain bersama-sama dengan rakan Facebook anda.
11) Mengapakah saya harus meletakkan nombor kad pengenalan saya?
Tujuan ini adalah untuk kami mengesahkan pemenang-pemenang dan juga cara-cara untuk kami menghubungi mereka. Kesemua nombor kad pengenalan ini akan disimpan di tempat yang selamat.
12) Ketika saya log masuk di dalam permainan Live Play Along ini, ia hanya memaparkan countdown sahaja. Mengapakah saya tidak boleh bermain permainan ini?
Ini adalah kerana tiada rancangan yang ke udara ketika itu. Anda boleh kembali bermain pada pukul 10.00pm pada hari Sabtu atau Ahad untuk bermain, atau anda boleh bermain permainan Stand Alone ini diwww.moneydrop.com.my









