Julung kalinya bersiaran di Astro Ria para penonton dapat menyaksikan siapakah di antara 2 peserta teratas ini bakal dinobatkan gelaran Masterchef Malaysia yang pertama sekaligus menjuarai hadiah bernilai RM100,000 dan menerbitkan buku masakan sendiri. Dengan tema “The Meal Of Your Life”, 2 peserta ini harus merekacipta menu dan resipi masing-masing untuk dihidangkan kepada 40 tetamu yang hadir. 2 peserta ini turut dibantu oleh 10 peserta yang pernah tersingkir iaitu Deena, Zamir, Ary, Shahriah, Danial, Amita, Felix, Brian, Azilah dan Imelda. Siapakah salah seorang daripada 2 peserta yang teratas ini berjaya merealisasikan impian bergelar juara.
JAN07
Episod 65: Kuliah Master
Pada Kuliah Master yang ke-11 ini penonton bakal menyaksikan kehebatan Chef Eksekutif dari UPM iaitu Chef Abdul Kadir menyediakan Ikan Kod Stim Bersalut Salad Mangga Muda. Sementara itu Chef Zubir akan berkongsi resipi Sup Ayam Kelapa Muda Bersantan dengan Daging Panggang Merah Ala Thai. Tonton juga keunikan dan teknik yang betul menyediakan Puff Krim oleh Chef Jo.
4 peserta yang tinggal diberi 2 peti saji misteri. Dalam masa 2 jam mereka perlu menyediakan 2 hidangan menggunakan semua bahan yang terdapat dalam peti saji tersebut. Bahan tersebut ialah bawang kuning, santan, telur dan daging ayam. Kemunculan istimewa juara Masterchef Australia musim kedua, Adam Liaw sangat menguja para peserta. Bersama juri tetap, Adam akan mengadili 4 peserta ini. Mampukah Ezani, Wahidan, Zamir dan Amita menyahut cabaran ini seterusnya mara ke peringkat akhir.
Dari ribuan yang hadir ke ujibakat hanya 6 peserta yang masih tinggal untuk ke Cabaran Sajian Luar yang terakhir buat 6 peserta yang teratas. Peserta dibawa ke Melaka bandaraya bersejarah iaitu Hotel Casa Del Rio. Bertemakan “River Grill Signature” Pasukan Merah dan Biru perlu menyediakan sajian dari resipi Chef Eksekutif, Chef John Edward. Felix memimpin Pasukan Merah yang dianggotai oleh Imelda dan Zamir. Manakala Pasukan Biru yang terdiri daripada Ezani, Wahidan dan Amita. Pasukan yang tewas akan memasuki pusingan penyingkiran yang mana 2 peserta bakal disingkirkan dalam episod ini.
Saksikan bagaimana 4 peserta mengendalikan teknik de-bone daging biri-biri. Dalam peringkat pertama di antara Felix, Ary, Imelda dan Zamir, siapakah yang paling cekap dan mahir memisahkan isi daging biri-biri daripada tulangnya. Pada peringkat kedua pula, 3 peserta sahaja dikehendaki memasak daging tersebut. Hidangan siapakah yang dapat memikat hati juri sekaligus menyelamatkan peserta daripada tersingkir.
DIS31
Episod 61: Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa
Daripada 24 peserta, kini cuma tinggal 7 peserta yang teratas. Ary, Imelda, Wahidan, Felix, Amita dan Ezani mencatur nasib menghidangkan sajian bertemakan masakan Thailand. Siapakah salah seorang peserta yang akan beroleh kejayaan cemerlang dalam cabaran Peti Saji Misteri sekaligus terkecuali memasuki pusingan Ujian Cipta Rasa. Seterusnya peserta manakah yang dapat menyediakan resipi Cream Puff yang paling gebu dan menyelerakan.
DIS31
Episod 60: Kuliah Master
Tiada jalan mudah untuk merintis kejayaan bagi mendapatkan gelaran Chef, maka itu para peserta Masterchef Malaysia sangat bertuah diberi bimbingan dan tunjuk ajar selama berada di sini. Chef Jo yang menjadi mentor dan pencetus ilham kepada para peserta menampilkan sajian Belut Panggang dan Cendawan Quiche. Manakala Chef Zubir pula menghidangkan Tuna Masak Dua Cara. Chef jemputan yang diterbangkan khas dari Restoran Champor Champor, London Bridge iaitu Chef Amran Hassan memberi sentuhan kreatif pada sajian Ikan Siakap Rebus, Ikan Pekasam dan Sos Hollandaise.
DIS28
Episod 59: Ujian Kemahiran & Penyingkiran
Chef Eksekutif, Chef Mozart dari Cyberview Lodge Resort & Spa menyambut kehadiran pasukan Biru yang meraikan kemenangan di kem tentera.
Sementara itu kesemua ahli Pasukan Merah iaitu Imelda, Amita, Felix dan Brian diberi daging lembu untuk diuji kemahiran memotong, menimbang sukatan yang betul dan kemudiannya menghidangkan daging tersebut dalam keadaan separuh masak, masakan medium dan masak sepenuhnya. Potongan daging dan teknik siapakah yang menepati piawaian para juri.
DIS27
Episod 58: Cabaran Sajian Luar
Bertemakan survival lunch Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Kem Sirasa, Port Dickson memetrikan 2 pasukan mencuba nasib menyajikan hidangan istimewa kepada wira-wira negara. Buat tiga minggu berturut-turut Zamir diberi amanah selaku ketua pasukan memimpin Ary, Wahidan dan Ezani. Imelda pula terpilih selaku ketua untuk kali kedua dan beliau memimpin Amita, Felix dan Brian. Turut diundang memeriahkan cabaran tersebut ialah Chef Zahed, pegawai yang bertugas bersama-sama wira-wira negara.
DIS26
Episod 57: Cabaran Chef Selebriti
Selepas terbukti kejayaan Deena dan Amita dalam Cabaran Chef Selebriti, mampukah Zamir mengejar impian mendapatkan Pin Kebal dan mengalahkan Sous Chef, Chef Ramu dari Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur ini. Saksikan bagaimana Chef Ramu menurunkan ilmu dan kaedah yang betul kepada Zamir semasa menyediakan masakan India iaitu Daging Kambing Panggang Berempah Masalah, Cutlet Bayam, Sayur Parkoras Goreng, Sos Dadih Pudina dan Raita.
DIS25
Episod 56: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Kemunculan Chef Mat, pakar menebar Roti Canai yang tersohor ini menunjukkan aksi dan kesenian membuat roti canai sangat memukau para peserta Masterchef Malaysia. Roti canai siapakah yang bakal memisahkan ikatan mesra antara Wahidan dan Danial serta memusnahkan harapan untuk bergelar juara selamanya.
DIS24
Episod 55: Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa
Cuba menzahirkan apa yang dipelajari selama berada di dapur Masterchef, apakah kejutan yang menanti 9 peserta dalam cabaran Peti Saji Misteri. Diberikan tempoh memasak selama 30 minit dan dibenarkan mengambil apa sahaja bahan-bahan di pantri, saksikan sajian hebat para peserta ini.
Seterusnya dengan tema masakan Jepun, Chef Mohd Daud Ahmad dari Sagano, Renaissance Kuala Lumpur diundang mengadili hidangan Ujian Cipta Rasa. Peserta yang memenangi Peti Saji Misteri perlu menentukan 1 di antara 3 bahan iaitu tako (octopus), tuna dan daging yang perlu dimasak selama 45 minit dalam ujian kali ini.
DIS24
Episod 54: Kuliah Master
Terbukti kreadibiliti Chef Jo sukar ditandingi bila mana para peserta memuji kelazatan hidangan Kek Labu Berkeju bersama Krim Karamel. Para peserta juga berpeluang menuntut ilmu kulinari dengan kemunculan Chef Duta Mychef iaitu Chef Liza Zainol yang memasak Nasi Berbawang dan Ayam Mentega. Chef Zubir pula menyediakan Lidah Lembu Bersalut Telur dengan Mee Sua Dan Sup Perut Lembu.
DIS21
Episod 53: Penyingkiran
Pasukan Biru yang berjaya mendominasikan kemenangan diundang makan tengahari di Restoran Subak bersama Chef Eksekutif, Chef Hassan Abdullah. Manakala Pasukan Merah memasuki pusingan penyingkiran.
Para juri sering berpesan, kepakaran memasak akan lebih terserlah jika peserta mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang ini. Oleh itu kelima-lima peserta diuji kemahiran masing-masing dalam mengenalpasti ramuan rempah ratus dan tumbuhan berubi/berakar. Antara bahan yang perlu mereka namakan ialah Wai San, Akar Bit, Kulit Kayu Manis, Lada Hijau, Buah Berangan Kering, Jintan Putih, Biji Sawi, Jintan Manis dan Buah Pelaga.
DIS20
Episod 52: Cabaran Sajian Luar
Kemeriahan Cabaran Sajian Luar diserikan dengan kemunculan para peserta Maharaja Lawak Mega. Bertempat di The Royal Theatre Shah Alam dengan masa memasak selama 2 ½ jam, para peserta Masterchef Malaysia perlu menyediakan hidangan berkonsepkan masakan Asian.
Buat kali kedua Amita bertindak memimpin Pasukan Biru dengan barisan ahli terdiri daripada Danial, Wahidan, Imelda dan Felix. Begitu juga bagi Zamir yang sekali lagi terpilih selaku ketua pasukan cuba mencatur amanah dan memikul tanggungjawab memimpin Ezani, Ary, Shahriah dan Brian. Dengan kualiti menu yang ditonjolkan, hidangan pasukan manakah yang bakal mendapat sambutan hangat Maharaja Lawak Mega.
Sekali lagi Prof. Madya Dr. Shahrim Karim, Konsultan Makanan dan Kulinari dari Universiti Putra Malaysia diundang memberi tips dan teguran bernas kepada para peserta.
DIS19
Episod 51 : Cabaran Chef Selebriti
Kata-kata perangsang seorang chef ternama yang sering mengharumkan nama negara, Dato’ Chef Ringo Kaw cukup memberangsangkan para peserta Masterchef Malaysia. Kepakaran ilmu kulinari Dato’ Chef Ringo sangat dikagumi. Maka itu tidak hairanlah jika Dato’ kini merupakan Pengarah Eksekutif di Restoran Atmosphera 360 di Menara Kuala Lumpur.
Dengan konsep masakan Cina iaitu Kepak Ayam Inti Udang Harimau dan Poket Harta bolehkan Amita memfokuskan diri serta mencuba nasib mendapatkan Pin Kebal. Pencapaian ini yang cukup membanggakan Amita kerana buat kali kedua layak menempatkan diri di dalam Cabaran Chef Selebriti. Turut bersama mengadili hidangan Amita ialah Chef Yusoff Lau Abdullah, pemilik Restoran Homst yang mahir dalam masakan Cina Muslim.
DIS18
Episod 50: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Ketidakseimbangan menepati kualiti dan standard para juri dalam penyajian Kupang bakal mengakibatkan seorang peserta terkandas meneruskan perjuangan di Masterchef Malaysia. Siapakah di antara Imelda, Deena, Brian dan Felix yang akan melalui saat getir dalam penyingkiran ini, sekaligus memadamkan impian untuk mara ke tahap seterusnya.
DIS17
Episod 49: Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa
Episod kali ini memperlihatkan daya kreativiti peserta dalam menggabungkan elemen tertentu semasa menyediakan Labu dalam Peti Saji Misteri. Kemenangan memihak kepada peserta dari Sabah. Beliau harus bijak untuk menentukan organ dalaman daging lembu yang mana satukah wajar dipilih untuk Ujian Cipta Rasa. Adakah beliau memilih perut atau lidah atau mungkin jantung lembu. Saksikan seorang peserta comel daripada 11 peserta yang menepati ramalan penonton untuk menjulang kejayaan sekaligus melayakkan diri ke Cabaran Chef Selebriti.
DIS17
Episod 48: Kuliah Master
Penonton pasti terpukau dengan kemahiran memasak para Chef yang akan dipaparkan dalam Kuliah Master kali ini Chef Zamzani, Duta Chef Mychef menghidangkan Daging Klasik Stroganoff bersama Pasta Labu. Saksikan juga keenakan Mousse Coktat, air tangan Chef Jo. Chef Riz pula menyajikan Kufli Pelaga bersama Nan Hyderabad.
DIS14
Episod 47: Ujian Rasa & Penyingkiran
Kekalahan Pasukan Merah telah meletakkan Wahidan, Azlina dan Shahriah ke pusingan penyingkiran. Mereka perlu menginovasi hidangan Nasi Ambeng. Turut mengadili mereka ialah tetamu khas iaitu Chef Salji Ramli, pemilik Kafe Red Onion yang berkemahiran dalam bidang kulinari. Kentalkah diri 3 peserta ini menghadapi pusingan penyingkiran dan mengharmonikan ramuan Nasi Ambeng masing-masing.
DIS13
Episod 46: Cabaran Sajian Luar
Berkonsepkan Take Home Chef, 12 peserta diuji lagi dalam Cabaran Sajian Luar. Kali ini Pasukan Merah yang diwakili oleh Shahriah selaku ketua, Wahidan, Danial, Deena, Azlina dan Amita bertandang ke rumah pelakon dan selebriti popular Sazzy Falak. Manakala Azura Zainal dikunjungi oleh Pasukan Biru yang terdiri daripada Zamir sebagai ketua, Brian, Imelda, Ezani, Ary dan Felix. Turut memeriahkan episod kali ini, seorang pakar pemakanan iaitu Prof. Madya Dr. Shahrim Karim, Konsultan Makanan dan Kulinari dari Universiti Putra Malaysia.
DIS12
Episod 45: Cabaran Chef Selebriti
Zamir, peserta dari Shah Alam ini bakal berentap dengan Chef Nazeri. Eksekutif Chef yang didatangkan khas dari Pulau Pinang merupakan Perunding Makanan Pastri yang sangat berpengalaman. Kagum dengan semangat kental Zamir, mampukah beliau memasak Chef Nazeri iaitu Trio Dimensi.
DIS11
Episod 44: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Kegagalan menyediakan hidangan daripada air mawar yang dipilih oleh Saiful telah menempatkan 4 peserta ini dalam pusingan penyingkiran. “Sempurnakan Hidangan Ini” bermaksud Zuraidah, Brian, Amita dan Saiful perlu menambah lagi 8 bahan yang ‘hilang’ daripada Sos Spaghetti Bolognese yang disediakan. Antara bahan yang perlu dimasukkan ialah bawang, celery, lada hitam, daun bay, serbuk paprika, tomato tanpa kulit, garam dan tepung gandum. Selamatkah Saiful dalam proses menyempurnakan hidangan tersebut. Bagaimana pula nasib Zuraidah, seorang peserta paling senior dan dianggap ‘kakak’ ini.
DIS10
Episod 43: Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa
Para juri sering berpesan setiap peserta harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam menyajikan sebarang tema hidangan sama ada Oriental, Barat, Asean, Arab, Jawa dan sebagainya. Maka itu dalam Masterchef para peserta diuji menyediakan hidangan yang terdapat dalam Peti Saji Misteri iaitu Mentega, Coklat Putih, Limau Purut, Serbuk Koko dan Udang Galah. Siapa sangka peserta dari Sabah ini sangat bertuah menunjukkan skill dalam cabaran Peti Saji Misteri sekaligus berpeluang menentukan 1 daripada 3 bahan dalam Ujian Cipta Rasa. Apakah yang dipilih oleh beliau untuk tema masakan India. Adakah Air Mawar atau mungkinkah Kacang Munggal atau Saffron yang menjadi pilihan. Siapa pula peserta lelaki yang sangat menyerlah sehingga terpilih sebagai pemenang bagi Cabaran Chef Selebriti.
DIS10
Episod 42: Kuliah Master
Selama hampir 4 dekad menceburi bidang ini, Chef Jo tampil dengan 2 resipi istimewa iaitu Lobak Puyuh dan Dumpling Puyuh bersama Sos Manis Masam Delima. Chef Riz pula menghidangkan Mexican Small Bites. Chef Zubir pula membawa para peserta dari Pasukan Biru ke Restoran beliau iaitu Laman Grill. Di restoran tersebut Chef Zubir menunjukkan kepakaran menyediakan Hirisan Daging Panggang Fillet Cendawan Siew Mai dan Sos Benggala Berherba.
DIS7
Episod 41: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Episod ini memperlihatkan Pasukan Merah yang tewas 1 mata dengan Pasukan Biru perlu menghadapi Penyingkiran. Dengan masa memasak selama 45 minit para peserta harus melalui Ujian Sajian Pantas bagi membuktikan sama ada mereka terus layak berada dalam Masterchef Malaysia. Atas dasar persahabatan Danial bermurah hati menyerahkan bendera kelahiran Wahidan iaitu Sabah, Kelantan kepada Deena, Melaka kepada Amita, Johor untuk Shahriah, Sarawak pula buat Zuraidah dan Zamir mendapat bendera kelahiran bapanya, Terengganu. Manakala Danial memilih Negeri Sembilan sedangkan beliau sendiri belum pernah mencuba memasak sajian dari negeri tersebut.Bertemakan bendera negeri, para peserta perlu memasak 1 hidangan negeri tersebut. Selamatkah Amita yang pertama kali memasuki pusingan penyingkiran, bagaimanapun Zamir yang telah 5 kali melalui penyingkiran.
DIS6
Episod 40: Cabaran Sajian Luar
Saksikan bagaimana kecohnya dua pasukan berentap mengatur strategi dalam menghidangkan sajian BBQ semasa pertandingan Paintball di Taman Botani Negara, Shah Alam. Yakin dengan kewibawaan diri, Danial memimpin Pasukan Merah yang dianggotai oleh Wahidan, Shahriah, Zuraidah, Amita, Zamir dan Deena. Sos BBQ siapa paling sedap dan lazat yang sangat memikat hati para pemain? Hidangan pasukan manakah yang paling menakjubkan? Adakah aroma masakan panggang Pasukan Merah atau air tangan Pasukan Biru? Pasukan manakah yang berjaya meraih undi terbanyak dalam Cabaran Sajian Luar ini?
DIS5
Episod 39 : Cabaran Chef Selebriti
Menaruh harapan yang menggunung mampukah Danial menggapai impian merebut Pin Kebal dalam Cabaran Chef Selebriti. Kemunculan Eksekutif Chef Sabri Soid dari Royale Chulan, Kuala Lumpur, mempertaruhkan hidangan istimewa iaitu Rusuk Kambing ala Noissete. Chef Sabri merupakan seorang chef yang mempunyai kepakaran dalam hidangan Perancis. Temui juga Chef Muhamad Rasidi Manap dari FAMA yang akan bertindak selaku juri jemputan yang sama-sama mengadili hidangan Danial.
DIS4
Episod 38: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Kelalaian Saiful, ketidakpekaan Kamaruzzaman dan Azlina yang kurang memahami tema dan kehendak juri telah menyebabkan mereka menempah tempat ke Ujian Sajian Pantas. Dengan tema masakan Mexico, mereka diminta memasak 1 hidangan berdasarkan hidangan contoh yang dipamerkan. Adakah kelebihan akan memihak kepada Saiful yang kerap memasuki pusingan penyingkiran berbanding Azlina dan Kamaruzzaman yang baru pertama kali tersenarai di zon bahaya ini.
DIS3
Episod 37: Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa
Dengan 10 bahan tambahan dan 45 minit masa memasak, mampukan para peserta menggunakan semua bahan yang terkandung dalam Peti Saji Misteri iaitu burung puyuh, lengkuas, fucuk, delima dan wantan. Sekali lagi peserta dari Sarawak ini berjaya terpilih sebagai pemenang dalam cabaran Peti Saji Misteri. Bertemakan menu Oriental, beliau perlu membuat pilihan yang mana satukah daripada 3 bahan yang ditunjukkan bakal menjadi bahan penting dalam ujian seterusnya. Adakah Gamat atau mungkinkah beliau akan memilih Obor-Obor atau Ketam Berkulit Lembut sebagai sajian dalam Ujian Cipta Rasa.
DIS3
Episod 36: Kuliah Master
Kehadiran Chef Eksekutif, Chef Muluk yang peramah ini amat menambat hati dan menceriakan para peserta Masterchef. Dengan kaedah memasak yang cepat dan pantas Chef Muluk menyajikan 2 hidangan istimewa iaitu Sotong Sumbat Maggi Bersama Sambal Tumis Petai dan Maggi Goreng Ala Jepun. Sementara itu Chef Riz pula menurunkan ilmu memasak Daging Ribeye Tiga Rasa dan Seafood Boullibaise merupakan hidangan istimewa Chef Zubir dalam Kuliah Master ini.
NOV30
Episod 35: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Setelah menjuarai Cabaran Sajian Luar, Pasukan Biru berpeluang menjamu selera di Restoran Gecko. Sementara itu Pasukan Merah berada dalam situasi mencemaskan apabila para juri meminta Zahin selaku ketua pasukan untuk menamakan 4 ahli bagi menghadapi Ujian Sajian Pantas. Mereka perlu menyediakan sejenis pasta. Siapakah yang diputuskan oleh Zahin memasuki penyingkiran dan siapakah pula peserta yang bakal kandas dalam meneruskan perjuangan di Masterchef Malaysia.
NOV29
Episod 34: Cabaran Sajian Luar
Kehadiran selebriti popular seperti Farid Kamil, Hazama, Dina, Lena dan ramai lagi menyemarakkan kehangatan parti Black Tie dengan hidangan eksklusif Signature dan Fortune. Amita, ketua Pasukan Biru memilih hidangan bertemakan Signature. Manakala Zahin bersama Pasukan Merah menampilkan hidangan Fortune. Setiap pasukan perlu menyediakan 1 hidangan pembuka selera, 1 hidangan utama dan 1 hidangan pemanis mulut.
NOV28
Episod 33: Cabaran Chef Selebriti
Berjayakah peguam muda yang comel ini bertanding menentang kreadibiliti Chef Zam Zam, chef yang cukup handal dan pakar masakan Melayu dari Ilham Resort Teluk Biru, Port Dickson Negeri Sembilan. Ayam Tanjung Biru adalah nama Signature Dish yang direka oleh Chef Zam Zam. Dengan tunjukajar Chef Zam Zam, berjayakah hidangan Amita merebut Pin Kebal.
NOV27
Episod 32: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Kesegaran ulam-ulam untuk disajikan sebagai salad atau sayur dalam masakan tempatan telah dipamerkan kepada Raymond, Shahriah dan Wahidan. Bertema Masakan Kampung dan peruntukkan masa selama 2 minit sahaja mereka dibenarkan mengambil 12 bahan tambahan lain di dalam pantri. Dapatkah Raymond, anak kota ini mengatasi Wahidan, pekebun sayur yang berasal dari pendalaman atau mungkinkah novelis, Shahriah terus bertahan memperjuangkan nasibnya dalam Ujian Sajian Pantas ini.
NOV26
Episod 31: Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa
Siapakah 5 di antara 17 peserta yang berjaya menambat hati para juri untuk hidangan Peti Saji Misteri mengandungi Ribeye Beef, Cili Mexico, Pear, Kulit Pastri dan Krim Cendawan. Dengan tema Kenangan Manis, siapakah peserta yang layak menentukan 1 daripada 3 bahan penting untuk menyajikan pemanis mulut dalam Ujian Cipta Rasa. Sekiranya terpilih sebagai johan dalam Ujian Cipta Rasa, seorang peserta akan mara merebut Pin Kebal dalam Cabaran Chef Celebriti nanti.
NOV26
Episod 30: Kuliah Master
9 anggota Pasukan Biru iaitu Saiful, Deena, Kamaruzzaman, Wahidan, Amita, Zuraidah dan Felix begitu ceria dan gembira kerana seronok bersama Chef Florence di The Tranquerah Restaurant. Chef Florence yang sangat terkenal itu telah menurunkan ilmu memasak Ikan Gerang Asam.
Chef Zubir dan Chef Jo pula memberikan tips memasak yang sangat berguna kepada 8 peserta yang lain di dapur Masterchef. Chef Zubir menyajikan Paella Valenciana, sementara Chef Jo pula menyediakan Puding Roti Savory.
NOV23
Episod 29: Uji Rasa & Penyingkiran
Kekalahan tipis dengan Pasukan Biru telah meletakan Pasukan Merah dalam tahap bahaya. Semua peserta pasukan Merah perlu berhadapan Uji Rasa iaitu menamakan buah-buahan (Fruits of the world). Terdapat sebanyak 48 jenis buah-buahan yang diletakkan di hadapan peserta. Dengan keputusan kalah mati 9 peserta iaitu Raymond, Ary, Shahriah, Nik, Brian, Zamir, Zahin, Emelda dan Azlina perlu menamakan buah-buahan tersebut.
NOV22
Episod 28: Cabaran Sajian Luar
Lokasi kali ini ialah di Central Market, Kuala Lumpur. Peserta yang terbahagi kepada 2 pasukan dikehendaki memasak Snek Malaysia iaitu savoury dan hidangan pemanis mulut untuk 150 orang pelanggan. Hidangan mereka akan dinilai oleh para pelanggan di lokasi tersebut.Ary yang mengetuai Pasukan Merah memberi peluang kepada Saiful mengepalai Pasukan Biru.
NOV21
Episod 27: Cabaran Chef Selebriti
Jelas sekali ilmu kulinari dan kepakaran dalam bidang pastry selama bertahun-tahun telah meletakkan Chef Ineh Bibi sebagai seorang chef yang sangat dikagumi. Dari raut wajah dan kelembutan jari jemari Chef Ineh menyediakan Kek Berperisa Pear dan Halia, berjayakah Ary menandingi Chef Ineh yang didatangkan khas dari Restoran Top Hat ini.
NOV20
Episod 26: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Jika negara Eropah berbangga adanya keju Parmesan, kaum Jepun dengan Wasabi, masyarkat Melayu juga harus menyedari bahawa belacan merupakan antara 1 bahan pelengkap dalam hidangan. Maka, 5 peserta akan diuji kehebatan menyediakan hidangan dengan menggunakan belacan dalam Ujian Sajian Pantas. Siapakah di antara Felix, Saiful, Nik, Deena dan Zahin yang bakal terkeluar.
NOV19
Episod 25: Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa
Hanya tinggal 18 peserta sahaja minggu ini. Ikuti perkembangan peserta dalam Peti Saji Misteri yang mengandungi roti, sosej dan root vegetables. Para peserta perlu menonjolkan kemampuan bersaing untuk mendapat peluang berada di dalam pantry selama 5 minit dalam cabaran berikut.
Seterusnya, bertemakan masakan ikan sungai peserta yang memenangi Peti Saji Misteri perlu memilih sejenis sahaja sama ada ikan haruan, ikan keli atau ikan talapia untuk Ujian Cipta Rasa.
NOV19
Episod 24: Kuliah Master
Kuliah Master kali ini menyaksikan Chef Zubir menyediakan hidangan lazat, Timbale Udang Harimau dengan Salad Ayam Buah Pear dan Sos Coulis Kacang Hijau. Sementara itu Chef Jo memasak hidangan tempatan yang cukup enak dan menyelerakan iaitu Daging Panggang Kicap.
Chef Riz tidak kurang hebat bila mana berjaya memikat peserta dengan hidangan Ubi Kayu Gnocchi Burro E Salvia.
NOV16
Episod 23: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Strategi susun atur kerusi meja para pelanggan dan kelebihan memiliki 10 anggota memberi kekuatan kepada Pasukan Merah untuk mengalahkan Pasukan Biru yang hanya mempunyai 9 anggota. Pasukan Merah diberi penghormatan untuk makan tengahari di Restoran Meatworks. Tewas dengan peratusan undian yang tipis telah meletakkan Pasukan Biru ke pusingan penyingkiran.
Juri sebulat suara memilih lima peserta memasuki penyingkiran. Mereka perlu menghidangkan masakan menggunakan bahan utama iaitu mee segera perisa kari. Masa memasak yang diberikan ialah 20 minit sahaja.
NOV15
Episod 22: Cabaran Sajian Luar
Bertindak pantas menerima pesanan makanan daripada para pelanggan, mampukah kedua-dua pasukan ini menyajikan hidangan kepada para pelajar kulinari di Taylors College. Ezani telah memilih Shahriah sebagai ketua pasukan Biru untuk menentang pasukan Merah yang dipimpin oleh beliau. Shahriah bersama Ary, Azlina, Mastura, Zamir, Kamaruzzaman, Brian, Zahin dan Deena cuba menonjolkan kehandalan menentang Ezani yang memimpin pasukan Merah bersama Imelda, Felix, Wahidan, Nik, Zuraidah, Raymond, Saiful, Danial dan Amita.
Berjayakah strategi masing-masing dalam menawan hati pelanggan.
NOV14
Episod 21: Cabaran Chef Selebriti
Berbekalkan bakat sedia ada mampukah Ezani, doktor muda ini mencedok pengalaman dan kreativiti Chef Selebriti dari Taylors College ini. Chef Zaishahrizal Zamani yang pakar dalam sajian Itali telah mengenengahkan masakan Pasta Tagliatelle beserta Ayam Panggang Sumbat dan Mousse Hati Ayam.
NOV13
Episod 20: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
3 peserta yang berada di bawah dalam cabaran sebelum ini harus melalui Ujian Sajian Pantas. Episod ini menyaksikan Terrence, Zamir dan Mastura perlu menyediakan hidangan istimewa Chef Selebriti Siti Masturah Alwi. Kegagalan menyajikan Flaky Pastry with Filling & Dessert menyebabkan salah seorang daripada mereka akan tersingkir dalam pertandingan ini.
NOV13
Episod 19: Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa
Hanya tinggal 20 peserta lagi meneruskan perjuangan untuk merebut tempat pertama dalam Masterchef Malaysia. Hari ini mereka dikehendaki memasak 1 di antara 5 bahan yang terdapat dalam Peti Saji Misteri iaitu udang, kaki ayam, minyak masak Newvida, sooun dan jagung. Berdasarkan kreativiti persembahan para juri telah menilai 5 hidangan sahaja untuk dirasai dan dinilai. Zuraidah, Imelda, Terrence, Felix dan Mastura cuba mempertaruhkan hidangan masing-masing. Dalam menghadapi Ujian Cipta Rasa pula, di antara durian, ubi kayu dan nangka, bahan manakah yang menjadi pilihan.
NOV12
Episod 18: Kuliah Master
Kehadiran Chef Anis Nabila ke dapur Masterchef Malaysia untuk menunjukkan demo bagaimana menyediakan hidangan Masak Lemak Daging Salai. Kepetahan dan keramahan Chef Selebriti yang kecil molek ini amat menghiburkan hati para peserta.
Dengan tema masakan Cina, Chef Riz menyediakan sajian Awan Dahlia. Manakala Chef Jo menghidangkan Burger Sayuran (Vege Burger) yang sesuai untuk dihidangkan kepada kanak-kanak.
NOV9
Episod 17: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Deena yang mempunyai kekuatan anggota seramai 11 peserta yang terdiri daripada Azlina, Kamaruzzaman, Terrence, Amita, Raymond, Ary, Shahriah, Mastura, Nik dan Zahin telah meranapkan impian Pasukan Merah. Pasukan Biru yang menjuarai Cabaran Sajian Luar ini kemudiannya beroleh hadiah kemenangan yang merupakan makan tengahari bersama Eksekutif Chef Zulkifli Razali di Restoran Bijan.
Manakala Pasukan Merah yang tewas akan memasuki Ujian Sajian Pantas yang memerlukan para peserta menyajikan hidangan Burger Mewah. 10 peserta dari Pasukan Merah ialah Brian, Ezani, Azilah, Zamir, Danial, Wahidan, Felix, Imelda, Saiful dan Zuraidah.
Impian siapakah yang bakal ranap dan musnah dalam episod ini?
NOV8
Episod 16: Cabaran Sajian Luar
Episod ini memaparkan bagaimana semangat berpasukan diuji dalam Cabaran Sajian Luar semata-mata untuk meraih undian kanak-kanak tadika di Putrajaya. Setiap pasukan perlu menyediakan menu yang sihat dan bersesuai untuk kanak-kanak.
Deena yang mengetuai pasukan Biru telah mencabar Brian selaku ketua pasukan Merah. Deena bersama 10 peserta iaitu Azlina, Kamaruzzaman, Terrence, Amita, Raymond, Ary, Shahriah, Mastura, Nik dan Zahin bergabung tenaga memasak.
Pasukan Biru juga mempunyai kelebihan 1 ahli berbanding Pasukan Merah yang hanya dianggotai oleh 10 peserta sahaja iaitu Brian, Ezani, Azilah, Zamir, Danial, Wahidan, Felix, Imelda, Saiful dan Zuraidah.
NOV7
Episod 15: Cabaran Chef Selebriti
Deena yang memenangi Ujian Cipta Rasa berpeluang memasak hidangan Signature Dish ciptaan Chef Selebriti Norman Musa iaitu Rendang Daging Wellington. Chef Norman Musa adalah Eksekutif Chef yang pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang masakan. Beliau juga merupakan chef Idola yang sangat diminati oleh Deena.
Deena yang diberi kelebihan memasak 15 minit lebih awal akan menentang Chef Norman untuk memperolehi Pin Kebal atau Pin Imuniti. Pin ini boleh digunakan oleh peserta Masterchef sekiranya terpaksa melalui pusingan penyingkiran.
Berjayakah Deena menewaskan Chef Norman untuk memasak hidangan yang mempunyai gabungan Melayu dan Barat ini sekaligus mendapatkan Pin Kebal.
NOV6
Episod 14: Uji Rasa & Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Kegagalan menawan citarasa para juri dalam Ujian Cipta Rasa telah meletakkan Imelda, Mastura dan Hui Ting untuk melalui Uji Rasa. Ketiga-tiga peserta diberi penerangan mengenai peraturan dalam Uji Rasa iaitu peserta dibenarkan melihat, merasa, menyentuh dan menghidu bahan-bahan tersebut. Mereka juga perlu meneka dan menamakan 27 bahan untuk ramuan Laksa Johor. Kelebihan memihak kepada Mastura bila mana beliau berjaya dalam Uji Rasa ini.
Sementara itu Imelda dan Hui Ting dikehendaki memasuki pusingan Ujian Sajian Pantas yang mana mereka perlu memasak Laksa Johor.
NOV5
Episod 13: Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa
23 peserta yang masih kekal dalam Masterchef Malaysia bakal menghadapi cabaran Peti Saji Misteri yang mengandungi 5 bahan iaitu dada ayam, roselle, limau bali, kacang badam, kentang dan sayur kalian. Lima hidangan dengan persembahan (plating) terbaik akan dipilih untuk dirasai oleh para juri. Para peserta yang bertuah ialah Zamir, Zahin, Felix, Danial dan Shahriah.
Bagaimanapun hidangan Shahriah, Masak Ayam dan Nasi Setia Kasih bersama Kailan Goreng Bawang Putih berjaya memikat hati para juri. Oleh itu Shahriah diberi keistimewaan untuk menentukan satu daripada 3 bahan utama dalam Ujian Cipta Rasa. Di samping itu juga Shahriah juga mempunyai kelebihan 5 minit awal untuk memasuki pantri.
Antara 3 bahan yang ditunjukkan kepada Shahriah ialah ikan jeruk masin, lada benggala dan ikan kerapu merah. Dengan tema masakan Cina, Shahriah telah memilih Ikan Kerapu Merah bagi menghadapi Ujian Cipta Rasa. Keputusan memihak kepada Deena apabila hidangan beliau berjaya menambat hati para juri.
Sesuatu yang tidak diduga, seorang daripada peserta gagal menunjukkan kesungguhan meneruskan cita-citanya untuk merebut gelaran Masterchef. Cemerkap dan hambar dalam mempersembahkan hidangan ikan kerapu merah dengan sempurna, peserta tersebut diminta meninggalkan dapur Masterchef oleh para juri.
NOV5
Episod 12: Kuliah Master
Meraikan kejayaan Pasukan Biru yang memenangi Cabaran Sajian Luar, mereka diberi penghargaan mengikuti bimbingan menyediakan masakan Nasi Beriyani Ayam bersama Chef Riz di restoran beliau iaitu On The Table.
Sementara itu Pasukan Merah pula berpeluang menyaksikan Chef Jo dan Chef Zubir menyajikan hidangan masakan zaman kanak-kanak mereka. Chef Jo memasak Cucur Udang bersama Sos Kacang Kuda manakala Chef Zubir menyediakan hidangan Tempek Kelapa Utara dengan Gulai Ikan.
NOV2
Episod 11: Ujian Kemahiran & Penyingkiran
Setelah tewas di tangan Pasukan Biru dalam Cabaran Sajian Luar, 12 peserta Pasukan Merah harus menghadapi 3 peringkat Ujian Kemahiran. Dalam Ujian Kemahiran yang pertama 12 peserta diminta untuk mengumpil tiram mengikut standard dan piawai para juri. Nik, Saiful, Shahriah, Ary, Imelda dan Felix berjaya dalam Ujian Kemahiran peringkat pertama ini.
Azlina, Kamaruzzaman, Danial, Azilah, Azizah dan Mastura kemudian memasuki Ujian Kemahiran yang kedua iaitu memotong sebiji timun kemudian digulung dan dimayang. Kegagalan dalam peringkat ini menyebabkan Danial dan Azizah berada dalam tahap kritikal apabila harus melalui Ujian Kemahiran yang ketiga iaitu membuat kentang lecek (kentang putar).
NOV1
Episod 10: Cabaran Sajian Luar
Bertempat di Kampung Setia, Kuang, Selangor dengan tema Kenduri, Felix cuba menonjolkan ciri kepimpinan dalam mengetuai Pasukan Merah yang terdiri daripada Ary, Shahriah, Imelda, Azlina, Azilah, Kamaruzzaman, Mastura, Azizah, Nik, Saiful dan Danial. Manakala Terrence pula dipilih untuk memimpin Pasukan Biru yang dianggotai oleh Wahidan, Hui Ting, Ezani, Deena, Raymond, Zamir, Zeri, Zuraidah, Amita, Brian dan Zahin.
12 peserta daripada Pasukan Merah menentang 12 peserta daripada Pasukan Biru dalam Cabaran Sajian Luar ini perlu memasak 1 hidangan ayam, 1 hidangan daging, 2 jenis sayuran, 1 manisan dan 1 minuman. Mereka diberi masa selama 4 jam untuk menyiapkan hidangan kenduri yang akan disajikan kepada 100 orang penduduk kampung. Penduduk kampung kemudiannya diminta untuk mengundi masakan pasukan manakah yang lebih lazat, enak dan sedap mengikut citarasa mereka.
OKT31
Episod 9: Cabaran Chef Selebriti
Setelah memenangi Ujian Cipta Rasa, penonton akan dapat menyaksikan bagaimana kesungguhan Felix beradu keupayaan menyajikan Ikan Salmon Mediterranean. Hidangan ini merupakan Signature Dish, Chef Jaffery Othman. Beliau ialah seorang Chef Eksekutif dari Best Western Premier Dua Sentral yang diundang khas untuk Cabaran Chef Selebriti.
Dengan masa memasak selama 1 jam berupayakah Felix menandingi kehebatan dan pengalaman Chef Jaffery Othman dalam Cabaran Chef Selebriti. Sekiranya Felix memenangi cabaran ini, beliau akan dianugerahkan Pin Imuniti atau Pin Kebal yang membolehkan peserta mempunyai kekebalan yang dapat menyelamatkan diri daripada penyingkiran.
OKT30
Episod 8: Ujian Cipta Rasa
Bertemakan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak, para peserta cuba mengenengahkan sajian mereka dalam Ujian Cipta Rasa kali ini. Tuah yang memihak kepada Ezani dalam cabaran Peti Saji Misteri telah membolehkan beliau mempunyai kelebihan masa selama 5 minit untuk mengambil bahan-bahan masakan di dalam pantri bersendirian.
23 peserta yang lain hanya dibenarkan berada dalam pantry selama 2 minit 30 saat sahaja untuk memilih bahan-bahan masakan yang mereka perlukan.
OKT29
Episod 7: Peti Saji Misteri
Pembuka tirai episod kali ini memaparkan 24 peserta teratas begitu ghairah dan seronok berada di dapur Masterchef Malaysia. Bermulalah detik untuk mengharungi cabaran Peti Saji Misteri yang memerlukan peserta memasak menggunakan bahan utama iaitu daging itik.
OKT29
Episod 6: Kuliah Master
Kesinambungan perjalanan 24 peserta Masterchef Malaysia diteruskan dalam Kuliah Master yang pertama. Mereka diberi pendedahan dan tunjuk ajar daripada Chef Johari dan Chef Yahaya bagaimana menyediakan hidangan pemanis dan savoury daripada bahan-bahan masakan yang pernah diletakkan dalam Peti Saji Misteri iaitu Beras Putih, Beras Perang, Beras Pulut, Kelapa dan Tepung.
OKT26
Episod 5: Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa
Menyedari hanya tinggal 8 tempat sahaja lagi dalam Masterchef Malaysia, 20 peserta bergabung tenaga memilih pasangan masing-masing untuk menghadapi cabaran Peti Saji Misteri. 10 pasangan peserta ini dikehendaki memasak dengan menggunakan sama ada 1 sahaja atau semua bahan yang ada dalam Peti Saji Misteri. Bahan masakan tersebut ialah Beras Putih, Beras Perang, Beras Pulut, Kelapa dan Tepung. Peserta juga diberi pilihan untuk menambah 12 sahaja bahan-bahan mentah yang terdapat dalam pantri. 2 hidangan perlu mereka sediakan iaitu 1 hidangan manis dan 1 hidangan savoury. Memikirkan hanya tinggal 5 sahaja apron Masterchef Malaysia dan dengan kehadiran Chef Riz bersama hidangan istimewa beliau iaitu Kek Tiramisu telah menyuntik semangat peserta untuk berusaha gigih menyediakan hidangan tersebut mengikut resipi yang diberikan. Siapalah bakal 24 peserta yang mendapat apron MasterChef? Sama-sama kita lihat dalam episod kali ini.
OKT25
Episod 4: Uji Kemahiran & Ujian Cipta Rasa
Teknik memotong ayam yang betul dan cara-cara memisahkan ayam daripada tulangnya (de-bone) merupakan Ujian Kemahiran yang perlu dilalui oleh 27 peserta. Daripada keputusan ujian tersebut hanya 12 peserta sahaja akan dipilih untuk menghadapi Ujian Cipta Rasa. 7 sajian yang paling kreatif dan lazat telah membawa tuah kepada 7 lagi peserta untuk mendapat apron Masterchef Malaysia.
OKT24
Episod 3: Uji Kemahiran & Ujian Cipta Rasa
Kehebatan 32 peserta yang tinggal diuji lagi dalam Ujian Kemahiran seterusnya iaitu memarut kelapa. Dengan teknik memarut yang betul serta kepantasan memerah kelapa bagi mendapatkan santan yang berkualiti Bagi merebut anugerah 4 apron Masterchef Malaysia, 10 peserta ini dinilai dalam Ujian Cipta Rasa yang menggunakan cili kering sebagai bahan utama. Kini tinggal 28 peserta yang mencuba nasib bagi melayakkan diri berada dalam senarai 24 peserta teratas(Top 24).
Episod kali ini menyaksikan seorang peserta wanita mengambil keputusan untuk meninggalkan Masterchef Malaysia atas sebab-sebab peribadi. Bagaimanapun 35 peserta yang tinggal terus berjuang menghadapi Ujian Kemahiran yang kedua iaitu memisahkan kuning telur daripada putih telur. 19 peserta terselamat manakala 16 peserta yang gagal menepati kualiti dan piawaian para juri kemudiannya mengharungi cabaran seterusnya iaitu memukul telur putih sehingga kembang dan menitis jatuh apabila mangkuk diterbalikkan. Kehadiran Chef Zubir yang membawa bersama hidangan istimewa beliau iaitu Prawn Dumpling telah memperlihatkan 8 peserta mengharungi cabaran Ujian Sajian Pantas.
OKT22
Episod 1: Uji Kemahiran, Ujian Cipta Rasa & Penyingkiran
Dalam episod pengenalan ini memaparkan 3 juri professional iaitu Chef Jo, Chef Priya dan Chef Yahaya mengalu-alukan kedatangan 40 peserta teratas Masterchef Malaysia (Top 40) di Bootcamp. Para peserta kemudiannya melalui Ujian Kemahiran yang pertama iaitu memotong dadu bawang kuning. Sekiranya gagal menepati kualiti dan standard yang ditetapkan, mereka perlu mengulangi ujian tersebut sehingga para juri berpuas hati. 30 peserta terselamat, manakala 10 peserta yang tercorot haruslah melalui Ujian Cipta Rasa. Siapakah yang bakal diundang untuk mengadili para peserta didalam Ujian Cipta Rasa? Jangan ketinggalan untuk menonton episod pertama MasterChef Malaysia.