ANGAH PENGEMUDI BAHARU ‘PAGI DI SINAR’ BERSAMA JEP DAN RAHIM | Press Release | Mediaroom | Astro

ANGAH PENGEMUDI BAHARU ‘PAGI DI SINAR’ BERSAMA JEP DAN RAHIM

ANGAH PENGEMUDI BAHARU ‘PAGI DI SINAR’ BERSAMA JEP DAN RAHIM

Bertempat di Umai Café Putrajaya, hari  ini merupakan siaran luar pertama yang dianjurkan oleh SINAR bersama barisan penyampai Pagi Di SINAR , Angah (Raja Lawak), Rahim dan Jep. Bermula seawal 5.30 pagi lagi, mereka telah berada di lokasi acara siaran luar untuk bertemu dengan para peminat yang rata-rata ingin bertemu mereka secara lebih dekat lagi.  Siaran luar pertama sempena permulaan tahun 2018 ini, turut dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan artis terkenal tanahair antaranya Siti Nordiana, Lan Solo dan Cherpen band. Sesi ramah mesra antara pengemudi baharu Pagi Di SINAR pada hari ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim para penyamapi segmen pagi SINAR bersama para peminat.

KATA ANGAH, PENYAMPAI PAGI DI SINAR,

 “Saya sangat teruja dan gembira apabila melihat sebegitu ramai orang yang hadir untuk menyaksikan saya dan rakan-rakan ke udara secara langsung di sini. Walaupun ini merupakan pertama kali saya bersiaran luar, saya bersyukur kerana dikelilingi rakan –rakan di SINAR yang banyak memberikan tunjuk ajar serta dorongan kepada saya. Kerjaya sebagai penyampai radio akan membuatkan saya lebih bersemangat setiap pagi untuk meneruskan perjuangan saya dalam bidang penyiaran ini. Terima kasih kepada semua peminat, rakan-rakan yang tidak henti-henti memberikan kata- kata semangat kepada saya”

SEGMEN-SEGMEN SINAR

Masa

Nama Segmen

Penyampai SINAR

Pagi Di SINAR

6 pagi – 10 Pagi

Angah, Rahim dan Jep

Sembang SINAR

10 pagi – 2 petang

Abby Fana

Santai SINAR

3 petang – 7 malam

SY & Cik Piah

SINAR Malam

8 malam – 12 tengah malam

Jamal Jamaluddin