GELOMBANG ASTRO RADIO TERUSKAN MISI TAWAN HATI PENDENGAR, ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar Kekal Momentum Dengan Sajian Menarik! | Press Release | Mediaroom | Astro

GELOMBANG ASTRO RADIO TERUSKAN MISI TAWAN HATI PENDENGAR, ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar Kekal Momentum Dengan Sajian Menarik!

GELOMBANG ASTRO RADIO TERUSKAN MISI TAWAN HATI PENDENGAR, ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar Kekal Momentum Dengan Sajian Menarik!

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Semenjak sedekad lalu, industri penyiaran radio telah dilihat sebagai suatu landasan yang menyumbang ke arah mempertingkatkan mutu muzik di Malaysia. Kelebihan yang ada pada stesen radio pada masa kini adalah bergantung dengan keunikan sesebuah stesen radio.  Begitu juga pedekatan yang diberikan oleh stesen- stesen bahasa Melayu Astro Radio, ERA  fm, Sinar FM dan THR Gegar.

Menurut Pegurus Rangkaian Astro Radio (ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar) Nazri Noran,

“Selain menyajikan lagu-lagu terkini yang digemari ramai, stesen- stesen bahasa Melayu di bawah naungan Astro Radio (ERA fm, Sinar FM, dan THR Gegar) mengambil inisiatif untuk mengekalkan momentum mereka sendiri. Bagi meneruskan misi seterusnya, kami tampil dengan memperkenalkan barisan penyampai radio yang ada gaya penampilan serta personaliti yang lebih segar dan ceria. Astro Radio yang menjadi penaung kepada tiga stesen berbahasa Melayu popular di Malaysia ini seperti ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar turut tidak ketinggalan memberikan sajian hidangan program-program menarik samada melalui siaran langsung di radio, sosial media mahupun secara ‘on ground’ khas buat pendengar. Ternyata, satu misi yang digalah oleh radio-radio berbahasa Melayu Astro Radio ini adalah untuk memikat hati pendengar kami.”

Selain menggalas tugas sebagai sebuah stesen radio yang memberikan muzik serta informasi berguna kepada pengguna, ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar tetap bertungkus- lumus dalam menyusun strategi demi kepuasan pedengar. Maka, untuk terus bertakhta di hati pendengar mengikut fokus dan kumpulan yang disasarkan, ketiga-tiga stesen ini melaksanakan tugas mereka dengan menganjurkan beberapa program-program menarik sepanjang tahun khas buat pedengar.

ERA fm akan  terus menambat hati pendengar Melayu! Stesen radio yang mengetengahkan ‘Muzik Hit Terbaik’ ini  menyajikan hidangan muzik dan hiburan kontemporari masa kini dan menjadi peneraju radio bahasa Melayu dengan 5.8 juta pedengar setiap minggu. Bermula April nanti, buatkali keduanya  pertandingan Juara JoHaRa dianjurkan. Johan, Haniff dan Ray menyeru para pedengar yang ingin mencabar diri mereka dengan menyertai pertandingan ini. Selama 2 minggu, JoHaRa akan bersiaran secara langsung di sekitar lokasi terpilih di seluruh Malaysia dan akan membawa satu cabaran baru. Cabaran-cabaran ini sangat menarik, peserta perlulah menggunakan kekuatan mental dan fizikal yang kuat dan sememangnya menguji kesabaran mereka. Inisiatif ini merupakan salah satu elemen penting bagi ERA fm untuk mengeratkan hubungan bersama pendengar. Bagi merebuat gelaran Juara JoHaRa, para peserta yang berjaya ke peringkat akhir dikehendaki beraksi dihadapan orang ramai disalah sebuah pusat membeli belah di luar kawasan Kuala Lumpur.

 Stesen nombor dua negara dengan 4.7 juta pedengar seminggu, Sinar FM kembali mengembara ke seluruh Malaysia sempena acara Jalan-Jalan Sepahtu Sinar 3. Bertemakan Duet Karaoke, Jep, Shuib dan Rahim selaku pengemudi Sepahtu Sinar akan memulakan jelajah mereka bermula April nanti untuk meneruskan misi pencarian juara Duet Karaoke. Siri jelajah ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pedengar Sinar FM yang setiasa menjadi tulang belakang stesen ini.

Manakala, THR Gegar  yang perkasa di Pantai Timur dan menjadi radio nombor satu di Pantai Timur dengan 2.8 juta pendengar turut memberikan sajian menarik buat pedengar. Sebagai hadiah buat warga Pantai Timur, stesen ini bakal menganjurkan sebuah konsert pada 15 April 2017 nanti. Antara artis yang bakal memeriahkan konsert tersebut adalah Khalifah, Projector Band, Azharina, Khai Bahar, Lovehunters, Wani Hasrita, Sherry Ibrahim, Ismail Izzani dan persembahan khas penyampai-penyampai THR Gegar. Konsert Pantai Timur ini  merupakan sebuah konsert yang sangat dinantikan oleh pendengar setia THR Gegar di kawasan Pantai Timur.

Gelombang Astro Radio ini ternyata bakal menggegarkan tanahair dengan hidangan –hidangan yang menarik demi memuaskan hati pedengar. Untuk sebarang keterangan lanjut mengenai  program-program yang bakal dilaksanakan, ikuti laman sosial ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar.