ERA fm SABAH BAKAL SAJIKAN KANDUNGAN LOKAL SEPENUHNYA, SIRI JELAJAH PENCARIAN PENYAMPAI PAGI ERA fm SABAH BERMULA 20 MAC 2017 | Press Release | Mediaroom | Astro

ERA fm SABAH BAKAL SAJIKAN KANDUNGAN LOKAL SEPENUHNYA, SIRI JELAJAH PENCARIAN PENYAMPAI PAGI ERA fm SABAH BERMULA 20 MAC 2017

ERA fm SABAH BAKAL SAJIKAN KANDUNGAN LOKAL SEPENUHNYA, SIRI JELAJAH PENCARIAN PENYAMPAI PAGI ERA fm SABAH BERMULA 20 MAC 2017

KOTA KINABALU, 14 Mac – Selaras dengan usaha Astro Radio untuk mengukuhkan kedudukan ERA fm sebagai stesen radio nombor satu pilihan pendengar di Malaysia, ERA fm telah memperluaskan capaian gelombang stesen ini dengan bersiaran dari Kota Kinabalu dan Sandakan. ERA fm Sabah mula bersiaran 3 jam program tempatan dan gelombang ini menjadi semakin hangat dengan menyajikan 13 jam kandungan tempatan yang menarik sehingga menjadikan stesen ERA fm Sabah stesen Berbahasa Melayu No. 1 di Sabah selama 6 tahun berturut-turut.

Bermula 24 April, stesen ini akan bersiaran dengan kandungan lokal sepenuhnya. Justeru itu, stesen ini bakal melaksanakan kempen Pencarian Penyampai Pagi ERA fm Sabah.

Menurut Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, “Tahniah saya ucapkan kepada ERA fm Sabah kerana dapat melaksanakan kempen lokalisasi ini. Saya percaya stesen ERA Sabah mampu mengekalkan momentumnya sebagai stesen No.1 di Sabah. Sabah merupakan sebuah negeri yang cantik dan dengan inisiatif sebegini  akan mengangkat budaya, bahasa, dan warisan negeri Sabah.

Kata Pengurus Besar Astro Radio, Hafizuddin Nizamuddin pula, “Melalui ERA fm Sabah, pendengar yang menetap di kawasan bandar mahupun pedalaman dapat mendengar rancangan dan muzik tempatan yang diputarkan oleh para penyampai radio. Dengan berbesar hati, kami bakal membawakan kandungan tempatan sepenuhnya yang memfokuskan keunikan yang ada di bumi Sabah ini. Bukan itu sahaja, kami turut melancarkan sebuah kempen Pencarian Penyampai Pagi ERA fm Sabah.  Tidak dinafikan, bahawa ramai bakat-bakat di Sabah ini yang boleh diasah untuk diangkat sebagai wajah masa depan kami. Maka, ini lah peluang kepada anak-anak Sabah yang ingin mencuba nasib terutamanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai radio.”

Menurut Encik Akip Bin Ismaila selaku Pengarah Eksekutif Sazarice dan Sabarice yang merupakan penaja utama bagi kempen ini, “Program ini adalah satu permulaan yang baik untuk mencungkil bakat anak-anak muda di Sabah. Kempen Pencarian Penyampai Pagi ERA fm Sabah yang memerlukan 100 peratus kandungan lokal sememangnya bersesuaian dengan imej dan jenama produk Sazarice dan Sabarice yang merupakan 100% syarikat tempatan.”

Siri jelajah pencarian ini bakal bermula di beberapa kawasan sekitar Kota Kinablu untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang bakal menghiasi wajah ERA fm Sabah sebagai penyampai radio.

SENARAI LOKASI UJIBAKAT PENCARIAN PENYAMPAI PAGI ERA fm SABAH

Tarikh

Lokasi

Masa

20 Mac 2017

CKS Dongongan

5 petang – 7 malam

21 Mac 2017

Centre Point

5 petang – 7 malam

22 Mac 2017

Servay Patutan

5 petang – 7 malam

23 Mac 2017

Universiti Malaysai Sabah (UMS)

12 tengahari – 2 petang

24 Mac 2017

Genting Mas Sandakan

Harbour Mall

2  – 4 petang

5 petang – 7 malam

Untuk sebarang maklumat mengenai kempen-kempen anjuran ERA fm Sabah, sila layari www.era.fm dan ikuti lama sesawang ERA fm Sabah di Facebook, Instagram dan Twitter serta dengarkan ERA fm di frekuensi di tempat anda. Kempen Pencarian Penyampai Pagi ERA fm Sabah turut mendapat sokongan, Rojak Daily Kaw selaku rakan digital. .