“Gegar Lawak”, Medan Kelahiran Pelapis Pelawak di Malaysia | Press Release | Mediaroom | Astro

“Gegar Lawak”, Medan Kelahiran Pelapis Pelawak di Malaysia

“Gegar Lawak”, Medan Kelahiran Pelapis Pelawak di Malaysia

14 kumpulan peserta yang terdiri daripada peserta solo, duo dan trio bakal berentap secara langsung di pentas “Gegar Lawak”, sebuah program realiti pertandingan pencarian bakat lawak terbaharu, mulai 19 Januari 2018 (Jumaat) di Astro Warna (saluran 123) dan Warna HD (saluran 134). Sebagai pilihan alternatif, ia juga boleh didapati di platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Nota Ringkas Gegar Lawak

  • Program “Gegar Lawak” merupakan sebuah platform baru untuk melahirkan barisan pelapis pelawak solo, duo dan trio dari negara Nusantara (Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura) dengan mencungkil, mengasah dan mengetengahkan bakat-bakat lawak ke dalam industri hiburan.
  • Sebanyak 14 kumpulan peserta telah terpilih untuk menyertai “Gegar Lawak” musim pertama yang mana mereka ini merupakan peserta dari Malaysia dan Indonesia. Mereka terdiri daripada lapan peserta solo, empat peserta duo dan dua peserta trio.
  • Kesemua peserta dipilih menerusi sesi uji bakat terbuka dan sesi uji bakat secara atas talian yang telah diadakan dari 19 hingga 26 November 2017, yang mana telah menyaksikan penyertaan lebih dari 700 peserta.
  • Bakal bersiaran secara langsung selama sembilan minggu, program ini akan menggandingkan pelakon popular tanah air, Kamal Adli dan pelawak hebat, Fad Bocey sebagai Pengacara program. Ini merupakan gabungan sulung Kamal dan Fad selepas masing-masing merangkul gelaran Juara dan Naib Juara untuk program Super Spontan Superstar 2017 baru-baru ini.
  • Dalam pada itu, empat orang pelawak terkemuka, Tauke, Nizam Jentik Jentik, Ali Puteh dan Dzawin akan menyarung jersi ‘Rakan Komedi’, dan tugas utama mereka adalah sebagai penasihat lawak yang akan membimbing & membantu peserta selain bertujuan untuk berkongsi idea, buah fikiran dan pendapat akan persembahan para peserta ketika sesi latihan. Dari situ, peserta boleh memperketatkan lagi corak persembahan masing-masing serta memantapkan persembahan lawak untuk dipersembahkan di pentas utama kelak.


Petikan Kenyataan Rasmi

Raqim Ahmad, Ketua Saluran Melayu Astro
“Beberapa program lawak yang diterbitkan oleh saluran Astro Warna sepanjang lebih satu dekad ini telah berjaya mencapai matlamat utama penerbitannya iaitu melahirkan pelawak yang berkaliber dan serba boleh. Kini, kami ingin meneruskan inisiatif yang telah diambil demi memastikan kelangsungan kehadiran bakat-bakat lawak untuk terus mewarnai industri hiburan tanah air menerusi program terbaharu, “Gegar Lawak”.

Program “Gegar Lawak” ini menjanjikan idea-idea lawak yang segar daripada muka-muka baru dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Saya percaya menerusi program ini, kita akan terus dapat meneruskan kesinambungan untuk mencungkil lebih banyak lagi bakat-bakat terpendam dalam diri setiap peserta seperti mengacara dan berlakon, bukan sekadar membuat lawak semata-mata.

Mereka inilah yang akan menjadi antara anak seni yang disegani dan memiliki nilai komersial yang tinggi pada suatu hari nanti, sama seperti apa yang telah dilalui oleh barisan pelawak kelahiran Astro Warna sebelum ini seperti Johan, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Jihan Muse, kumpulan Bocey, Fikry, Sepahtu dan ramai lagi.”



Ringkasan Format Program

  • peserta dikehendaki membuat persembahan sketsa lawak berdasarkan tema mingguan yang ditetapkan.
  • Setiap minggu, para peserta akan diadili oleh dua orang juri tetap dan seorang juri jemputan. Juri jemputan yang diundang merupakan mereka yang berpengalaman luas dan disegani dalam industri hiburan di Malaysia dan Nusantara (Indonesia, Singapura).
  • Pemberian markah daripada barisan juri merangkumi 70% daripada jumlah markah keseluruhan, manakala 30% adalah melalui undian sistem pesanan ringkas (SMS) daripada penonton.
  • Peserta dengan purata markah terendah pada setiap penghujung persembahan mingguan akan disingkirkan.


Hadiah Kemenangan

  • Juara - RM 50,000.00 dan sebuah trofi
  • Naib Juara - RM 25,000.00 dan sebuah trofi
  • Tempat Ketiga - RM 15,000.00 dan sebuah trofi
  • Tempat Keempat - RM 10,000.00 dan sebuah trofi
  • Tempat kelima - RM 5,000.00 dan sebuah trofi


Media Rasmi dan Penaja Gegar Lawak

  • Radio ERA hadir sebagai ‘Rakan Lawak’
  • KFC Malaysia merupakan ‘Penaja Gegar Lawak’ bagi program ini


Butiran Siaran

    “Gegar Lawak” akan mula dipancarkan secara langsung pada setiap hari Jumaat mulai 19 Januari 2018 jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 134). Program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

    Ikuti Berita Terkini Gegar Lawak'

    Gempak.com
    Gegar Lawak
    @zonlawak
    Facebook: PortalZonLawak
    Twitter: @zonlawak
    #GegarLawak, #GLWarna