About Us | FAQs | Careers | Customer Care 1300 82 3838
Permainan Play Along

Permainan RM1,000,000 Money Drop Play Along adalah satu permainan yang menyeronokkan bagi anda yang berada di rumah untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada persembahan LIVE di kaca TV.

Bersaing dengan peserta di kaca TV dan jawab setiap soalan yang diberikan kepada mereka pada masa yang sama!

Permainan RM1,000,000 Money Drop Play Along hanya boleh dimainkan secara online ketika rancangan Money Drop sedang bersiaran di Astro Ria, Saluran 104, bermula 3 Disember 2011, setiap Sabtu dan Ahad pada jam 10 malam.

Untuk memenangi hadiah mingguan, anda perlulah bermain game Play Along ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Ranking terbaik untuk kedua-dua hari akan ditambah sekaligus menentukan pemenang bagi setiap minggu. Para pemenang akan dihubungi melalui email atau melalui telefon.

Adakah anda bersedia untuk mencuba nasib anda? Mari Main Bersama!

**Sila baca Terma dan Syarat permainan terlebih dahulu sebelum bermain.

Menangi RM1,000,000 Money Drop

Money Drop Malaysia

RM1,000,000 Money Drop merupakan sebuah rancangan permainan di mana peserta diberikan RM1,000,000 dan perlu menjawab lapan pilihan soalan. Peserta akan diberikan 60 saat untuk melaburkan wang yang mereka miliki di petak jawapan yang betul.

Astro Ria amat berbangga menayangkan sebuah program yang bukan sahaja dapat menguji minda para peserta, malah dapat mendidik mereka dan para penonton dalam aspek pengurusan pelaburan. RM1,000,000 Money Drop dijangka bakal mencetuskan fenomena baru dalam industri hiburan dan penyiaran tempatan.

Cash Pile Suka bermain bersama-sama dalam Permainan Play Along? Anda boleh bermain RM1,000,000 Money Drop pada bila-bila masa dan berlatih dengan Permainan Stand Alone pula.
icon Sertai Permainan Play Along dan menangi hadiah-hadiah menarik setiap minggu.
facebook Jadi peminat RM1,000,000 Money Drop di Facebook atau ikuti kami di Twitter untuk mendapatkan berita terkini mengenai RM1,000,000 Money Drop.

Berita Terkini

Pemenang iPad Terakhir!

Setelah 14 minggu RM1,000,000 Money Drop bersiaran. Rancangan permainan yang mencetuskan fenomena baru ini telah pun sampai ke penghujung musim yang pertama. Pelbagai ragam dan telatah dapat dilihat melalui peserta-peserta yang datang dari pelbagai latar belakang. Tahniah kepada pemenang dan cuba lagi kepada yang tewas sepanjang cabaran ini.

Permainan Play Along LIVE RM,1000,000 Money Drop juga sampai ke penghujungnya apabila pemenang terakhir diumumkan di sini. Tahniah kepada Nurul Atiqah Mohd Sabri atas kejayaan ini. Nurul Atiqah menerima hadiah berbentuk iPad! Kepada yang kurang berjaya, teruskan bersama kami di musim yang akan datang.

Terima kasih juga kepada semua penonton yang sentiasa menyokong rancangan ini selama 14 minggu bersiaran. Teruskan bersama Astro RIA (104) sepanjang tahun ini kerana banyak lagi program-program menarik yang bakal menemui anda!



Senarai Pemenang Mingguan

Twitter

Ikuti kami di Twitter
Twitter
Endemol